apogi | titik dlm orbit bulan atau satelit, ketika bulan atau satelit berada paling jauh dr bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
satelit buatan | alat (spt sputnik) buatan manusia yg ditembakkan ke angkasa supaya mengelilingi bumi dll utk tujuan perhubungan, penyelidikan dsb; bulan rekaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
satelit | 1 planet yg beredar mengelilingi planet lain yg lebih besar: Bulan ialah ~ bumi. 2 = ~ buatan alat (spt sputnik) buatan manusia yg ditembakkan ke angkasa supaya mengelilingi bumi dll utk tujuan perhubungan, penyelidikan dsb; bulan rekaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
satelit | 1. bintang siarah yg beredar mengelilingi bintang siarah lain yg lebih besar: dgn meng-gunakan teropong jauh yg lebih besar ia menemui dua buah ~ utk Uranus; 2. pengikut, penganut; negara ~ negara yg mengikut negara lain yg lebih besar dan kuat; 3. sj alat rekaan manusia yg dilancarkan mengedari bumi, bulan, atau planet lain utk tujuan per-hubungan, penyelidikan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
satelit | 2 = ~ buatan alat (spt sputnik dll) buatan manusia yg ditembakkan ke angkasa supaya mengelilingi bumi dll utk tujuan perhubungan, penyelidikan dsb; bulan rekaan. | Kamus Pelajar |
satelit | 1 planet yg beredar mengelilingi planet lain yg lebih besar: Bulan ialah ~ bumi. | Kamus Pelajar |
transponder | alat (pd radar atau satelit) yg menerima isyarat dan memancarkannya semula pd frekuensi yg berbeza: ~ ini merupakan peralatan satelit utk menerima isyarat dr sesebuah stesen lain ke bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bandar satelit | bandar atau bandar raya yg bergantung pd industri tempatan tetapi mempunyai perkaitan ekonomi dgn bandar berdekatan yg lebih besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sputnik | satelit buatan yg dilancarkan ke angkasa lepas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mikrosatelit | satelit kecil yg beratnya tidak melebihi 50 kg dan beroperasi dlm orbit rendah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |