sebaiknya | semestinya; sepatutnya: ~, kita berbincang dulu sebelum bertindak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sebaiknya | yg baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya: ~ engkaulah yg bercakap dgn cikgu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebaiknya | semestinya; sepatutnya: ~, kita berbincang dulu sebelum bertindak. | Kamus Pelajar |
hendaknya | sebaiknya, seharusnya, semoga, sepatutnya, seyogianya: semua kanak-kanak ~nya dapat memasuki sekolah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berafiliasi | mempunyai perhubungan atau pertalian: lembaga keilmuan yg mengkaji masalah politik sebaiknya tidak ~ dgn kekuatan sosiopolitik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
afiliasi | gabungan, pertalian: dua orang sarjana ini memerihalkan latihan sains dan ~ mereka dgn badan penyelidikan; berafiliasi mempunyai perhubungan atau pertalian: lembaga keilmuan yg mengkaji masalah politik sebaiknya tidak ~ dgn kekuatan sosiopolitik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hendak | 1. = ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yg sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu; hutan ini sudah banyak ditebang kerana hendakkan kayunya; 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang; 3. untuk: wang ~ membuat belanja sesen pun tiada; tak ~ tidak dgn sungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu); ~lah mesti, harus, patut, wajib: kalau mahu sihat, ~lah dimakan makanan berzat; ~nya sebaiknya, seharusnya, semoga, sepatutnya, seyogianya: semua kanak-kanak ~nya dapat memasuki sekolah; ~pun kalaupun: ~pun dikatakan cantik tidak juga; menghendaki hendak (mahu) akan, mengingini, memerlukan: saya tidak ~ istana utk tempat hidup; kehendak = ~ hati hajat, keinginan, kemahuan yg keras: tanyakan kepadanya apa ~nya datang itu; sekehendak spt atau sebagaimana kehendak hati, nafsu, dll: jika diikutkan ~ nafsu, tidaklah baik kesudahannya; ~ hati sesuka hati; berkehendak berharap akan, bermaksud hendak, berkeinginan: ia ~ supaya kita jadi korbannya; berkehendakkan berkehendak akan, memerlukan: perkara itu ~ penerangan yg lebih lanjut; mengehendaki menghendaki, memerlukan, mengingini: ia ~ semua orang menghormatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baik | 1. memberi faedah apabila menggunakannya (melihat, membaca, dsb), elok (lwn buruk): yg ~ dipakai, yg buruk dibuang; buku ini ~ dibaca oleh kanak-kanak; 2. memuaskan hati dr segi rupa (mutu, kegunaan, dll), elok: cantuman baka yg ~; mendidik anaknya dgn ~; 3. tidak jahat (kelakuan dll): ~ budi pekertinya; 4. pulih, sembuh: lukanya belum ~; 5. sangat sesuai dan rapat (bkn perhubungan, persahabatan, dsb): dia berkawan ~ dgn Aminah; 6. = baiklah ya (menyatakan persetujuan): ambil buku itu! B~ mak; 7. biar, walau; ~ kawan mahupun (ataupun) lawan biar kawan, biar lawan; ~ hati suka menolong, mudah simpati dan pengasih; ~ sangka rasa muhibah; buat ~ berpada-pada, buat jahat jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebihlebihan, tetapi pekerjaan jahat jangan sekalikali dibuat;baik-baik 1. (sbg pesanan) berjaga-jaga dlm melakukan sesuatu, hati-hati: pandulah ~ kerana jalan itu bengkang-bengkok; 2. dgn rapi (menjaga atau memelihara sesuatu): simpan barang ini ~; 3. dgn teliti (melakukan sesuatu): tali itu diikatkan ~ supaya tidak tanggal; baca ~ perenggan ini;sebaik 1. serupa baik dgn, sama baik dgn: penselmu tidak ~ pensel saya; 2. = sebaik-baik demi, serta, baru saja: pencuri itu kena tangkap ~ saja ia memasuki rumah orang;sebaiknya yg baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya: ~ engkaulah yg bercakap dgn cikgu;sebaik-baiknya 1. yg paling baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya; 2. yg amat (sangat) baik: kesempatan mencari keuntungan ini diambil ~ oleh orang asing;berbaik, berbaik-baik tidak bermusuhan (bertengkar dll): orang kampung tertanya-tanya mengapa dia ~ dgn orang yg sejahat itu; ~ semula berdamai;berbaiki sl = membaiki: bendahara pun mengerahkan sekalian orang berlengkap dan ~ alat;membaik = membaik pulih;membaiki membetulkan: jalan-jalan dijaga dan dibaiki oleh kerajaan; jikalau tiada dapat dibaiki, jangan dipecahkan prb janganlah kita kusutkan pekerjaan yg tidak dapat kita selesaikan;membaikkan 1. membuat jadi baik, memulihkan; 2. menganggap lebih baik: dia ~ kelakuan anaknya; 3. mendatangkan kebaikan (faedah dll) kpd; serta sepucuk suratdiberi, ~ maksud paduka seri utk membawa faedah bagi maksud paduka seri;memperbaik menjadikan bertambah baik: rancangan-rancangan utk ~ taraf ekonomi orang Melayu;memperbaiki sl berbuat baik kpd: Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba;kebaikan 1. perbuatan baik: apabila dia membuat sesuatu ~, sentiasa dipertalikannya dgn ayahnya, kerana ayah, utk ayah; 2. sifat baik: tidak sanggup saya membalas ~ budinya; 3. faedah: di kampung-kampung kerajaan membuat jalan-jalan baru utk ~ rakyat;perbaikan 1. perihal (keadaan dsb) menjadi bertambah baik, perihal makin baik; 2. hasil membaiki: segala usul, pindaan, dan ~ dgn ulasannya secepat-cepatnya disampaikan kpd pakar; buku ini merupakan ~ buku-buku jenisnya yg terdahulu;pembaikan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membaikkan atau membaiki; ~ tanah perbuatan membaiki tanah supaya lebih subur;pembaik orang yg (kerjanya) membaiki (membetulkan sesuatu): ~ kereta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baik | 1 tidak jahat kelakuannya: Embung kanak-kanak yg ~ dan rajin belajar. 2 tidak ada cacatnya; bagus; elok: Jangan dibuang dodol itu kerana masih ~ dan boleh dimakan. 3 pulih drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. 4 tidak sakit; sihat: Kami sekeluarga ~ belaka. 5 kata utk menyatakan bersetuju atau sanggup berbuat sesuatu; ya: “Ali, tolong ambil buku itu!” “~, mak”. baik-baik 1 terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat: orang ~. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3 hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. berbaik 1 berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2 berdamai kembali (setelah berkelahi): Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. berbaik-baik saling berlaku baik (antara beberapa orang): Kita hendaklah hidup ~ antara satu dgn yg lain. membaiki membetulkan apa-apa yg rosak, salah dsb: Pekerja-pekerja dr Jabatan Kerja Raya sedang ~ jambatan yg roboh. membaikkan membuat supaya baik kembali (bkn kesihatan); menyembuhkan: Ubat ini dpt ~ penyakit anda. memperbaik membuat supaya menjadi lebih baik (bagus, rapi dsb): Setiap orang harus berusaha ~ nasibnya. memperbaiki berbuat baik kpd; melakukan selayaknya kpd: Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. kebaikan 1 perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2 faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. perbaikan 1 hasil memperbaik: ~ kesihatan rakyat; ~ gaji. 2 hal atau keadaan berbaik kembali: Perselisihan antara kedua-dua pihak itu akhirnya mencapai ~ juga. pembaikan hal atau perbuatan membaiki atau membaikkan: Kerja-kerja ~ jalan raya yg rosak itu memerlukan biaya yg banyak. pembaik orang yg kerjanya membaiki sesuatu: Bapa saya bekerja sbg ~ kereta di Syarikat Volvo di Jalan Syed Putra. sebaik 1 sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2 pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. sebaiknya semestinya; sepatutnya: ~, kita berbincang dulu sebelum bertindak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baik | 1. tidak jahat kelakuannya: Embung kanak-kanak yg ~ dan rajin belajar. 2. tidak ada cacatnya; bagus; elok: Jangan dibuang dodol itu kerana masih ~ dan boleh dimakan. 3. pulih drpd sakit; sembuh: Lukanya sudah ~. 4. tidak sakit; sihat: Kami sekeluarga ~ belaka. 5. kata utk menyatakan bersetuju atau sanggup berbuat sesuatu; ya: “Ali, tolong ambil buku itu!” “~, mak”. baik-baik 1. terhormat dan terpuji (ttg tingkah laku, budi pekerti dsb); tidak jahat:orang ~. 2. dgn sungguh-sungguh; dgn tekun: Belajarlah ~ supaya lulus dlm peperiksaan. 3. hati-hati; ingat-ingat: ~ sewaktu melintas di jalan raya. berbaik 1. berlaku baik (terhadap seseorang); tidak bermusuhan: Aku tidak ingin ~ dgn orang yg suka membuat fitnah spt dia. 2. berdamai kembali (setelah berkelahi):Jangan turut campur dlm hal anak-anak, hari ini mereka berkelahi, esok lusa ~ kembali. berbaik-baik saling berlaku baik (antara beberapa orang): Kita hendaklah hidup ~ antara satu dgn yg lain. membaiki membetulkan apa-apa yg rosak, salah dsb: Pekerja-pekerja dr Jabatan Kerja Raya sedang ~ jambatan yg roboh. membaikkan membuat supaya baik kembali (bkn kesihatan);menyembuhkan: Ubat ini dpt ~ penyakit anda. memperbaik membuat supaya menjadi lebih baik (bagus, rapi dsb): Setiap orang harus berusaha ~ nasibnya. memperbaiki berbuat baik kpd; melakukan selayaknya kpd: Tuanku, segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba. kebaikan 1. perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2. faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. perbaikan 1. hasil memperbaik: ~ kesihatan rakyat; ~ gaji. 2. hal atau keadaan berbaik kembali: Perselisihan antara kedua-dua pihak itu akhirnya mencapai ~ juga. pembaikan hal atau perbuatan membaiki atau membaikkan: Kerja-kerja ~ jalan raya yg rosak itu memerlukan biaya yg banyak. sebaik 1. sama baiknya: Rumah yg kita lihat tadi tidak ~ yg ini. 2. pd ketika; baru saja; demi: Semua bendera dikibarkan separuh tiang ~ berita kemangkatan baginda diterima. sebaiknya semestinya; sepatutnya: ~, kita berbincang dulu sebelum bertindak. pembaik orang yg kerjanya membaiki sesuatu: Bapa saya bekerja sbg ~ kereta di Syarikat Volvo di Jalan Syed Putra. baik biak; membaik biak ist meninggikan mutu dan membanyakkan hasil (ttg tanaman dan binatang ternakan). baik pulih; membaik pulih memeriksa dgn teliti utk membaiki atau utk memulihkan keadaan sesuatu alat (terutamanya kenderaan, jentera dsb). | Kamus Pelajar |