sampah dunia (masyarakat) | orang yg hina dan tidak berguna kpd masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sampah dunia | = ~ masyarakat orang yg hina; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reruntuk | runtuhan, barang-barang yg sudah rosak (buruk): ~ rumah; ~ dunia ark sampah dunia, sundal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampah | 1 benda-benda yg dibuang (kerana tidak digunakan lagi) atau yg tidak dikehendaki (spt kertas kotor, daun kering). ~ sarap bermacam-macam jenis sampah. 2 sesuatu yg tidak berharga atau yg tidak berguna. ~ dunia (masyarakat) orang yg hina dan tidak berguna kpd masyarakat. menyampah 1 spt sampah rupanya kerana terlalu banyak atau tidak berguna. 2 ki berasa benci atau meluat: Pergi engkau dr sini, ~ aku melihat mukamu. persampahan tempat membuang sampah; timbunan sampah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sampah | 1. benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll), sarap; ~ sarap bermacam-macam sampah; 2. sesuatu (benda atau orang) yg tidak berharga atau berguna; ~ dunia = ~ masyarakat orang yg hina; ~ itu di tepi juga prb orang yg hina (miskin) itu selalunya tidak dipedulikan orang; ~ jangan ditendang sepak prb orang yg miskin jangan dihinakan; spt ~ hanyut prb orang miskin yg hidup melarat; teralang-alang bagai ~ dlm mata prb kemusykilan yg tidak dapat dilahirkan; menyampah 1. berasa benci (terhadap sesuatu atau seseorang), meluat, jijik: Semah ~ bukan kepalang; 2. spt sampah (kerana terlalu banyak dll); 3. bp mengganggu orang (mengacau dll); persampahan tempat membuang (timbun-an) sampah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampah | ~ dunia (masyarakat) orang yg hina dan tidak berguna kpd masyarakat. | Kamus Pelajar |
kotor | 1. tidak bersih, tidak jernih, cemar: mencuci pakaian ~; longkang yg ~ airnya; (mendapat) kain ~ datang haid; ~ bolor sangat kotor; 2. ki lucah (bkn perkataan), keji, tidak baik (bkn perkataan, perbuatan), tidak senonoh: alangkah ~nya kata-kata yg dikeluarkannya; ~ mulut = mulut ~ mulut lucah (suka bercakap perkara-perkara yg tidak senonoh); ~ namanya cemar namanya; penyakit ~ penyakit perempuan, sifilis; perbuatan ~ perbuatan jahat (tidak baik); 3. Id kasar, tidak bersih, bruto: pendapatan (keuntungan dll) ~; ~ dicuci, berabu dicentik (dijentik) prb segala yg tidak baik hendaklah dilupakan; mengotori menyebabkan kotor pd: bekas kasut yg ~ lantai; mengotorkan 1. menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor: dia dimarahi kerana ~ rumah; 2. mencemarkan (nama baik), menodai, memburukkan: dunia sebenarnya suci tetapi manusia yg mengisi seluruhnyalah yg ~nya; engkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu; terkotori telah dikotori: tubuh tidak ~ oleh nafsu syahwat badani; kotoran barang apa yg kotor (spt najis, sampah, dll), benda kotor, sesuatu (spt tanda dsb) yg kotor yg melekat pd pakaian dll: air yg mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak; apa-apa ~ yg ada pd luka itu hendaklah dibersihkan dahulu; kekotoran perihal kotor (tidak bersih), keburukan, kecemaran, kekejian: ~ udara boleh menyebabkan penyakit; buku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yg menggambarkan ~ moral; pengotoran perihal mengotori atau mengotorkan; pengotor (orang yg) tidak menghiraukan kebersihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |