saling | kata yg menunjukkan perbuatan dll yg berbalas-balasan; sama-sama: ~ membantu sama-sama menolong; bantu-membantu. menyaling (bertindak) berbalas-balasan antara satu dgn yg lain. kesalingan perihal atau keadaan berbalas-balas antara dua pihak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sama-sama | 1 pd waktu yg sama (melakukan sesuatu); dlm keadaan yg sama: Mereka ~ membantu menyiapkan projek itu. Dua sahabat itu ~ lemah utk memberikan bantuan. 2 semuanya sekali; kesemuanya: Dlm hal ini, mereka ~ bersalah. 3 kata yg diucapkan sbg membalas ucapan terima kasih drpd orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekata | 1 sama bunyinya. 2 tidak lebih atau tidak kurang; sama menyeluruh. 3 = seia ~ sama-sama setuju; sepakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gotong | ; gotong-royong sama-sama mengerjakan sesuatu; saling membantu ketika membuat sesuatu: Penduduk-penduduk kampung itu telah mendirikan sebuah masjid secara ~. bergotong-royong mengerjakan atau mengusahakan sesuatu bersama-sama: Mereka telah ~ membersihkan kawasan tanah perkuburan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sesama | sama-sama (dlm kumpulan, golongan): Kita hendaklah berbuat baik ~ manusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seia ~ | sama-sama setuju; sepakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sederap | sama-sama melakukan sesuatu; serentak; sekali gus: ~ mereka bangun apabila mendengar letupan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saling membantu | sama-sama menolong; bantu-membantu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkasih-kasihan | sama-sama (saling) menyayangi; saling mencintai: Kedua-duanya itu hidup ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengaki | 1 sama-sama bekerja dgn tidak mendapat bayaran. 2 patuh atau taat. ~ langit rata atau lurus spt kaki langit. ~ meja tidak naik darjah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |