sani II | Ar yg menjadikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sani I | Ar indah, mulia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selekoh | (selékoh) lengkok, kelok, liku, siku (jalan, sungai, dll): mereka telah menahan Sani di ~ jalan; ~ kota sudut atau penjuru benteng yg menganjur keluar; berselekoh 1. berbelok, berkelok, berliku (jalan raya, sungai, dll): Sungai Pahang ini ~ ke kanan lalu masuk ke Laut China; 2. = menyelekoh membelok, membengkok, ber-ganti arah: bas itu terhuyung-hayang apabila ~; telengkoh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertuju | 1. kena tuju, dituju; 2. = ~ kpd diarahkan (dialamatkan, dimaksudkan, ditujukan) kpd: kedua-dua matanya tetap ~ ke muka Muhammad Sani; 3. ki tertumpu (pd): fikirannya ~ kpd gadis genit itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuju I | 1. arah, hala, jurusan: ke mana ~nya?; 2. = tujuan maksud, kehendak, sasaran; setuju 1. = setujuan sama arahnya (maksudnya, tujuannya, dll): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak bertentangan (pendapat, fikiran, dll), semuafakat, sependapat: aku ~ dgn kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu perkataan itu dipakai berpatutan dgn tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark = bersetuju tertarik hati kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. = bersetuju, bersetujuan berbetulan (dgn), bertepatan (dgn); menyetujui, mempersetujui menyatakan bersetuju dgn, tidak menentang atau mem-bangkang (pendapat dll), membenarkan, mengiakan: rasa berat hati anakanda hendak ~nya; permintaan itu dipersetujuinya; menyetujukan, mempersetujukan menjadikan setuju, mencocokkan, mengakurkan, menyesuaikan; persetujuan 1. pernyataan setuju (memperkenankan, membenarkan), pembenaran, pengesahan: pernikahan anaknya tempoh hari tidak mendapat ~nya; 2. sesuatu yg telah dipersetujui (oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yg dicapai, perjanjian: akhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dgn modal lima puluh ringgit seorang; 3. perihal setuju, kecocokan, keselarasan, kesesuaian; menuju 1. = ~ ke = ~ arah ke pergi ke, arah ke: maka kedua-dua hulubalang itu berjalanlah ~ gunung itu; 2. mengikut arah (hala), mengabah, mengarah, menghala: pembuluh ini masuk ~ ke hati; 3. membalingkan (melontarkan) kpd: melempar ~ tampuk; 4. menghendaki, memaksudkan: engkau yg ditujunya, tetapi yg lain yg didapatinya; 5. bermaksud utk mencapai, bertujuan utk menuntut sesuatu: segala perintah dan hukumnya itu ~ kpd suatu perkara yg besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga; menujui menuju: tidak lama kemudian sampailah mereka ke negeri yg ditujui; menujukan 1. membawa sesuatu arah ke, mengarahkan ke, mengacukan ke: kapal itu hendak ~ haluannya ke laut; 2. mengalamatkan kpd, mengarahkan kpd, menyampaikan kpd: Radio Malaysia sedang merancang siaran dlm bahasa Perancis yg ditujukan kpd pendengar di Vietnam; tertuju 1. kena tuju, dituju; 2. = ~ kpd diarahkan (dialamatkan, dimaksudkan, dituju-kan) kpd: kedua-dua matanya tetap ~ ke muka Muhammad Sani; 3. ki tertumpu (pd): fikirannya ~ kpd gadis genit itu; tujuan 1. arah, hala, haluan; 2. yg dituju, maksud, matlamat, tuntutan: tiap-tiap manusia berusaha utk mencapai ~ ini; ~ penderita = pelengkap ~ Id objek (dlm ayat), penyambut (dlm ayat); bertujuan 1. mempunyai tujuan, ada yg dituju (dimaksudkan), berhaluan: nampaknya tuan hamba juga ~ hendak ke tempat mereka; 2. Id memakai penyambut atau objek (ayat dll); ketuju; ~ di hati a) tertarik hati, terpikat hati, suka; b) yg disukai, yg digemari; diketujui ark disukai, digemari; penuju; ~ di hati ketuju di hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |