Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Peribahasa

Bagai perahu karam sebelah.

Bermaksud :

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tembus1. berlubang terus sampai ke sebelah, bolos, tembuk: dinding papan itu ~ kena peluru; 2. masuk terus ke sebelah, lantas ke, terus sampai ke: gua itu ~ ke belakang bukit; jalan ini ~ ke pasar; 3. meresap terus ke sebelah lain, merembes ke sebelah lain: kertas ini jenis yg tidak baik kerana dakwat ~ ke bawah apabila ditulis; 4. dapat dilantas terus (barisan pertahanan dll), bolos, tobros: pertahanan musuh telah ~; 5. ark kena benar (dugaan dll), tepat; menembus 1. meresap masuk (ke dlm hati dll): kata-katanya tadi telah dapat ~ ke dlm hati suaminya; 2. terus sampai ke, terus ke; 3. ark betul (terkaan dll), tepat: firasatnya tidak ~; menembusi 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk, melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui se-suatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; 3. mere­sap terus ke sebelah yg lain, melantas, merem­bes: matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titi-wangsa; 4. ki meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (per­tahan­an dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besar-besaran; tembusan 1. sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal; penembusan perihal menembus atau me­nem­busi, penobrosan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sebaliksebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan;Kamus Dewan Edisi Keempat
balik I1. kembali, pulang: budak-budak belum ~ lagi; 2. = sebalik sebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan; 3. songsang, berlawanan arah; bulu ~ bulu ayam yg songsang; ~ adab tidak tahu adat; ~ akas Kd kembali hidup; ~ andar balik kosong (drpd mengail dll); ~ belah a) songsang; b) Tr tidak mengikut susunan yg betul: kamu susun buku itu ~ belah betul; ~ bokong bahagian dlm menjadi di luar, songsang (baju dll); ~ gagang ki berpihak kpd lawan; ~ gelisah Kl sj kuih yg dibuat drpd beras pulut; ~ jungkir (berulang kali) kepala di bawah, kaki di atas; ~ kekat arus (pasang) berubah; ~ kerak kahwin lagi dgn bekas isteri; ~ kuang kepala ke bawah (bergantung dll); ~ mazhab taklid (meninggalkan ajaran mazhab tertentu dan mengikut ajaran mazhab yg lain); ~ mata a) bermuafakat jahat (membiarkan orang berbuat jahat, pura-pura tidak tahu, dll); b) main sunglap; ~ modal mendapat modal kembali (tidak rugi dan juga tidak untung), pulang modal; ~ nama Id penukaran surat hak milik (tanah dll); ~ pongkang yg di bawah jadi di atas; ~ rujuk kahwin balik dgn isteri yg telah diceraikan; ~ sakit = ~ pais Kl jatuh sakit semula; ~ sedar siuman, sedar drpd pengsan; di ~ belakang(an) = ~ pembelakangan di belakang orang;sebalik; di ~ pd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini?sebaliknya berlawanan dgn atau berbeza sama sekali drpd (sesuatu yg telah dikatakan atau disarankan);balik-balik bp kerap melakukan perkara yg sama: ~ dia lakukan lagi perbuatan terkutuk itu;berbalik 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot;berbalik-balik selalu balik ke tempat semula, berpusing-pusing, berulang-alik;membalik 1. berbalik kembali (arahnya): bola itu ~ sesudah kena tiang; 2. menukar letaknya (menelungkup menjadi menelentang): dibaliknya pinggan itu dan nasi pun tumpahlah;membalik-balik 1. membalik berulang kali: dibalik-baliknya kertas di atas meja itu; 2. membuka-buka (buku dll): sambil bertenggong, ia ~ buku yg tebal itu; 3. berulang-ulang (memikir dll): air matanya jatuh apabila ~ bagaimana sengsara hidupnya;membaliki 1. balik kpd sesuatu (utk mengambil sesuatu, berbaik dgn isteri, dll); 2. ark melepaskan diri drpd tanggungjawab;membalikkan 1. memulangkan, mengembalikan: ia menyuruh ~ wang itu; 2. mengubah letak atau arah sesuatu kpd yg berlawanan dgn asalnya atau sebelumnya: kerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yg sukar; 3. menyebabkan berubah (bertukar dsb) sama sekali: mengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku? 4. menghantar kembali, melantunkan: lantai, siling, dan dinding dibina drpd bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yg memukulnya; ~ kepala melihat ke belakang; ~ muka memalingkan muka; ~ perkataan membelitbelitkan perkataan; ~ punggung membelakangi, tidak mahu melihat;terbalik menjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yg di hadapan menjadi di belakang atau yg di atas menjadi di bawah): kereta itu ~; bajunya ~; ~ akal gila; ~ iman bertukar iman; ~ mata Id bp terlampau lama melihat; ~ niat bertukar niat;menterbalikkan menjadikan (membuat menjadi) terbalik: menggaris dgn dakwat dilakukan dgn ~ kayu pembaris; suaranya boleh ~ iman seorang lelaki;keterbalikan perihal terbalik: ~ peranan dlm perhubungan ibu bapa dgn kanakkanak boleh dicapai oleh kanak-kanak dlm situasi lakon;kebalikan sebalik drpd, sebaliknya, lawan(nya): benderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss; ~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat;pembalikan perihal (perbuatan dsb) membalik(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat
sanding I; bersanding duduk di sebelah seseorang yg lain, spt pe­ngantin di atas pelamin; duduk bersebelah-sebelahan: Pengantin sedang ~. menyandingkan meletakkan seseorang dll di sebelah yg lain; men­dudukkan supaya bersanding. per­sandingan hal bersanding (khu­susnya dlm majlis perkahwinan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkepil-kepilbersusun rapat antara satu dgn yg lain (yg satu di sebelah yg lain); berdampingan rapat: Pd setiap hari minggu, banyaklah perahu, sampan dan motobot yg berlabuh ~ di kuala.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepil; berkepil-kepil bersusun rapat antara satu dgn yg lain (yg satu di sebelah yg lain); berdampingan rapat: Pd setiap hari minggu, banyaklah perahu, sampan dan motobot yg berlabuh ~ di kuala. mengepil rapat atau berhampiran dgn: Pergi ke mana pun, anak itu sentiasa ~ ibunya. Di pelabuhan itu, kelihatan beberapa buah kapal berlabuh ~ dermaga.mengepilkan 1 meletakkan (membawa) sesuatu rapat dgn; mendampingkan: ~ perahu ke tebing. 2 melekatkan sesuatu pd yg lain: Dia ~ sekeping gambar pd borang permohonan itu. terkepil 1 terletak berdamping dgn atau rapat dgn. 2 terlekat (dgn sesuatu, spt gam) pd sesuatu yg lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepilberkepil-kepil bersusun rapat antara satu dgn yg lain (yg satu di sebelah yg lain); berdampingan rapat:Pd setiap hari minggu, banyaklah perahu, sampan dan motobot yg berlabuh ~ di kuala. mengepil rapat atau berhampiran dgn: Pergi ke mana pun, anak itu sentiasa ~ ibunya. Di pelabuhan itu, kelihatan beberapa buah kapal berlabuh ~ dermaga. mengepilkan 1. meletakkan (membawa) sesuatu rapat dgn; mendampingkan: ~ perahu ke tebing. 2. melekatkan sesuatu pd yg lain: Dia ~ sekeping gambar pd borang permohonan itu. terkepil 1. terletak berdamping dgn atau rapat dgn. 2. terlekat (dgn sesuatu spt gam dsb) pd sesuatu yg lain.Kamus Pelajar
lapis I1. = lapisan susunan yg bertingkat­-tingkat atau bertindih-tindih dgn satu di atas atau di sebelah yg lain (bkn bumi, dinding, dll), petala: di bawah kulit binatang, terletak se~ lemak yg memanaskan badannya; maka mereka pun masuklah ke dlm kota yg tujuh ~ itu; 2. barisan atau deretan (yg bersaf-saf): tentera itu berbanjar beberapa ~; 3. kepingan atau barang nipis yg dilekapkan pd barang yg lain: ~ bahu baju; ~ emas barang yg disadur dgn emas; berlapis menggunakan lapis, memakai lapis: di pinggang perak ~, di dada bintang me­nabur; berlapis-lapis terletak berderet-deret atau bertindih-tindih dgn yg lain, bersusun (satu diatas atau di sebelah yg lain): maka orang mengepung pun terlalu banyak rupa senjata ~; berlapiskan menggunakan sesuatu sbg lapis; melapis 1. memberi lapis kpd, membuat berlapis; 2. bersusun-susun (satu di sebelah atau di atas yg lain); melapisi merupakan lapis kpd: dia berjalan di atas lantai yg dilapisi permaidani; melapiskan meletakkan berlapis, memberi berlapis: lipat tepi lapik ke dalam kemudian lapiskan dua; lapisan 1. susunan yg bertingkat-tingkat, lapis: biasanya ~ tanah di bawah permukaan sawah itu menjadi keras utk menahan air drpd meresap; 2. ki tingkatan dlm masyarakat, golongan: kekuatan orang Islam dr segenap ~ dapat digunakan utk menentang musuh; pelapisan perihal (proses atau perbuatan) melapisi atau melapiskan: ~ aluminium pd poliester yg disalut dgn kertas; pelapis 1. yg menjadi golongan atau tingkatan yg berikutan atau yg akan meneruskan atau mengambil alih sesuatu tugas dll: kelab ini juga bertujuan mewujudkan golongan ~ dlm barisan pemimpin badan penulis di negeri ini; pasukan ~; pemimpin ~; 2. sesuatu (bahan) yg melapisi: berbagai-bagai bahan boleh digunakan sbg ~ bahan pelindung yg telap air.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersebelahanberada di sebelah; di samping atau di sebelah sesuatu yg lain letaknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersebelahanberada di sebelah;di samping atau di sebelah sesuatu yg lain letaknya.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas