Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.yap] | سايڤ

Definisi : 1. bahagian tubuh binatang (burung, serangga, dll) yg digunakan utk terbang, kepak: tiba-tiba burung itu mengembangkan ~nya lalu terbang; memperkembangkan ~ ki menggunakan (memperlihatkan) ke­boleh-an atau kekuatan; 2. ki sesuatu yg menyerupai sayap: ~ kapal terbang; ~ ikan sirip ikan; 3. bahagian sesuatu yg letaknya di sebelah kanan dan kiri; 4. golongan atau puak dlm sesebuah parti politik atau pertubuhan: mereka dianggap termasuk dlm ~ sosialis parti itu; ~ kanan a) golongan politik yg tidak ber-haluan sosialis; b) barisan yg di sebelah kanan; c) pemain bola dr barisan penyerang yg di kanan sekali; ~ kiri a) golongan politik yg berhaluan kiri (tetapi bukan komunis); b) pemain bola dr barisan penyerang yg di kiri sekali; ~ kelima (pergerakan) orang-orang yg mengkhianati negeri sendiri kerana bersubahat dgn musuh; ~ roda Id bahagian yg menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad; ~ sandang sawat sandang; ~ senteng serba kekurangan; ~ singkat, terbang hendak tinggi prb hendak berbuat sesuatu pekerjaan yg melebihi kekuasaannya; bersayap mempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.yap] | سايڤ

Definisi : 1 bahagian anggota burung dll yg digunakan utk terbang; kepak. 2 sesuatu yg rupanya atau gunanya spt sayap 1: ~ ikan ridip ikan; ~ kapal terbang kepak pd kapal terbang. 3 bahagian yg terletak di sebelah kanan atau kiri (dlm permainan dsb). ~ kanan (kiri) a. barisan sebelah kanan (kiri). b. pemain bola sepak dll dr barisan penyerang yg di kanan (kiri) sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayap

Puisi
 

Sirih biak di tunggul buluh,
     Sirih menjadi sayap rerama;
Kasih dibuat tidak bersungguh,
     Kasih di hati selama-lama.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Patah sayap bertongkat paruh.

Bermaksud :

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyimpirkanmengembangkan atau mem­bentangkan (sayap dll); ~ sayap mengembang­kan sayap (burung merak).Kamus Dewan Edisi Keempat
simpir; merak ~ sj langkan (serambi) di perahu; menyimpirkan mengembangkan atau mem­bentangkan (sayap dll); ~ sayap mengembang­kan sayap (burung merak).Kamus Dewan Edisi Keempat
menyimpirkan sayapmengembang­kan sayap (burung merak).Kamus Dewan Edisi Keempat
kepak1. sayap: ayam jantan itu mengibar-ngibarkan ~nya; ~ burung; ~ kupu-kupu; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai sayap; ~ pintu daun pintu; berkepak 1. mempunyai kepak, bersayap (burung, agas, dll): setengah-setengah haiwan yg ~ tidak dapat terbang; ada burung yg ~ besar dan ada yg ~ kecil; 2. berdaun (bkn pintu, tingkap): pintu ~ dua; 3. = berkepak­-kepak mengibarkan kepak (spt ayam jantan yg hendak berkokok); mengepak-ngepak = terkepak-kepak berkepak-kepak, mengibar-ngibarkan kepak (sayap); mengepak-ngepakkan mengibar-ngibar­kan (sayap).Kamus Dewan Edisi Keempat
sayap kanan (kiri)a. barisan sebelah kanan (kiri). b. pemain bola sepak dll dr barisan penyerang yg di kanan (kiri) sekali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sayap kapal terbangkepak pd kapal terbang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sayap ikanridip ikan;Kamus Pelajar Edisi Kedua
sayap sentengserba kekurangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
sayap sandangsawat sandang;Kamus Dewan Edisi Keempat
sayap rodaId bahagian yg menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas