Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
salin (kata kerja)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan tukar, ganti, silih, ubah,

2. Bersinonim dengan tulis: tiru, ikut, surih, tekap, fotokopi, mendua,

Kata Terbitan : bersalin, menyalin, menyalinkan, mempersalinkan, salinan, persalinan, penyalinan, penyalin,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
imej(image)1. Salinan logik objek atau sumber yang disimpan pada kedudukan atau bahantara lain. 2. Paparan, cetakan, atau plotan bentuk grafik bagi objek. 3. Salinan kandungan ingatan yang dipaparkan.Kamus Komputer
sandar fail(file backup)1. Salinan fail yang boleh digunakan untuk menggantikan fail utama yang rosak, hilang, atau terpadam. 2. Tindakan mempenduakan fail utama untuk membolehkan lebih daripada satu salinan wujud bagi sesuatu fail. Tindakan ini dilakukan sebagai langkah keselamatan.Kamus Komputer
dokumensesuatu yg bertulis atau bercetak (spt sijil kelahiran, sijil kematian, dll) yg di­gunakan sbg rekod atau bukti: salinan-salinan ~ yg telah dirampas itu ada me­nyebut tentang rancangan pertubuhan haram itu hendak menggulingkan kerajaan; mendokumenkan 1. mencatatkan sesuatu sbg dokumen: negara akan beruntung jika akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua penemuan itu; 2. membuktikan (menunjuk­kan) dgn dokumen, memberi maklumat berupa dokumen utk menerangkan atau membukti­kan sesuatu; pendokumenan perihal (proses, tindakan dsb) mendokumenkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pendua1. benda yg dijadikan cadangan (kapit, teman) spt keris dll: keris tempa Melaka yg panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga; 2. yg dibuat serupa dgn yg asal (bkn salinan dsb); kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dll dgn menggunakan sejenis alat; mesin ~ mesin utk membuat salinan-salinan surat dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
faksimile/faksimilé/ 1 salinan dokumen yg berupa teks, gambar dsb yg betul-betul menyerupai yg asal. 2 = mesin ~ alat utk menyalin dan menghantar imej cetak ke satu tempat yg lain menerusi talian telefon.Kamus Pelajar Edisi Kedua
zeroks/zéroks/ 1 = mesin ~ (jenama) sj mesin fotostat. 2 proses membuat salinan foto. 3 salinan foto yg dibuat dgn mesin zeroks. menzeroks bp membuat salinan foto.Kamus Pelajar Edisi Kedua
fotostat1. mesin yg digunakan utk membuat salinan foto bahan-bahan bertulis (bercetak, grafik); 2. salinan yg dibuat oleh fotostat; memfotostat membuat atau menghasilkan salinan (drpd bahan bertaip, bercetak, dsb) dgn menggunakan fotostat: kita boleh ~ rencana yg terdapat pd sebuah majalah yg baru sahaja diterbitkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
salintukar (pakaian, nama, dll), ganti (kenaik-an), tiru (tulisan, karangan, dll); (se)~ tak tumpah prb dua orang yg serupa benar; bersalin 1. bertukar (pakaian dll), berubah (warna, kulit, bulu, dll): dia mahu ~ pakaian; 2. bh melahirkan anak, beranak: maka permaisuri pun datanglah sakit hendak ~; bersalin-salin bertukar-tukar, berganti-ganti; menyalin 1. menukar (dgn yg lain), meng-ganti: pakaian hendaklah selalu disalin; 2. memindahkan (ke bekas, tempat lain, dll): penjaga kedai itu sedang ~ minyak ke dlm botol; 3. meniru, menulis (serupa dgn yg ada): bapaku diupah utk ~ hikayat-hikayat yg tua itu; 4. menterjemah: pd hari itu juga aku mulai ~ buku itu ke bahasa Melayu; menyalini, mempersalin, memper­salini sl memberi hadiah atau anugerah (dgn selengkap pakaian): maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi spt pakaian dirinya; utusan hendak bermohon diri, dipersalin oleh ratu Bestari; mempersalinkan sl menghadiahkan se­leng-kap pakaian, menganugerahkan: baiklah kita suruh paduka bonda sambut Tun Tuah supaya kita persalinkan dia; salinan 1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg perlu dihantar; 2. terjemahan; persalinan, persalin 1. = pesalin sl seleng-kap pakaian (sbg hadiah): segala orang yg datang itu semuanya dianugerahinya pesalin; 2. pakaian utk bersalin: diambilnya pakaian dua ~, satu pakaian laki-laki dan satu pakaian perempuan; 3. perihal bersalin: ~ kulit itu berlaku hanya sehingga lipas itu bersayap; penyalinan perbuatan dsb menyalin (sesuatu naskhah dsb); penyalin 1. orang yg menyalin (men­terjemah dll): ~ hikayat tersebut ialah seorang peranakan; 2. alat atau mesin yg digunakan utk membuat salinan bahan bercetak dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
salinan1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg perlu dihantar; 2. terjemahan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menduplikasikan1. membuat salinan atau lembaran kedua; 2. menyebabkan berlaku pertindihan tugas (kerja dll) yg dilaksanakan oleh orang (agensi dsb) tertentu: ke­se­ra­gaman asas desa belum lagi ~ keseragaman asas kota.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas