sambutan permaidani merah | sambutan istimewa yg diberikan kpd tetamu kenamaan atau orang yg terkenal, biasanya ketibaannya disambut dgn hamparan permaidani merah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dingin | 1. tidak panas (hangat), sejuk: hari masih pagi, cuaca belum begitu terang dan hawa ~ sekali; 2. ki tidak meriah (sambutan keramaian dsb): sambutan perayaan Hari Kebangsaan pd tahun ini agak ~ jika dibandingkan dgn tahun yg sudah-sudah; 3. ki tidak mengambil berat (bkn layanan), tidak mesra (bkn perhubungan dsb), sepi: sejak akhir-akhir ini, Jamaludin bersikap ~ terhadapnya; hubungan ~ hubungan (antara orang, negara, dll) yg tidak erat dan mesra; 4. ki basi (bkn berita, cerita, dsb), kasip; 5. menghilang (bkn kemarahan), reda; perang ~ perselisihan dgn tidak menggunakan kekerasan senjata; ~ hati tidak riang (berminat, bersemangat, dll); ~ kepala berfikiran tenang dan waras; ~-~ panas sekejap dingin sekejap panas; ~ tangan selalu berhasil membuat pekerjaan (spt bertanam, mengubat, dll); nasi tak ~ pinggan tak retak prb perihal cermatnya melakukan sesuatu; mendingin 1. menjadi (terasa) dingin: apabila hari berlanjut malam, hawa turut pula ~; 2. Mn tidak berapa sihat, kurang sihat; tidak menghangat ~ prb tidak ambil peduli; mendingini 1. = mendinginkan menjadikan dingin: terasa olehku air matanya ~ pipiku; 2. ark berubat (utk menyihatkan badan); mendinginkan 1. menjadikan (membuat supaya) dingin: klorin juga boleh menjadi cecair jika dipadatkan dan didinginkan; 2. ki menyejukkan, menenangkan (kemarahan, fikiran, dll): dia hendak ~ otak serta memperlihatkan dia orang yg terpandang dan terhormat; kedinginan 1. kesejukan, kena sejuk: dia meraba-raba mencari selimut utk melindungi diri drpd ~; 2. keadaan yg dingin: mereka menyalakan tungku pemanas bilik utk mengimbangi ~ yg bermaharajalela itu; pendinginan perihal atau perbuatan mendinginkan; pendingin 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak meninggalkan cecair; ~ udara alat utk mendinginkan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya terlambat dr biasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambutan | 1 cara-cara meraikan ketibaan tetamu dll: Setibanya di bandar itu, beliau telah menerima ~ yg sangat meriah. 2 perhatian dll yg diberikan terhadap sesuatu hal: Buku karangannya tidak mendapat ~ yg memuaskan drpd masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sambutan baik | penerimaan baik, perkenanan, per-setujuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambutan suara(voice response) | Output komputer dalam bentuk suara. | Kamus Komputer |
sambutan dinamik(dynamic response) | Kelakuan ciri output bagi peranti yang dikira sebagai fungsi pada input dan fungsi masa. | Kamus Komputer |
sambutan | 2 perhatian dll yg diberikan terhadap sesuatu hal: Buku karangannya tidak mendapat ~ yg memuaskan drpd masyarakat. | Kamus Pelajar |
sambutan | 1 cara-cara meraikan ketibaan tetamu dll: Setibanya di bandar itu, beliau telah menerima ~ yg sangat meriah. | Kamus Pelajar |
tandatangan kerosakan(fault signature) | Output unik sambutan kepada pengujian yang dijalankan terhadap peranti yang rosak. Sambutan unik ini dapat ditafsirkan sebagai bersamaan dengan sejenis kerosakan yang telah disenaraikan oleh pereka bentuk asal atau pembuat sistem. | Kamus Komputer |
bersambut-sambutan | , sambut-menyambut berbalas-balasan, ber-sahut-sahutan: maka berbunyilah nobat nafiri, ~ pula dgn bunyi-bunyian sekalian; bunyi jeritnya tersangat kuat, bergaung bersambut-sambutan bunyinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |