tadi | 1 tidak lama sebelum ini; baru sebentar: ~ dia ada di sini bercakap-cakap dgn kami. 2 yg telah lalu: malam ~; petang ~. 3 yg tsb dahulu; yg baru disebut: Budak yg ~ pun tidak mempunyai kad pengenalan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tadi | 1 tidak lama sebelum ini; baru sebentar: ~ dia ada di sini bercakap-cakap dgn kami. | Kamus Pelajar |
penskripan | hal (proses) penulisan skrip: memanglah drama Melayu sebelum ini tidak ada tradisi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ex parte | (éks pati) (Latin) (Udg) bagi pihak atau kepentingan sebelah (satu) pihak sahaja: sebelum ini beliau telah mendapat perintah sementara hak penjagaan anak dlm permohonan secara ~ pd bulan lepas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sirkuit | siri atau rangkaian pertandingan yg disertai sering kalinya oleh pemain (peserta, petanding) yg sama: sebelum ini Indonesia telah memiliki Piala Thomas yg menjadi rebutan setiap negara yg menyertai pertandingan ~ antarabangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahanan reman | a) tindakan menahan seseorang selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu: sebelum ini dia pernah ditahan utk siasatan berhubung dgn pembunuhan itu tetapi dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat; b) seseorang yg ditahan selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembuka mata | sesuatu yg menyedarkan orang atau pihak yg tertentu drpd kesilapan, kekurangan atau sesuatu yg tidak diketahui sebelum ini: kebangkitan pemain senior yg menyerlah dlm beberapa kejohanan besar menjadi ~ mata masyarakat tempatan dan antarabangsa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
materialistik | (matérialistik) berkaitan dgn kebendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan (mementingkan) kebendaan: bangsa Melayu semakin bersifat ~ sekarang ini, sedangkan sebelum ini, orang Melayu lebih bersifat spiritualistik; kita mesti menolong sesiapa sahaja dgn mengetepikan soal ~ itu sejauh yg mungkin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reman | (réman); tahanan ~ a) tindakan menahan seseorang selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu: sebelum ini dia pernah ditahan utk siasatan berhubung dgn pembunuhan itu tetapi dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat; b) seseorang yg ditahan selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu; mereman menahan seseorang yg dituduh melakukan jenayah ke dlm tahanan (penjara atau lokap) utk siasatan lanjut sementara menunggu perbicaraan dsb: mereka tidak dibenarkan ikat jamin dan direman sehingga kes mereka disebut semula di mahkamah; semua lelaki berkenaan direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baru-baru ini | tidak lama dahulu, tidak berapa lama sebelum ini: kita menyokong perbahasan itu dlm Perhimpunan Agung UMNO ~ ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |