Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rapat (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh,
Berantonim dengan jarang

2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit,
Berantonim dengan jauh

3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra,
Berantonim dengan renggang

Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan,

Peribahasa

Melukah ikan dalam panai.

Bermaksud :

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Memukul kucing di dapur). panai = kolam kecil biasanya di depan perkarangan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
himpitsangat rapat (antara dua benda dll), asak-berasak; berhimpit, berhimpit-himpit sesak-me­nye­sak, berasak-asak, bersempit-sempit: tak sanggup aku hendak menempuh orang yg berhimpit-himpit itu; menghimpit 1. menindih (menekan dll) dgn barang yg berat, mengapit, menyesak: nasi itu kemudiannya dihimpit dgn lesung batu utk memadatkannya; pd perasaannya bumi ini hendak ~ dia; 2. ki menekan (dlm erti kiasan), mengasak, menyusahkan: kemiskin­an ~ kehidupan keluarganya; menghimpitkan menindihkan hingga ter­sepit, merapatkan hingga sesak-menyesak, menekankan; memperhimpitkan, memperhimpit-him­­­­­­pit­­­­­­­­­­kan merapatkan berhimpit-himpit; ter­himpit 1. terjepit, terapit, ter­tin­dih; 2. ki susah (bkn kehidupan), terdesak: kehi­dup­annya di kampung ini makin tersepit dan ~; himpitan perbuatan menghimpit (menekan, menyesak, dll), tekanan, asakan: mereka tidak tahan lagi menderita ~ drpd tentera Jepun itu; kehimpitan keadaan berhimpit, ketenatan: setiap individu yg paling lasak, difikirkan berjuang di dlm ~ industri Britain.Kamus Dewan Edisi Keempat
dua sejolisepasang kekasih yg sangat rapat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dua sejolidua orang kekasih yg sangat rapat dan hidup bahagia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dua sejolidua orang kekasih yg sangat rapat;Kamus Dewan Edisi Keempat
sejolisepasang kuda (penarik kereta): dua ~ sepasang kekasih yg sangat rapat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wali ikraba) orang yg layak menjadi wali yg sangat rapat hubungannya dgn pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yg sulung, atau ayah saudara; b) ayah atau ibu kpd anak yatim yg layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
wali akrab~ ikrab a) orang yg layak menjadi wali yg sangat rapat hubungannya dgn pengantin perempuan (iaitu ayah, abang yg sulung, atau ayah saudara; b) ayah atau ibu kpd anak yatim yg layak mengurus harta si anak sehingga ia dewasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
joli I; sejoli sepasang kuda (penarik kereta): dua ~ sepasang kekasih yg sangat rapat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jalur tenaga(Kim) jalur yg terbentuk drpd aras-aras tenaga yg selanjar dan sangat rapat dlm pepejal berhablur;Kamus Dewan Edisi Keempat
kedap1 sangat rapat (bkn anyaman, tenunan dll). 2 tertutup rapat sehingga tidak dpt dimasuki air, gas dll. ~ air tidak dpt dimasuki air; ~ udara tidak dpt dimasuki udara. pengedap alat yg digunakan supaya air (gas dsb) tidak dpt masuk atau tembus. ~ bunyi alat yg digunakan utk melindungi telinga drpd bunyi yg kuat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345

Kembali ke atas