Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.rang] | سبارڠ

Definisi : biasa saja, tidak istimewa, asal sahaja; bukan ~ a) bukan yg biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dll); c) bukan apa-apa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebarang

Puisi
 

Bukan lada sebarang lada,
     Lada burung dari seberang;
Bukan janda sebarang janda,
     Janda baru beranak seorang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kerja sebarang hebat,
     kasih sebarang tempat.

Bermaksud :

Bekerja dengan tidak menurut peraturan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sebarangbiasa saja, tidak istimewa, asal sahaja; bukan ~ a) bukan yg biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dll); c) bukan apa-apa;Kamus Dewan Edisi Keempat
bogel(bogél)1. tidak memakai sebarang pakaian, telanjang: dia dijumpai mati dlm keadaan ~; telanjang ~ telanjang bulat; bunga ~ bunga yg tidak mempunyai ranggi; 2. tidak mempunyai sebarang hiasan (di badan, di dlm bilik, di rumah, dsb): dia ~ saja, tidak ada satu pun barang kemas di badan; ruang tamunya ~ saja; berbogel bertelanjang: anaknya yg masih kecil ~ lagi; membogelkan menelanjangkan: dia ~ anaknya sebelum memandikannya; kebogelan dlm keadaan bogel.Kamus Dewan Edisi Keempat
mematikan1. membunuh: ada kalanya gula juga akan ~ semut; 2. ki menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah, tidak ber­gerak, dll): pengemis itu ~ langkahnya; sete-lah ~ enjin skuternya, dia pun naik ke rumah; 3. (Mat) membahagi sebarang pengatas dan sebarang pembawah dgn angka yg sama;Kamus Dewan Edisi Keempat
sunyi1 tidak kedengaran sebarang bunyi; senyap: ~ rumah ini, ke mana perginya anak-anak kamu?. ~ senyap sunyi sekali. 2 tidak ada orang; tidak banyak orang; lengang; kosong (bkn rumah): Dahulu, bandar itu sangat maju dan banyak orangnya, tetapi sekarang menjadi mundur dan ~. 3 lepas atau bebas drpd sebarang kejahatan dll: Manusia tiada ~ drpd membuat kesalahan. bersunyi, bersunyi-sunyi pergi menjauhkan diri dr orang ramai; mengasingkan diri: Pd hari-hari kelepasan am, saya lebih suka ~ di rumah drpd menghadiri sebarang majlis keramaian. kesunyian 1 keadaan sunyi; kesepian; kelengangan. 2 berasa sunyi kerana tinggal seorang diri: Apabila ~, saya pergi menonton wayang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kad jaminankad yg diberikan oleh sesebuah syarikat kpd pelanggan sbg jaminan bahawa sebarang kerosakan yg berlaku pd barangan yg dijual dlm tempoh tertentu (selepas di­gunakan) akan dibaiki (diganti) tanpa sebarang bayaran;Kamus Dewan Edisi Keempat
kosong(blank)1. Ruang yang tidak mengandungi sebarang aksara pada baris teks. 2. Bahagian cakera atau pita yang telah terpadam. 3. Perintah dalam hamparan elektronik yang boleh memadamkan kandungan sel. 4. Sel ingatan atau sel hamparan elektronik yang tidak mengandungi sebarang data.Kamus Komputer
pemproses data(data processor)1. Peranti atau petugas yang bekerja untuk memproses maklumat. 2. Nama lain untuk komputer, mesin kira, atau sebarang sistem yang fungsinya memproses data. 3. Sebutan am bagi sebarang peranti yang boleh mengurangkan, meringkaskan, memproses, menerima dan/atau mengeluarkan data.Kamus Komputer
bila1. kata yg digunakan utk menanyakan waktu (masa, ketika) mana: ~ awak hendak ke Kuala Lumpur?; barang ~ sebarang masa; 2. pd masa apa: kalau begini, sampai ~ pun nasib pak tani tidak akan berubah; bila-bila = ~ masa pd sebarang masa (waktu, ketika): ~ saja hari akan hujan.Kamus Dewan Edisi Keempat
butang cemas(panic button)1. Suis perkakasan atau perisian yang digunakan apabila terjadi sebarang kecemasan atau perkara yang tidak dapat dikelolakan oleh petugas. 2. Suis perkakasan atau perisian yang digunakan untuk menukarkan atau menyorokkan data atau sistem yang sedang digunakan apabila terjadi sebarang kecemasan.Kamus Komputer
modul semu(dummy module)1. Modul atur cara yang mempunyai pintu masuk dan pintu keluar, tetapi tidak melakukan sebarang pemprosesan berfaedah. Modul ini digunakan dalam pengaturcaraan bermodul sebagai ganti modul yang akan disiapkan kemudian. 2. Perkakasan yang tidak memainkan sebarang peranan dalam pemprosesan yang sedang dilakukan tetapi diletakkan bersama dengan perkakasan lain untuk mendapatkan nilai senia atau sebagai sebahagian sebagai reka bentuk kosmetik.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas