baik | 1. memberi faedah apabila menggunakannya (melihat, membaca, dsb), elok (lwn buruk): yg ~ dipakai, yg buruk dibuang; buku ini ~ dibaca oleh kanak-kanak; 2. memuaskan hati dr segi rupa (mutu, kegunaan, dll), elok: cantuman baka yg ~; mendidik anaknya dgn ~; 3. tidak jahat (kelakuan dll): ~ budi pekertinya; 4. pulih, sembuh: lukanya belum ~; 5. sangat sesuai dan rapat (bkn perhubungan, persahabatan, dsb): dia berkawan ~ dgn Aminah; 6. = baiklah ya (menyatakan persetujuan): ambil buku itu! B~ mak; 7. biar, walau; ~ kawan mahupun (ataupun) lawan biar kawan, biar lawan; ~ hati suka menolong, mudah simpati dan pengasih; ~ sangka rasa muhibah; buat ~ berpada-pada, buat jahat jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebihlebihan, tetapi pekerjaan jahat jangan sekalikali dibuat;baik-baik 1. (sbg pesanan) berjaga-jaga dlm melakukan sesuatu, hati-hati: pandulah ~ kerana jalan itu bengkang-bengkok; 2. dgn rapi (menjaga atau memelihara sesuatu): simpan barang ini ~; 3. dgn teliti (melakukan sesuatu): tali itu diikatkan ~ supaya tidak tanggal; baca ~ perenggan ini;sebaik 1. serupa baik dgn, sama baik dgn: penselmu tidak ~ pensel saya; 2. = sebaik-baik demi, serta, baru saja: pencuri itu kena tangkap ~ saja ia memasuki rumah orang;sebaiknya yg baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya: ~ engkaulah yg bercakap dgn cikgu;sebaik-baiknya 1. yg paling baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya; 2. yg amat (sangat) baik: kesempatan mencari keuntungan ini diambil ~ oleh orang asing;berbaik, berbaik-baik tidak bermusuhan (bertengkar dll): orang kampung tertanya-tanya mengapa dia ~ dgn orang yg sejahat itu; ~ semula berdamai;berbaiki sl = membaiki: bendahara pun mengerahkan sekalian orang berlengkap dan ~ alat;membaik = membaik pulih;membaiki membetulkan: jalan-jalan dijaga dan dibaiki oleh kerajaan; jikalau tiada dapat dibaiki, jangan dipecahkan prb janganlah kita kusutkan pekerjaan yg tidak dapat kita selesaikan;membaikkan 1. membuat jadi baik, memulihkan; 2. menganggap lebih baik: dia ~ kelakuan anaknya; 3. mendatangkan kebaikan (faedah dll) kpd; serta sepucuk suratdiberi, ~ maksud paduka seri utk membawa faedah bagi maksud paduka seri;memperbaik menjadikan bertambah baik: rancangan-rancangan utk ~ taraf ekonomi orang Melayu;memperbaiki sl berbuat baik kpd: Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba;kebaikan 1. perbuatan baik: apabila dia membuat sesuatu ~, sentiasa dipertalikannya dgn ayahnya, kerana ayah, utk ayah; 2. sifat baik: tidak sanggup saya membalas ~ budinya; 3. faedah: di kampung-kampung kerajaan membuat jalan-jalan baru utk ~ rakyat;perbaikan 1. perihal (keadaan dsb) menjadi bertambah baik, perihal makin baik; 2. hasil membaiki: segala usul, pindaan, dan ~ dgn ulasannya secepat-cepatnya disampaikan kpd pakar; buku ini merupakan ~ buku-buku jenisnya yg terdahulu;pembaikan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membaikkan atau membaiki; ~ tanah perbuatan membaiki tanah supaya lebih subur;pembaik orang yg (kerjanya) membaiki (membetulkan sesuatu): ~ kereta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebaik-baiknya | 1. yg paling baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya; 2. yg amat (sangat) baik: kesempatan mencari keuntungan ini diambil ~ oleh orang asing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sempurna | 1 tidak ada kekurangannya atau tidak ada cacat celanya; cukup lengkap; baik seluruhnya: Majlis perkahwinannya dahulu cukup ~. Bayi yg baru empat bulan di dlm kandungan, biasanya belum ~ anggota badannya. 2 sudah selesai dgn sebaik-baiknya; teratur baik-baik: Pekerjaannya tidak ada yg ~. menyempurnakan menjadikan sempurna; melakukan dgn sebaik-baiknya: Sabur pun singgah di masjid itu utk ~ fardu maghrib. kesempurnaan keadaan atau hal sempurna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
eksploitasi | /éksploitasi/ 1 perbuatan, usaha dsb mengerjakan atau memajukan sumber-sumber alam dgn sebaik-baiknya utk mendatangkan keuntungan atau faedah: Projek ~ lombong terbiar utk dijadikan tempat menternak ikan. 2 perbuatan mengambil kesempatan terhadap seseorang atau sesuatu secara tidak adil utk kepentingan atau keuntungan sendiri: Peraturan tsb adalah utk mengelakkan ~ terhadap pekerja asing. mengeksploitasi mengeksploit. pengeksploitasian proses mengeksploitasi sesuatu atau seseorang: Sains menjadi sumber ~ golongan tsb. pengeksploitasi orang, pihak dsb yg mengeksploitasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengeksploit | 1 menggunakan atau mengusahakan sumber semula jadi (galian, bahan api dll) sesebuah negara dgn sebaik-baiknya. 2 menggunakan sesuatu (orang dll) utk kepentingan diri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
eksploit | /éksploit/; mengeksploit 1 menggunakan atau mengusahakan sumber semula jadi (galian, bahan api dll) sesebuah negara dgn sebaik-baiknya. 2 menggunakan sesuatu (orang dll) utk kepentingan diri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sebaik | 1 sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2 pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
eksploit | /éksploit/;mengeksploit 1. menggunakan atau mengusahakan sumber semula jadi (galian, bahan api dll) sesebuah negara dgn sebaik-baiknya. 2. menggunakan sesuatu (orang dll) utk kepentingan diri. | Kamus Pelajar |
memperagakan | 1. mempamerkan (kpd bakal pembeli dll), menunjukkan (barang dagangan) kpd orang ramai: peruncit harus menggunakan segala ruang dlm kedainya dgn sebaik-baiknya utk ~ barangannya; 2. memperlihat-lihatkan kebagusan diri (pakaian dll), mempamerkan, menunjuk-nunjukkan, melagakkan: gadis-gadis berjalan ke sana ke mari ~ pakaian mereka; 3. menunjuk-nunjukkan (kekayaan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kewajipan | 1 sesuatu yg diwajibkan: ~nya terhadap orang tuanya tidak pernah dilalaikan. 2 tugas (perintah dll) yg mesti dilakukan: Mereka berjanji akan menjalankan ~ mereka dgn sebaik-baiknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |