Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.kut.me.nyang.kut] | سڠکوت-مڽڠکوت

Definisi : hubungan, kaitan, kena-mengena; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sangkut-menyangkuthubungan, kaitan, kena-mengena;Kamus Dewan Edisi Keempat
merembet-rembetme­libat-libat yg lain, sangkut-menyangkut: perkara rasuah ini merembet-rembet me­libatkan beberapa orang pegawai tinggi;Kamus Dewan Edisi Keempat
merembet1. menjalar, merambat (api, penyakit, percakapan, dll): perbualan itu akhirnya ~ kpd hal-hal peri­badi; sekejap sahaja api itu ~ ke estet yg berhampiran; 2. = merembet-rembet me­libat-libat yg lain, sangkut-menyangkut: perkara rasuah ini merembet-rembet me­libatkan beberapa orang pegawai tinggi;Kamus Dewan Edisi Keempat
simpang-siur1. terlalu banyak dan silang-me­nyilang (jalan raya, kawat telefon, dll); 2. terlalu banyak liku-likunya (jalan), berliku-liku; 3. terlalu banyak kesulitan atau keruwatan (kerana ber­liku-liku, libat-melibat, sangkut-menyangkut, dll); 4. bergerak ke sana ke mari (kenderaan di jalan raya), sibuk benar, hilir mudik; bersimpang-siur bergerak ke sana ke mari, sibuk benar, hilir mudik.Kamus Dewan Edisi Keempat
rembet(rémbét) II; merembet 1. menjalar, merambat (api, penyakit, percakapan, dll): perbualan itu akhirnya ~ kpd hal-hal peri­badi; sekejap sahaja api itu ~ ke estet yg berhampiran; 2. = merembet-rembet me­libat-libat yg lain, sangkut-menyangkut: perkara rasuah ini merembet-rembet me­libatkan beberapa orang pegawai tinggi; merembetkan melibatkan, menyangkut (perkara dll), membawa-bawa: perbincangan kita biarlah terhad kpd soal pokok sahaja, jangan rembet-rembetkan soal peribadi.Kamus Dewan Edisi Keempat
sangkutsl = tersangkut terpikat: lagi pula rasa hamba pun ~ melihat muka tuan hamba; bersangkut 1. bergantung, berpaut, ber­pegang: ilmu yg menjadi tempat ~ keper-cayaanku; 2. = bersangkutan ber­sangkut paut: sifat mereka itu pun, pd umumnya, tiada memantangkan barang sesuatu pekerja-an yg ~ dgn kewujudan dan maksudnya; 3. = bersangkutan terlibat (dlm sesuatu perkara), berkenaan, berhubungan: hal besar-besar yg ~ dgn pemerintahan dan kerajaan; orang yg bersangkutan itu ayah dan abangku sendiri; menyangkut 1. menggantung (pd kait dll), memaut, menggayut: dia ~ lampu itu di tengah-tengah ruang rumahnya; 2. ber-sangkutan dgn, berkaitan (bertalian) dgn: empat drpd kriteria ini bersifat ekstrinsik belaka, iaitu yg ~ soal kemanusiaan dan kemasyarakatan; sangkut-menyangkut hubungan, kaitan, kena-mengena; menyangkutkan 1. menggantungkan (pd kait dll), memautkan, menggayutkan: lempeng-nya itu pun disangkutkannya pd sigai tempat ia memanjat pohon itu; 2. = mempersang-kutkan menjadikan kait-mengait, me-libatkan, mengaitkan, menyang­kutpautkan: satu krisis besar pernah berlaku yg ~ menteri; ~ hati ki menumpukan cinta; tersangkut 1. tergantung pd sesuatu, terletak pd sesuatu (seluar pd duri dll): beg tangan putih yg ~ di jenjang kerusi; 2. terlibat sama, terbawa masuk, terbawa-bawa: kelima-lima orang ini tidak ~ dgn kejadian merompak itu; 3. tertumpu pd (pandangan), terlekat: pandangannya ~ pd parut di bawah siku tangan kanannya; 4. terhenti (perjalanan): di mana ~, di situlah singgah; 5. = ~ hati jatuh hati kpd, terpikat; tersangkut-sangkut terputus-putus, tertahan-tahan, gagap (percakapan dll): aku bertanya dlm bahasa Inggeris dgn cara yg ~; sangkutan 1. penyangkut; 2. gangguan (halangan dll); persangkutan perhubungan, pertalian; penyangkut tempat menyangkut sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
sangkut; bersangkutmenyangkutKamus Pelajar
sangkut; bersangkut 1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Baju­nya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 ber­sangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu per­­kara (urusan dsb); melibatkan. me­nyangkutkan meletakkan se­suatu pd kait; menggantungkan; meng­gayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; ter­paut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkut­an hal, keadaan dsb bersangkut atau ber­sangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk me­nyangkutkan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
paut I; sangkut ~ kaitan antara dua tiga hal (perkara dll); ~ bingkai tangguk Kl cara duduk dgn bercangkung dan tangan memeluk kedua­-dua lutut; berpaut 1. berpegang kuat-kuat (pd), melilit erat-erat (pd sulur-suluran dll), tertambat kuat (pd): tangannya yg ~ pd tiang pintu tadi perlahan-lahan melungsur ke bawah sehingga terkulai; anak-anak kelawar ~ pd bulu ibunya beberapa hari setelah dilahirkan; 2. ki berpegang teguh-teguh (pd), mengasaskan se­suatu kegiatan dsb: kita ~ erat kpd suatu metodologi yg lemah yg ditolak oleh pengasasnya sendiri; 3. tertutup kembali, ter­katup semula, bertaut: apung terendam di seberang sana, beting ~ dr kuala; 4. ki ber­temu, bertembung; ~ tidak bertali a) terikat tetapi tidak dgn tali; b) ki masih belum selesai (sesuatu perkara); c) ki perempuan yg sudah diceraikan tetapi belum menerima surat cerainya; ~ sehasta tali prb tidak dapat berbuat sesuatu dgn sesuka hati; berpautan saling berpaut, berpegangan: Mike merapati Darwisah, dan tangan mereka ~; ~ dgn ada hubungannya dgn, berkaitan dgn, bersangkutan dgn, bertalian dgn; memaut 1. memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dgn teguh): tangannya ~ kedua-dua lututnya itu; muka Wan Intan diangkatnya dgn ~ dagu lebah bergantung itu; 2. melilit dgn teguh, meng­ikat, menyangkut: banyak pokok mengeluarkan sulur paut yg ~ pd sokong; 3. ki menyebabkan turut terlibat, melibatkan, menarik (perhatian, pandangan, dll): ia harus melukiskan suasana dan peristiwa yg benar-benar berlaku, yg ~ sebilangan besar masyarakat; 4. ki mengaitkan, menambatkan (perasaan, pandangan, minat, dll): gadis kampung itulah yg telah ~ hatiku pd kampung halamanku; terpaut 1. terikat atau tertambat (oleh rasa kasih dll), terpikat kpd: hatinya sudah ~ oleh anak dagang yg hitam manis itu; ~ kasih, tersangkut sayang terlalu amat cinta; 2. ter­ikat dgn, bersebati dgn: anak-anak panah yg ~ ipuh berbisa tersumbat rapi dlm serombong buluh; 3. terlekat (pd), tertumpu (pd): matanya ~ ke awan berarak; 4. bertemu, ter­sua: jika kita mula menyelami perkara itu betul-betul kita akan ~ dgn masalah-masalah yg lebih panjang; semasa dia menyunting karya itu dia ~ dgn beberapa kesalahan ejaan; ~ bertali, tertambang berlantak prb terikat oleh adat kerana adat itu belum dilunasi atau diisi; pautan 1. hasil memaut (memegang dll), pegangan: mereka pun bersalam-salaman, penuh hormat dan mesra, kemudian ~ tangan mereka terurai; 2. tempat berpaut (berpegang dll), sesuatu yg dipaut: ia masih belum juga berhasil mencari tempat ~ atau tempat tambatannya; 3. hubungannya dgn, kaitannya dgn; 4. tempat menambatkan lembu dll, tempat mengikat ayam; 5. ki tempat asal; ayam pulang ke ~ prb sudah pd tempatnya; perpautan perihal berpaut, perhubungan, pertalian; pemaut 1. sesuatu yg digunakan utk memaut, pemegang (utk menarik): ketika ia membuang batu fatom yg ketiga kalinya, tali ~ pinggang putus; 2. alat yg menghubungkan enjin dgn sesuatu yg hendak digerakkan (gear).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas