samping II | kain sarung pendek yg dipakai di luar ketika memakai pakaian Melayu. bersamping memakai samping. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
samping II | sj kain sarung yg dipakai selepas dipakai seluar (pd pakaian Melayu) dan biasa-nya dr pinggang hingga ke paras lutut sahaja; bersamping memakai kain di sebelah luar seluar (pd pakaian Melayu), memakai sam-ping. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samping II | kain sarung pendek yg dipakai di luar ketika memakai pakaian Melayu. bersamping memakai samping. | Kamus Pelajar |
iring II | lambung, samping, sisi: sedang mereka berpelukan itu diambillah gambar dr sebelah ~ mereka oleh jurugambar; mengiring 1. dgn lambung (sisi) dihadapkan kpd sesuatu (orang dll): duduknya tidak berhadapan lagi dgn aku, tetapi ~; 2. di atas sisi (samping): letakkan botol itu ~; 3. berbaring di atas sisi (lambung): puas menelentang ia ~, puas ~ ia meniarap; mengiringkan menghadapkan sisi (lambung) kpd sesuatu, membaringkan di atas sisi (lambung): ia ~ badannya mengadap ke sebelah kanan; iringan sisi, lambung, samping: anak itu terlena di ~nya; dia tertimpuh di sebelah ~ datuknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lambung II | rusuk atau tepi badan (rumah, kapal, dll), samping: air memercik hingga menepis ~ kapal; ditikam oleh Hang Tuah seorang kena ~nya; melambung mendatangi (menyerang, melanggar, dll) dr samping; melambungi 1. mengenakan atau memasang binaan pd lambung kapal (rumah dll); 2. belayar atau bergerak di samping. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lambung II | , = lambungan rusuk atau tepi (badan, rumah, kapal dll); samping. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lambung II | rusuk atau tepi (badan, rumah, kapal dll); samping. | Kamus Pelajar |
lambung II | = lambungan rusuk atau tepi (badan, rumah, kapal dll); samping. | Kamus Pelajar |
rahap II | ; merahap 1. = terbang ~ terbang turun (hinggap): burung punai berkawan-kawan terbang ~ hinggap di dahan ara; 2. bertelut di samping orang yg berbaring dll, meniarap, menjerahap: Mokhtar ~ di kaki ibunya dan menangis tersedu-sedu; bagai dirahap kain basah prb dingin sejuk badan kerana melihat (mendengar khabar mengenai) kejadian sedih dan ngeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |