sampai II | ; menyampai 1. menyelampaikan (kain di bahu), menyampirkan, menyidaikan: di atas balai itu ada seorang perempuan tua sedang ~ kain pendukung; 2. = bersampai-an tersampir, tersidai; menyampaikan menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai kara, semuanya disampai-kan kpd galah; tersampai tersampir, tersidai: dia meng-hilang ke dlm bilik dan kemudian keluar dgn tuala mandi ~ di bahu; sampaian tempat menyampirkan (menyidai-kan) kain, ampaian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
santak II | hingga (sampai) ke: dr pagi ~ ke petang saya duduk keseorangan di rumah; katil itu diletakkan berderet-deret hingga ~ ke dinding; ~ kanan bahan teks yg diatur huruf dan direka letak sejajar dgn jidar kanan halaman sesebuah buku, majalah, dll; ~ kiri bahan teks yg diatur huruf dan direka letak sejajar dgn jidar kiri halaman sesebuah buku, majalah, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rebak | (rébak) II; merebak 1. menjalar-jalar, menular-nular (penyakit), tersebar atau tersiar merata-rata (berita dll): penyakit cacar ~ di seluruh negeri; berita itu sudah ~ sampai ke mana-mana; 2. menjangkit, meluas, merembet (api dll): dlm beberapa ketika sahaja api itu ~ sampai ke mana-mana; perang ini lebih dahsyat dan nanti ~ ke sini; merebakkan menyebabkan sesuatu merebak, menularkan, menjangkitkan, menyebarkan: zina boleh ~ penyakit; kemerebakan keadaan merebak: ~ ilmu pengetahuan nuklear; pemerebakan perihal (proses, perbuatan dsb) merebak atau merebakkan, penularan: tujuannya adalah utk mencegah atau mengawal ~ sesuatu penyakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangka II | = ~ masa = ~ waktu masa yg telah ditetapkan atau dirancang utk pelaksanaan (penyelesaian dsb) sesuatu, tempoh masa yg (agak) panjang, peringkat (masa): pekerjaan itu harus kamu siapkan dlm ~ waktu dua bulan; ~ pertama peringkat (masa) pertama; dlm ~ yg terbatas dlm waktu yg terbatas; melampaui ~nya a) melampaui masa yg telah ditentukan; b) melampaui had yg telah ditetapkan; rancangan ~ panjang (pendek) rancangan yg memakan masa yg lama (singkat); sampai ~nya sampai waktunya (masanya); tiada ~nya tiada batasnya (hadnya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lecak II | Kl mencecah, bertemu, sampai (ke bawah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
la II | bp lah: dia belum sampai lagi ~ | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serunda II | ; berserunda, terserunda berjuntai (bergayut, bersenggayut) sampai ke tanah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masa II | = masakan mana boleh, tidak akanlah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan per-dagangan gelap; kalau cendawan sudi tum-buh, ~ bumi tidak terima; ~ bodoh a) tidak mempedulikan apa-apa; b)terserah; bersikap ~ bodoh tidak mempedulikan atau mengendahkan (hal orang lain dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sengit II | 1. keras dan menyakitkan hati (per-kataan), pedas: tidaklah adat istiadatnya sampai seburuk yg engkau katakan itu, engkau belum kenal akan dia, tuduhanmu telah ~ sahaja; 2. hebat atau hangat (perkelahian, pertem-puran, perdebatan, dll): larut tengah malam pertempuran bertambah ~, peluru bersiung-siungan membelah kesunyian; 3. bengis (per-buatan, muka, dll): ia tetap menentang saran itu dgn tegas, bahkan dgn ~ dan berang-nya; menyengit menjadi sengit, menghangat, meng-hebat; kesengitan perihal sengit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daki II | ; mendaki 1 memanjat (bukit, gunung dll): Dia mencuba ~ gunung itu tetapi gagal. 2 makin naik atau meninggi: Utk sampai ke tempat itu, mereka terpaksa mengambil jalan yg ~ dan berliku-liku. terdaki dpt didaki: Bukit yg tinggi itu tidak ~ olehnya. pendakian 1 perbuatan (usaha dsb) mendaki: ~ gunung yg tinggi itu tidak dpt diteruskan. 2 bahagian bukit, jalan dll yg mendaki; lw penurunan. pendaki orang yg mendaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |