saudara rapat | saudara yg masih dekat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerabat I | Ar 1. sanak saudara, saudara-mara, keluarga: ia menjadi tabib bagi ~ diraja; kaum ~ saudara-mara; 2. dekat (rapat) dlm perhubungan kekeluargaan; ~ diraja bd keluarga diraja; berkerabat ada hubungan kekeluargaan, bersaudara: aku memang sedia menolong orang yg ~ dgn aku; kekerabatan yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan: jelaslah kpd kita bahawa sesuatu masyarakat itu tersusun drpd hubungan dan ikatan ~; perkerabatan perhubungan (pertalian) kekeluargaan, persaudaraan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saudara dekat | = ~ rapat saudara yg masih dekat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karib | 1. dekat (hubungan kekeluargaan); ~ (dan) baid dekat dan jauh (sanak saudara); ~ kerabat saudara-mara yg dekat; 2. rapat, erat (persahabatan dll): kawan ~ kawan yg rapat; berkarib bersanak saudara, bersahabat baik, erat (rapat) perhubungannya: ia ~ benar dgn Mak Guna yg bijak itu; mengaribi bersahabat baik dgn, mendekati; mengaribkan merapatkan atau mengeratkan (persahabatan, persaudaraan, dll); kekariban 1. perihal persaudaraan atau hubungan kekeluargaan; 2. perihal erat atau rapat (perhubungan, persahabatan), keeratan (perhubungan, persahabatan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karib | 1 keluarga atau saudara-mara yg rapat dgn kita. 2 rapat (bkn persahabatan); erat: sahabat ~ sahabat yg rapat. mengaribkan menjadikan rapat atau erat (bkn persahabatan, perhubungan dsb); merapatkan; mengeratkan. kekariban keadaan karib (persabahatan dll); keeratan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saudara | 1. orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg sama), abang (kakak) atau adik: ia berazam utk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya; 2. orang yg ada hubungan kekeluargaan, sanak: dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; 3. orang yg sama darjat (sekutu, segolongan, dll): ~ sekampung; 4. kawan, sahabat, teman: ~ sepermainan; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yg digunakan ter-utamanya pd lelaki: ~, boleh saya tumpang bertanya? 6. tembuni, uri (yg keluar meng-iringi bayi yg lahir); 7. ki sesuatu yg hampir sama (keadaan, sifat, dll): menipu itu ~ mencuri; ~ angkat orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang atau yg diakui sbg saudara sendiri; ~ anjing saudara seibu tetapi berlainan bapa; ~ baru (panggilan yg ditujukan kpd) orang yg baru memeluk agama Islam; ~ bau bacang (embacang) saudara yg telah jauh pertaliannya; ~ belahan saudara yg sama nenek moyangnya; ~ daging semua kaum keluarga jauh dan dekat; ~ dekat = ~ rapat saudara yg masih dekat; ~ dua pupu saudara yg datuk atau neneknya adik-beradik; ~ jauh = ~ renggang saudara yg telah jauh; ~ kandung (sekandung) saudara sendiri, saudara seibu sebapa; ~ kembar adik-beradik yg dilahirkan sbg anak kembar; ~-mara semua kaum keluarga (jauh dan dekat); ~ pungut saudara angkat; ~ pupu saudara yg masih dekat; ~ sejalan sejadi saudara yg sama ibu bapanya, saudara kandung; ~ seperjuangan teman yg sama-sama berjuang (berusaha, berjerih payah) utk sesuatu; ~ sepupu saudara yg datuk atau neneknya sama; ~ susu = ~ susuan = ~ setetek saudara yg bukan saudara sendiri tetapi menyusu pd perempuan yg sama; ~ tiri a) anak ibu atau bapa tiri; b) Id saudara drpd bapa (ibu) yg sama tetapi ibu (bapa) yg berlainan; bersaudara 1. mempunyai saudara: aku tidak ~ dan tidak berkeluarga; 2. adik-beradik: maka datang pula raja beruk empat ~; 3. ki mempunyai sifat (keadaan dll) yg hampir serupa: bakteria ialah sejenis tumbuhan yg ~ rapat dgn kulat; badan ~, emas takkan ~, kasih saudara sama ada prb bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan tetapi dgn mudah juga dapat diceraikan kerana orang lebih mengutamakan harta benda; saudara-bersaudara sl sesama saudara, adik-beradik: apa kerja kita berkelahi ~? bersaudarakan mempunyai (seseorang) sbg saudara: dia lebih rela ~ orang miskin drpd saudara-saudaranya yg hidup mewah dan angkuh itu; mempersaudarakan menjadikan (spt) ber-saudara: anakanda ini ayahanda persaudara-kan dgn anak ayahanda sekalian ini; persaudaraan perihal bersaudara, perhu-bungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karib | 1. keluarga atau saudara-mara yg rapat dgn kita. 2. rapat (bkn persahabatan); erat: sahabat ~ sahabat yg rapat. mengaribkan menjadikan rapat atau erat (bkn persahabatan, perhubungan dsb); merapatkan; mengeratkan. kekariban keadaan karib (persahabatan dll); keadaan karib (persahabatan dll); keeratan. | Kamus Pelajar |
saudara | persaudaraan perhubungan kerana bersaudara; perhubungan sbg saudara; perhubungan yg rapat sekali. | Kamus Pelajar |
dekat | 1 tidak jauh jaraknya atau antaranya; rapat; hampir: Rumah saya ~ dgn sekolah. 2 hampir (bkn waktu, masa): Mereka rajin mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan sudah ~. 3 rapat (bkn persaudaraan dsb): Ani ialah saudara ~ saya. berdekat 1 berada dekat (dgn); berdamping; berapat-rapat: Dia enggan ~ dgn saya. 2 bergaul; berdamping: Dia dilarang ~ dgn budak-budak nakal. berdekatan berhampiran dgn; tidak berjauhan: Rumah-rumah yg ~ dgn Sungai Pahang habis ditenggelami air. Anaknya didaftarkan di sekolah yg ~. mendekati 1 datang atau pergi dekat dgn; menghampiri; merapati: Saya ~ polis itu lalu bertanya. 2 hampir tiba masanya: Orang tua itu, makin hari makin ~ hari matinya. mendekatkan 1 menjadikan dekat dgn; merapatkan; mendampingkan: Dia ~ sajian kuih-kuih itu kpd tetamunya. 2 menjadikan rapat (persaudaraan, perhubungan dsb); merapatkan: Perkahwinan itu telah ~ persaudaraan mereka. memperdekat menjadikan lebih dekat (rapat, erat dll); memperapat. terdekat paling dekat: Dia mengambil buku yg ~ dgnnya lalu membacanya. pendekatan 1 perbuatan (hal dsb) mendekati atau mendekatkan. 2 cara atau langkah yg diambil utk memulakan (melaksanakan) sesuatu tugas, usaha dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkarib | bersanak saudara, bersahabat baik, erat (rapat) perhubungannya: ia ~ benar dgn Mak Guna yg bijak itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |