Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kl pusar (pd tubuh manusia atau binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
saran
Kata Terbitan : saranan, menyarankan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
saran IIKl pusar (pd tubuh manusia atau binatang).Kamus Dewan Edisi Keempat
sumbang II; ~ saran perbincangan intensif utk menyelesaikan masalah tertentu, men­dapatkan idea-idea baru, dsb. menyumbang 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg ban­tuan, sokongan), memberi solok: banyak orang yg ~ ketika ia mengadakan kenduri; 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll): mereka ~ ke arah penu­buhan Universiti Kebangsaan dgn masa dan tenaga; menyumbangkan memberikan sesuatu (tenaga, wang, dll) sbg sokongan atau bantuan, memberikan bantuan (pertolongan): bebe­rapa orang anak muda kami masuk hutan ~ tenaga dlm gerakan gerila melawan Jepun; namun Islamlah yg ~ ciri-ciri yg dominan dlm kebudayaan Islam; sumbangan 1. sesuatu yg diberikan sbg bantuan (kpd keramaian dll); 2. bantuan atau pertolongan yg diberikan, sokongan: maha­siswa kita masih sedikit sekali memberi ~ kpd tanah air; senarainya telah digunakan di peringkat antarabangsa dan telah mem­beri ~ yg besar terhadap kajian cerita rakyat; penyumbangan perihal memberikan sum­bangan; penyumbang orang yg memberikan sum­bangan, orang yg menyumbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
usul IIpendapat dll yg dikemukakan utk dibincangkan (disetujui, diterima), anjuran, cadangan, saran: mereka menerima segala ~ yg dikemukakan; ~ balasan cadangan sbg ganti cadangan yg telah lebih dahulu dikemuka-kan, cadangan balas; mengusulkan mengemukakan pendapat (supaya diterima atau disetujui), menganjur-kan, mencadangkan, menyarankan: aku ~ agar semua anggota memakai pakaian seragam; pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul, pencadang, penyaran.Kamus Dewan Edisi Keempat
tantang IIMn tentang; menantang 1. menghadapi, menentang: beliau berdiri ~ ketuanya; 2. melawan, membantah, membangkang: dia tetap ~ saran itu dgn tegas; tantangan 1. bandingan, imbangan, lawan; 2. perbuatan menantang, bantahan, perla­wan­an; 3. darihal, perihal, tentang; ® ten­tang.Kamus Dewan Edisi Keempat
sengit II1. keras dan menyakitkan hati (per-kataan), pedas: tidaklah adat istiadatnya sampai seburuk yg engkau katakan itu, engkau belum kenal akan dia, tuduhanmu telah ~ sahaja; 2. hebat atau hangat (perkelahian, pertem-puran, perdebatan, dll): larut tengah malam pertempuran bertambah ~, peluru bersiung-siungan membelah kesunyian; 3. bengis (per-buatan, muka, dll): ia tetap menentang saran itu dgn tegas, bahkan dgn ~ dan berang-nya; menyengit menjadi sengit, menghangat, meng-hebat; kesengitan perihal sengit.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas