zeroks | (zéroks) proses membuat salinan foto (fotokopi) bahan bertulis (bercetak) atau kerja-kerja grafik; mesin ~ mesin yg digunakan utk membuat salinan foto (fotokopi), mesin fotokopi; salinan ~ salinan foto, fotokopi; menzeroks membuat salinan foto, (fotokopi) bahan bertulis (bercetak) atau kerjakerja grafik dgn menggunakan mesin zeroks (mesin fotokopi): ~ beberapa makalah dlm majalah itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mesin pendua | mesin utk membuat salinan-salinan surat dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dokumen | sesuatu yg bertulis atau bercetak (spt sijil kelahiran, sijil kematian, dll) yg digunakan sbg rekod atau bukti: salinan-salinan ~ yg telah dirampas itu ada menyebut tentang rancangan pertubuhan haram itu hendak menggulingkan kerajaan; mendokumenkan 1. mencatatkan sesuatu sbg dokumen: negara akan beruntung jika akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua penemuan itu; 2. membuktikan (menunjukkan) dgn dokumen, memberi maklumat berupa dokumen utk menerangkan atau membuktikan sesuatu; pendokumenan perihal (proses, tindakan dsb) mendokumenkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendua | 1. benda yg dijadikan cadangan (kapit, teman) spt keris dll: keris tempa Melaka yg panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga; 2. yg dibuat serupa dgn yg asal (bkn salinan dsb); kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dll dgn menggunakan sejenis alat; mesin ~ mesin utk membuat salinan-salinan surat dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salinan sandar(backup copy) | Salinan atur cara atau data yang disimpan dalam storan sandar di tempat selamat untuk dijadikan rujukan sekiranya salinan asal hilang, rosak, atau tercemar. Salinan kandungan cakera liut atau cakera keras ini dibuat mengikut suatu jadual penyimpanan yang berkala. | Kamus Komputer |
zeroks | /zéroks/ 1 = mesin ~ (jenama) sj mesin fotostat. 2 proses membuat salinan foto. 3 salinan foto yg dibuat dgn mesin zeroks. menzeroks bp membuat salinan foto. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
salinan foto | salinan yg dibuat dgn menggunakan mesin fotostat; fotokopi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
salinan zeroks | salinan foto, fotokopi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salinan keras(hardcopy) | Salinan imej output komputer yang dicetak pada kertas atau disalin pada filem, transparensi, atau bahantara fizikal lain. | Kamus Komputer |
kertas karbon | kertas berlapis bahan karbon utk membuat salinan surat (biasanya salinan surat bertaip); | Kamus Dewan Edisi Keempat |