sangkalan | kata-kata, perlakuan dsb utk menyangkal; bantahan: ~ yg dibuat berdasarkan kajiannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sangkalan | bantahan, sanggahan: kerana tidak adanya ~ secara ilmiah, maka kita mengikut sahaja apa yg dilakukan oleh mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bantahan | 1. sanggahan, sangkalan: kalau tidak ada ~, tentu benar tuduhannya; 2. suka membantah: ~ sekali anak ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
protes | (protés) pernyataan tidak setuju dgn sesuatu dasar (usul dll), sanggahan, sangkalan, tentangan; memprotes menyatakan tidak bersetuju, menentang, menolak, menyanggah, menyangkal: apabila ini tidak dipatuhi, kedua-dua pihak, kerajaan dan rakyat akan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangkal | ; menyangkal 1 tidak mengakui kebenaran sesuatu; menyatakan bahawa sesuatu itu tidak benar: Beliau telah ~ segala tuduhan yg dilemparkan kpdnya itu. 2 tidak menurut; menentang; melawan: Kita janganlah ~ perintah Tuhan. sangkalan kata-kata, perlakuan dsb utk menyangkal; bantahan: ~ yg dibuat berdasarkan kajiannya. penyangkalan perbuatan atau hal menyangkal. penyangkal orang atau pihak yg menyangkal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sangkal | bantah: “Tidak, itu tidak benar sama sekali,” ~nya; bersangkal 1. tidak menurut atau mengikut (perintah dll), mengabaikan (pekerjaan, tugas, dll): mengapa maka engkau ~ pula akan pekerjaanmu itu? 2. tidak mengaku, berdalih, berdusta: walaupun bukti-buktinya sudah nyata, tetapi dia tetap juga ~ di hadapan tuan hakim; menyangkal 1. tidak mengakui (kebenaran, kenyataan, dll), tidak mengiakan: pegawai itu telah ~ berita yg mengatakan ia akan berhenti; 2. membantah, melawan, menentang, menolak, menyanggah: selama ini tulisan-tulisan orientalis Barat tidak pernah disangkal orang; sangkalan bantahan, sanggahan: kerana tidak adanya ~ secara ilmiah, maka kita mengikut sahaja apa yg dilakukan oleh mereka; penyangkalan perihal menyangkal (membantah dll), penafian; penyangkal orang yg menyangkal; ~ Allah orang yg tidak mengakui akan wujudnya Allah (orang yg kufur). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bantah | perkelahian, pertengkaran; ~-bentah = ~-bentuh bermacam-macam pertengkaran;berbantah berkelahi, bertengkar (mulut);berbantah-bantah berselisihan: jika kamu ~ dlm sesuatu perkara, hendaklah kamu mengembalikannya kpd al-Quran dan Sunah;membantah menentang, melawan (pendapat): dia tidak ~, hanya air matanya yg menitik;membantahi tidak membenarkan (sesuatu), menyanggah: kerajaan negara-negara Balkan ~ amalan-amalan perdagangan yg tertentu;membantahkan, memperbantahkan berbantah tentang sesuatu, memperdebatkan: apa yg kita perbantahkan, kita lihat sekarang siapa mati dan siapa hidup;terbantahkan dapat dibantah: prinsip yg tidak ~;bantahan 1. sanggahan, sangkalan: kalau tidak ada ~, tentu benar tuduhannya; 2. suka membantah: ~ sekali anak ini;perbantahan pertengkaran, perdebatan: pd suatu malam, terjadilah ~ antara kedua-dua pemuda itu tentang hak milik pusaka;pembantahan perihal membantah(i) atau membantahkan, penyangkalan;pembantah 1. orang yg membantah; 2. suka membantah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |