pramoden | sebelum moden, sebelum mencapai kemajuan zaman moden, primitif: zaman ~ Jepun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelmarin | 1. sehari sebelum hari ini, semalam: hari ini hari Khamis, ~ hari Rabu; 2. dua hari sebelum hari ini, sehari sebelum semalam: hari ini hari Khamis, jadi ~ hari Selasa; 3. beberapa hari (minggu) yg lepas: dia sedang dirawat di rumah sakit kerana dilanggar kereta ~; ~ dulu Kd, Pn dua hari sebelum hari ini; ~ dulu balik sana Kd tiga hari sebelum hari ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mati celik | mati sebelum hajat atau sebelum cita-cita seseorang tercapai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jimat | I 1. cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros; ~ cermat = ingat ~ sangat cermat (dlm membelanjakan wang dll); 2. ingat-ingat (bkn pekerjaan dll), hati-hati; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb harus beringat-ingat sebelum terlambat; berjimat, berjimat-jimat 1. berhemat atau berhati-hati (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu): kami terpaksa makan ~ kerana sedikit benar bekalan; 2. berhati-hati (pekerjaan dll); ~ cermat berhemat-hemat, berhati-hati (terutamanya dlm penggunaan wang dll); menjimatkan menghematkan, mengeluarkan dll dgn cermat: pd musim kemarau kita harus ~ air; kejimatan sifat berjimat, sifat bercermat dlm penggunaan wang dll; penjimatan perihal (perbuatan dsb) berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu: langkah-langkah ~ perbelanjaan kerajaan akan juga menyumbangkan pembaikan dlm imbangan pembayaran negara; penjimat orang yg jimat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhemat | 1 berdikit-dikit (membelanjakan wang); berjimat: Kalau tidak ~ membelanjakan wang, kita tidak akan dpt menyimpannya. 2 berhati-hati; berawas-awas; berjaga-jaga: Ingat sebelum kena, ~ sebelum habis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhemat | 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal di kemudian hari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jahiliah | Ar gelaran kpd umat Arab (sebelum lahirnya Nabi Muhammad) yg tidak menerima kebenaran (ajaran para nabi dan rasul sebelum kedatangan Islam); zaman ~ zaman sebelum kedatangan Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebas II | Jw; menebas memborong hasil tanaman (buah-buahan, padi, dll) sebelum dipetik atau dituai: dia ~ padinya; menebaskan memborongkan hasil tanaman sebelum dipetik: semua buah-buahan disusun-nya sudah ditebaskan kpd tauke itu; tebasan 1. perihal menebas, pembelian hasil tanaman (sebelum dipetik); 2. hasil drpd menebas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebelum | ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sebelum | sewaktu belum, pd waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |