Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pati drpd sesuatu (makanan, buah-buahan, dll): ~ susu; 2. bahagian yg penting (drpd karangan, berita, pelajaran, dll), isi pokok; ~ kata terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak dgn tayangan filem berkenaan; inti ~ pokok, isi; 3. = serbuk (tepung) ~ Id debunga (pd tumbuh-tumbuhan); ~ bunga kelopak bunga; menyarikan 1. menghisap madu dr sari bunga (kumbang, rama-rama, dll); 2. memetik pati sahaja (drpd karangan, berita, dll), meng-ikhtisarkan; penyarian perbuatan (proses) memetik isi drpd karangan, berita, dll: ~ data. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 isi yg terbaik drpd sesuatu benĀ­da spt susu, buah-buahan: ~ susu. 2 bahagian yg terpenting drpd sesuatu karangan dll; isi. 3 = tepung (serbuk) ~ butir-butir bunga yg merupakan benih jantan; debunga pd tumbuh-tumbuhan. ~ bunga kelopak bunga yg berwarna-warni. ~ kata terjemahan dialog drpd filem asing yg terdapat pd bahagian bawah skrin. ~ salut bahagian bunga yg di sebelah luar termasuk sari bunga dan salut bunga. menyarikan 1 mengambil sari atau apa-apa yg terpenting drpd sesuatu karangan dll. 2 menghisap atau mengambil madu dan sari dr bunga (oleh kumbang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sari (kata nama)
1. Bersinonim dengan pati: ekstrak, biang,

2. Bersinonim dengan inti: isi, inti sari, asas, pokok, akar, tonggak, umbi, tema, motif, buah, tajuk, manduk, judul,

Kata Terbitan : menyarikan,

Puisi
 

Sari manis tangguli manis,
     Manis bercampur air tebu;
Hari-hari gila menangis,
     Musim pabila kan bertemu.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sari I1 mengambil sari atau apa-apa yg terpenting drpd sesuatu karangan dll.Kamus Pelajar
sari salutbahagian luar drpd bunga (termasuk sari bunga dan salut bunga).Kamus Dewan Edisi Keempat
sari salutbahagian bunga yg di sebelah luar termasuk sari bunga dan salut bunga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sari patiisi atau pokok (drpd karangan dll); inti sari.Kamus Dewan Edisi Keempat
sari IIIsj pakaian tradisional wanita India; bersari memakai sari: wanita India yg ~ biru itu ialah rakan sekuliah saya dahulu.Kamus Dewan Edisi Keempat
rumput raja sarisj anggerik, anggerik raja sari, Dendrobium calcaratum.Kamus Dewan Edisi Keempat
stigma1. (Bio) bahagian hujung benang sari yg menerima debunga (tepung sari); 2. sifat atau sesuatu yg menjatuhkan maruah, kecelaan, keaiban: wanita kita juga tidak menghadapi ~ sosial seburuk yg dihadapi wanita banyak negara lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
sari I2 menghisap atau mengambil madu dan sari dr bunga (oleh kumbang dll).Kamus Pelajar
raja III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok) Cassia fistula; rumput ~ sari sj anggerik, anggerik raja sari, Dendrobium calcaratum.Kamus Dewan Edisi Keempat
benang saria) bahagian yg menghubungkan stigma dan rahim bunga; b) = ~ serbuk Id tangkai tempat sari (serbuk bunga);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas