kerabat I | Ar 1. sanak saudara, saudara-mara, keluarga: ia menjadi tabib bagi ~ diraja; kaum ~ saudara-mara; 2. dekat (rapat) dlm perhubungan kekeluargaan; ~ diraja bd keluarga diraja; berkerabat ada hubungan kekeluargaan, bersaudara: aku memang sedia menolong orang yg ~ dgn aku; kekerabatan yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan: jelaslah kpd kita bahawa sesuatu masyarakat itu tersusun drpd hubungan dan ikatan ~; perkerabatan perhubungan (pertalian) kekeluargaan, persaudaraan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sanak | 1. = ~ saudara orang-orang yg seke-turunan (sekerabat), orang-orang yg sekaum keluarga: saya senang hati dapat berhadap-hadapan muka dgn ~ saudara; 2. NS saudara sebelah ibu, kemanakan; bersanak = ~ saudara mempunyai kaum kerabat, berkaum kerabat; menyanak menganggap diri sbg sanak (dlm keluarga orang lain); persanakan perihal hubungan kekeluargaan, kekerabatan: kajian tentang ~ bermula ham-pir satu abad yg lalu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keluarga | 1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hiduphidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia; berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hubungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
piatu | 1. tiada beribu dan tiada berbapa: anak ~; rumah ~ rumah tempat memelihara anak-anak piatu; 2. sl tidak mempunyai sanak-saudara; dagang ~ orang asing yg tidak mempunyai sanak-saudara; rimba ~ sl rimba besar; kepiatuan sl hidup bersendirian (tiada beribu bapa atau tiada bersanak-saudara), tersendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkeluarga | 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gengsi | (géngsi) 1. kaum kerabat, sanak-saudara, keturunan; 2. kehormatan dan pengaruh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bandu | sl 1. kawan, sahabat; 2. sanak saudara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaum | 1. puak, suku bangsa: banyak ~ orang asli yg masih tinggal di dlm hutan; 2. jenis bangsa: antara ~ yg hidup berpindah-pindah pd zaman sekarang ialah ~ Eskimo; 3. keluarga, sanak-saudara: seorang gadis dilarang keluar belayar seorang diri kecuali bersama-sama dgn bapanya ataupun seorang drpd ~ kerabatnya yg haram nikah dengannya; 4. golongan (orang yg sekerja, sefahaman, setingkat, dll): ~ buruh; ~ petani; ~ nelayan; 5. bahagian drpd jenis (tumbuhtumbuhan dan haiwan); ~ asli penduduk asli di sesebuah negara; ~ atasan golongan orang yg tinggi taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat (spt orang-orang yg berpangkat tinggi, golongan bangsawan, dsb); ~ borjuis golongan orang pertengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat); ~ buruh golongan pekerja (buruh); ~ guru orang-orang yg berjawatan guru; ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan; ~ keluarga = ~ kerabat sanak saudara, saudara-mara; ~ kolot orang-orang yg termasuk dlm golongan yg berfikiran kolot; ~ lelaki golongan orang lelaki; ~ marhaen rakyat jelata yg kebanyakan (spt petani kecil, buruh, dll); ~ modal orang-orang yg kaya (ber-modal), golongan kapitalis; ~ muda angkatan muda; ~ munafik orang-orang yg munafik; ~ Muslimin orang-orang Islam; ~ Musyrikin orang-orang kafir; ~ pemberontak orang-orang yg memberontak; ~ perewa Mn orang yg buruk kelakuannya (spt samseng); ~ proletar golongan pekerja bawahan; ~ rendahan golongan orang yg rendah pangkatnya atau kedudukannya, dsb; ~ syarikat orang-orang yg menjadi sahabat (sekutu); ~ tani orang-orang yg bertani, golongan petani; ~ terpelajar (cerdik, cendekia) golongan orang yg pandai-pandai; ~ tua generasi tua; berkaum 1. berkerabat (dgn), mempunyai pertalian kekeluargaan (dgn): dia itu ~ dgn saya; 2. berkaum-kaum; 3. ark (ber)sembahyang mengikut imam (berimam), sembahyang berjemaah; berkaum-kaum berpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak: akan tetapi hidup mereka masih ~; perkauman 1. (yg berkaitan dgn) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara; 2. (yg berkaitan dgn) golongan, puak; 3. (yg berkaitan dgn sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dll): perasaan ~ yg keterlaluan di negara yg berbilang bangsa sangatlah berbahaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersilih | 1. berubah menjadi ..., berganti, bertukar; ~ lapik berkahwin dgn sanak atau dgn saudara isteri yg telah meninggal, bersalin tikar; 2. = ~ ganti bergilir-giliran, berganti-ganti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkauman | 1. (yg berkaitan dgn) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara; 2. (yg berkaitan dgn) golongan, puak; 3. (yg berkaitan dgn sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dll): perasaan ~ yg keterlaluan di negara yg berbilang bangsa sangatlah berbahaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |