Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,

Puisi
 

Kain putih hendak dijahit,
     Dijahit orang di waktu malam;
Kasih abang di luar kulit,
     Kasih kehendak sampai ke dalam.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Sedang rebung baik dipatah,
     jadi buluh melepuh jari.

Bermaksud :

Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur, b. Melentur biarlah waktu rebung).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jeda1. waktu rehat: sampai waktu ~, belum ada kalah menang; 2. = berjeda berhenti sebentar; tidak ~ tidak putusnya, tidak henti-hentinya; 3. masa antara dua peristiwa atau tindakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tiba1. sampai (di), datang: apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yg turun; mereka sedia menerima sebarang bahaya yg akan ~; 2. sudah sampai (waktu dll), sudah mulai: setelah ~lah masanya; kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli; setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangun­an UMNO; ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka, dgn men-dadak, sekonyong-konyong: sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan turun dgn ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
mempertangguhkan1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga): Dewan itu mempunyai peraturan-peraturan yg tertentu, peraturan ~ mesyuarat dan peraturan meluluskan undang-undang; 2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll), menghulur-hulur (waktu): perkara itu telah terlalu lama ditangguhkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menangguhkan1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga): Dewan itu mempunyai peraturan-peraturan yg tertentu, peraturan ~ mesyuarat dan peraturan meluluskan undang-undang; 2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll), menghulur-hulur (waktu): perkara itu telah terlalu lama ditangguhkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tangguh Itangguh I pengunduran waktu (utk mengerja­kan sesuatu, membayar hutang, dll), penun­daan waktu; tenggang-~ batasan waktu; bertangguh 1. minta tempoh, minta di­­un­dur­kan waktu: wang bakinya ia ~; 2. berlam­bat-lambat, berlengah-lengah, ayal: dgn tiada ~ dan tiada tawar-menawar lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; 3. tidak mahu, enggan: dia ~ menemui orang tua itu; 4. menunggu hingga ke masa lain, menanti: ayahanda ~lah dahulu tiga puluh dua hari menghimpunkan rakyat tentera ayahanda; bertangguh-tangguh selalu bertangguh, ber­lengah-lengah: dia juga sedar, waktu maghrib akan berakhir jika dia ~; agaknya sudah menjadi tabiatnya suka ~ apabila disuruh membuat sesuatu kerja; menangguhkan, mempertangguhkan 1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga): Dewan itu mempunyai peraturan-peraturan yg tertentu, peraturan ~ mesyuarat dan peraturan meluluskan undang-undang; 2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll), menghulur-hulur (waktu): perkara itu telah terlalu lama ditangguhkan; tertangguh tertunda, terhalang, terhenti, terlambat; pertangguhan janji (utk mengundurkan waktu), ~ waktu bayaran; penangguhan perihal menangguhkan (wak­tu dll): setiausaha pertubuhan itu menya­ta­kan rasa dukacitanya di atas ~ mesyuarat itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
jam1. sj alat utk menunjukkan (mengukur) waktu; 2. = satu ~ waktu yg lamanya 60 minit atau 1/24 hari; 3. tanda waktu, pukul: dia tiba di pejabat sebelum ~ lapan pagi; 4. ke­­tika, saat, waktu: ~ orang hendak ber­angkat ~ itulah engkau hendak mandi; ~ bicara waktu yg ditetapkan utk menerima tetamu; ~ dalaman (Komp) peranti atau isyarat denyut yg digunakan utk penyegerakan atau pembilangan dlm sistem komputer; ~ digital (Komp) 1. deretan isyarat berdenyut yg dijanakan dlm sistem digital sbg isyarat rujukan utk menyegerakkan sistem; 2. penyata waktu yg memaparkan nilai waktu dlm bentuk digital; ~ dinding sj jam yg digantungkan di dinding; ~ induk (komp) 1. sj peranti elektronik yg menjanakan isyarat masa utk digunakan sbg rujukan bagi semua pengendalian komputer yg segerak; 2. isyarat masa yg digunakan sbg rujukan utama bagi semua pengendalian komputer atau sistem segerak; ~ kawalan (Komp) jam elektronik dlm perkakasan sistem yg digunakan oleh sistem tersebut utk menentukan masa pengaliran suruhan dan data; ~ kerja masa yg ditentukan utk bekerja, waktu kerja; ~ kilowatt tenaga kerja seribu watt dlm masa satu jam (sukatan tenaga elektrik); ~ loceng jam berloceng yg boleh berbunyi pd waktu yg ditetapkan; ~ luaran (Komp) peranti atau isyarat denyut yg digunakan utk penyegerakan atau pembilangan di luar sistem utama komputer; ~ masa nyata (Komp) 1. peranti jam yg menjanakan masa yg nilainya sama dgn masa sebenar (berbanding dgn masa khayalan yg bermula apabila komputer dihidupkan atau berdasarkan masa yg ditentukan oleh atur cara); 2. isyarat jam yang ditentukan oleh masa sebenar; ~ pasir alat mengukur waktu dgn menggunakan pasir; ~ pelajaran waktu yg ditentukan utk memberi pelajaran; ~ penggera jam yg mempunyai peranti yg berbunyi apabila sampai pd waktu yg ditetapkan; ~ randik = ~ detik jam utk mengukur dgn detik; ~ saku sj jam yg diletakkan di dlm saku; ~ tangan sj jam yg dipakai di tangan; berjam-jam beberapa jam berturut-turut: ~ dia menunggu kawannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketika Iwaktu (yg sangat singkat atau yg tertentu), saat, masa: apabila sampai ~nya ia pun melahirkan seorang anak lelaki; ada ~nya undang-undang Islam memperlihatkan kaum wanita lebih mulia drpd kaum lelaki; keadaan sunyi senyap utk beberapa ~; sampai pd masa ~nya sampai pd waktunya; seketika 1. sesaat, sebentar, sekejap: kedua-duanya terdiam ~; dgn ~ dgn segera (pd saat itu juga): dgn ~ itu juga datanglah iparnya; 2. tatkala, (pd) waktu: fikirannya ~ itu amat kusut; (pd) ~ itu baginda sedang dihadap orang banyak; 3. sl saat (waktu) yg ada sang­kupautnya dgn ramalan (perhitungan, pene­nungan) nasib dll; ~ lima (empat, tujuh) pem­bahagian waktu kpd lima (empat, tujuh) baha­gian dlm penujuman; melihat (mencari) ~ melihat kitab ramalan kerana mencari hari (waktu) yg baik; berketika 1. menjaga waktu (hendak mem­buat sesuatu), tidak sembarang waktu: anak gadisnya sudah jarang kelihatan di pasar, sudah ~ benar-benar pergi ke sawah atau ke ladang; dgn tiada ~ dgn tidak berketentuan waktu; 2. kena (munasabah) pd waktunya: gurau senda yg tidak ~ itu mungkin membawa kpd perselisihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
masuk1. pergi ke dlm (bilik, rumah, tubuh badan, dll), datang ke dlm, lwn keluar: apabila ia melihat orang datang, maka larilah ia ~ hutan; lekas ~!; ia bebas ~ dan keluar; 2. terbenam (matahari, bulan, dll) ke dlm; 3. hadir di atau pergi ke tempat bekerja (se­kolah dll): mengapa engkau tidak ~ bekerja semalam?; enam bulan kemudian dia ~ hospital; ~ sekolah a) pergi ke sekolah utk belajar; b) menjadi murid di sekolah; 4. men­jadi ahli sesuatu pertubuhan (askar, agama, dll): maka segala orang negeri Fansuri itu pun ~ Islam; 5. sudah sampai (umur, tempoh, waktu, dll): umurnya baru ~ enam tahun; perundingan itu sudah ~ hari yg ketujuh; ~ saja waktu isyak, kesemuanya sudah menge-ruh; 6. terbilang, terhitung, tergolong dlm, terkira (termuat) dlm: ia ~ orang yg berada; kain ini ~ dlm jenis kain yg baik juga; tarian ini tidak ~ dlm acara pertunjukan malam terakhir; 7. ikut serta, turut campur: Ali tidak dapat ~ peperiksaan kerana sakit; 8. yg diperoleh (diterima, didapati): ada kerja ada ~, tak ada kerja, tak ada ~; ~ ajar mendengar atau menerima nasihat orang; ~ akal dapat diterima oleh akal (fikir­an), tidak mustahil; ~ angin sakit kerana kesejukan (perut kembung dll); ~ Belanda Id menjadi warganegara Belanda; ~ buku dicatat dlm buku (perbelanjaan dll); ~ campur ikut serta, turut mengambil bahagian; ~ daun sudah mendapat peluang yg baik (sesuatu yg pasti akan berhasil); ~ hati diterima oleh hati, ber­setuju; ~ Jawi Kd berkhatan; ~ kerja datang atau hadir bekerja; ~ kira terhitung (tergolong) dlm; ~ kompeni Id menjadi askar; ~ Melayu a) ark menganut agama Islam; b) menganuti (mengikuti) adat resam orang Melayu; ~ mulut turut memberi fikiran atau nasihat; ~ suluk mengasingkan diri (utk mengamalkan suluk); ~ syaitan dirasuki syaitan; ~ tangan campur tangan; ~ waktu sampai waktu (utk bersembahyang); ~ lima keluar sepuluh prb belanja yg lebih besar drpd penghasilan; ~ sarang harimau prb terperosok ke dlm suatu bahaya besar; memasuki 1. masuk ke dlm (rumah dll): orang itu kelihatan sedang ~ pintu pagar rumahnya; 2. mengikuti (kursus, kuliah, dll), menjadi pelajar (di sekolah dll): seramai tiga puluh lima orang penuntut dr sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini; 3. meng­ambil bahagian (dlm peraduan, peperiksaan, dll): beberapa hari lagi dia akan ~ pepe-riksaan; 4. menyertai sesuatu pertubuhan (pakatan dll): ~ pertubuhan SEATO; 5. mencampuri (urusan orang lain); memasukkan 1. membawa (membiarkan dll) masuk, mengisikan (ke dlm): ia ~ mesin taip ke dlm bilik; perusahaan ~ nanas ke dlm tin; dialah yg mula-mula ~ suatu konsep baru ke dlm kesusasteraan kita; 2. menjadi­kan seseorang ahli sesuatu pertubuhan dll: ramai ibu bapa ~ anak-anak mereka ke sekolah itu; 3. menaruhkan wang ke dlm sesuatu perusahaan dll, menanam modal: ia ~ RM50 ke dlm sebuah syarikat pd awal tiap-tiap tahun; termasuk 1. sudah masuk; ~ di hati ki dapat diterima, dipercayai; 2. tergolong (terhitung dll) dlm: labah-labah tidak ~ dlm kumpulan serangga; kemasukan 1. dimasuki (hantu, orang ha­lus, dll), dirasuki (hantu dll): lembu tua itu lari dan terus lari spt ~ hantu merempuh segala tanaman; 2. ada yg masuk, dimasuki oleh: matanya pedih kerana ~ asap sabut yg tebal itu; 3. perihal masuk (menganggotai) sesuatu pertubuhan dll: ~ Malaysia sbg anggota majlis keselamatan; pemasukan perbuatan (tindakan, kerja, proses, dsb) memasukkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketika1 waktu yg pendek atau waktu tertentu; saat: ~ itu, saya sedang duduk berbual-bual dgn kawan-kawan di halaman rumah. 2 pd waktu (masa); semasa; tatkala: Dia sedang beristirahat ~ kami sampai di rumahnya. seketika sebentar; sekejap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tempoh I/témpoh/ 1 masa atau waktu yg tertentu: Sudah sampai ~nya bagi mereka pulang ke tanah air mereka. 2 pd waktu; pd ketika: ~ kami tiba, dia tidak ada di rumahnya. 3 jangka waktu atau masa yg tertentu: Dia diberi ~ tiga bulan utk menghabiskan kerja itu. ~ hari beberapa hari yg lalu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910

Kembali ke atas