sandingan | 1. jodoh, pasangan; 2. imbangan, tandingan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persandingan | hal bersanding (khususnya dlm majlis perkahwinan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sanding I | ; bersanding duduk di sebelah seseorang yg lain, spt pengantin di atas pelamin; duduk bersebelah-sebelahan: Pengantin sedang ~. menyandingkan meletakkan seseorang dll di sebelah yg lain; mendudukkan supaya bersanding. persandingan hal bersanding (khususnya dlm majlis perkahwinan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sanding I | dekat, damping, hampir; bersanding 1. duduk bersebelah-sebelahan (berjajar, berdamping, spt pengantin di atas pelamin, dll): mereka sedang ~ di atas pelamin; 2. ki ark setanding, setaraf; menyandingi 1. mendampingi; 2. menan-dingi; menyandingkan, mempersandingkan mendudukkan bersanding (pengantin dll), meletak-kan bersebelah-sebelahan: nanti akan datang waktunya kamu akan dipersandingkan pula; sandingan 1. jodoh, pasangan; 2. imbangan, tandingan; persandingan perihal bersanding: ~ kedua-dua pengantin itu akan dilangsungkan esok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |