berdansanak | bersanak saudara, bersaudara pupu; ~ anjing adik-beradik seibu tetapi lain bapa; awak nan tidak ~ sebatang kara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saudara-bersaudara | sl sesama saudara, adik-beradik: apa kerja kita berkelahi ~? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkeluarga | 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dansanak | Mn sanak saudara, keluarga; ~ kandung saudara kandung; ~ ibu (bapa) saudara sepupu; berdansanak bersanak saudara, bersaudara pupu; ~ anjing adik-beradik seibu tetapi lain bapa; awak nan tidak ~ sebatang kara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keluarga | 1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hiduphidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia; berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hubungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sanak | , = ~ saudara orang-orang yg masih berkeluarga atau bersaudara; orang-orang yg ada hubungan darah: Saya berasa gembira dpt berjumpa dgn ~ saudara sekalian. bersanak, = ~ saudara berkeluarga; bersaudara-mara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saudara | 1. orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg sama), abang (kakak) atau adik: ia berazam utk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya; 2. orang yg ada hubungan kekeluargaan, sanak: dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; 3. orang yg sama darjat (sekutu, segolongan, dll): ~ sekampung; 4. kawan, sahabat, teman: ~ sepermainan; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yg digunakan ter-utamanya pd lelaki: ~, boleh saya tumpang bertanya? 6. tembuni, uri (yg keluar meng-iringi bayi yg lahir); 7. ki sesuatu yg hampir sama (keadaan, sifat, dll): menipu itu ~ mencuri; ~ angkat orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang atau yg diakui sbg saudara sendiri; ~ anjing saudara seibu tetapi berlainan bapa; ~ baru (panggilan yg ditujukan kpd) orang yg baru memeluk agama Islam; ~ bau bacang (embacang) saudara yg telah jauh pertaliannya; ~ belahan saudara yg sama nenek moyangnya; ~ daging semua kaum keluarga jauh dan dekat; ~ dekat = ~ rapat saudara yg masih dekat; ~ dua pupu saudara yg datuk atau neneknya adik-beradik; ~ jauh = ~ renggang saudara yg telah jauh; ~ kandung (sekandung) saudara sendiri, saudara seibu sebapa; ~ kembar adik-beradik yg dilahirkan sbg anak kembar; ~-mara semua kaum keluarga (jauh dan dekat); ~ pungut saudara angkat; ~ pupu saudara yg masih dekat; ~ sejalan sejadi saudara yg sama ibu bapanya, saudara kandung; ~ seperjuangan teman yg sama-sama berjuang (berusaha, berjerih payah) utk sesuatu; ~ sepupu saudara yg datuk atau neneknya sama; ~ susu = ~ susuan = ~ setetek saudara yg bukan saudara sendiri tetapi menyusu pd perempuan yg sama; ~ tiri a) anak ibu atau bapa tiri; b) Id saudara drpd bapa (ibu) yg sama tetapi ibu (bapa) yg berlainan; bersaudara 1. mempunyai saudara: aku tidak ~ dan tidak berkeluarga; 2. adik-beradik: maka datang pula raja beruk empat ~; 3. ki mempunyai sifat (keadaan dll) yg hampir serupa: bakteria ialah sejenis tumbuhan yg ~ rapat dgn kulat; badan ~, emas takkan ~, kasih saudara sama ada prb bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan tetapi dgn mudah juga dapat diceraikan kerana orang lebih mengutamakan harta benda; saudara-bersaudara sl sesama saudara, adik-beradik: apa kerja kita berkelahi ~? bersaudarakan mempunyai (seseorang) sbg saudara: dia lebih rela ~ orang miskin drpd saudara-saudaranya yg hidup mewah dan angkuh itu; mempersaudarakan menjadikan (spt) ber-saudara: anakanda ini ayahanda persaudara-kan dgn anak ayahanda sekalian ini; persaudaraan perihal bersaudara, perhu-bungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sanak, = ~ saudara | orang-orang yg masih berkeluarga atau bersaudara; orang-orang yg ada hubungan darah: Saya berasa gembira dpt berjumpa dgn ~ saudara sekalian . bersanak, = ~ saudara berkeluarga; bersaudara-mara. | Kamus Pelajar |
saudara | bersaudara | Kamus Pelajar |
bersanak | , = ~ saudara berkeluarga; bersaudara-mara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |