segombang | secantik, semolek: semolek secantik ini, ~ semuda ini engkau; ~ lebuh a) congkak (sombong); b) molek di luarnya sahaja (tidak di dalamnya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gombang II | Mn cantik, elok, tampan; segombang secantik, semolek: semolek secantik ini, ~ semuda ini engkau; ~ lebuh a) congkak (sombong); b) molek di luarnya sahaja (tidak di dalamnya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seelok | sama elok dgn; sebaik; secantik: Wajahnya ~ hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seelok | sama elok dgn; sebaik; secantik: Wajahnya ~ hatinya. | Kamus Pelajar |
bermitos | mengandungi mitos atau terdapat mitos di dlmnya (bkn kisah, cerita dsb): Desa itu tidaklah secantik mana, tetapi itulah desa yg tenang, bersejarah pendek dan ~ tertentu yg pernah dikunjunginya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
juga | 1. (digunakan utk menyatakan keadaan yg sama atau serupa) pun: ada ~ orang yg tahu perkara itu; badannya tegap, adiknya ~ demikian; 2. (digunakan selepas kata sifat) agak: gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; 3. (digunakan utk menunjukkan perulangan) lagi: dulu saya yg menolongnya, sekarang saya ~ yg menolongnya; 4. (digunakan utk menunjukkan perbuatan terus-menerus) terus: walaupun dilarang dia masih ketawa ~; Chia telah mati di situ ~; 5. (digunakan utk menunjukkan tolak ansur) meskipun, walaupun: sesiapa ~ yg datang, saya mengalu-alukannya; 6. (biasanya digunakan selepas kata penghubung tetapi atau atau utk menunjukkan tokokan): kamu bukan sahaja mesti belajar dgn tekun tetapi ~ mesti berbaik-baik antara satu sama lain; 7. (digunakan bersama dgn pun sbg penegas): saya berpuasa, dia pun berpuasa ~; jua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tinjau belukar | a) sj tumbuhan (pokok renek), ulai-ulai, Greenia corymbosa; b) sj tumbuhan (pokok), cemantung jantan, derumun hitam, jambu arang, medang kelawa (men-dung, musang), Elaeocarpus paniculatus; c) ki menarik dipandang dr jauh tetapi tidak menarik jika dipandang dr dekat (bkn sese-orang): dia ~ belukar sahaja, apabila dekat tidaklah secantik manapun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tinjau II | ~ belukar a) sj tumbuhan (pokok renek), ulai-ulai, Greenia corymbosa; b) sj tumbuhan (pokok), cemantung jantan, derumun hitam, jambu arang, medang kelawa (mendung, musang), Elaeocarpus paniculatus; c) ki menarik dipandang dr jauh tetapi tidak menarik jika dipandang dr dekat (bkn sese-orang): dia ~ belukar sahaja, apabila dekat tidaklah secantik manapun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mitos | 1 cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan ttg sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb. 2 cerita ttg seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka; dongeng. bermitos mengandungi mitos atau terdapat mitos di dlmnya (bkn kisah, cerita dsb): Desa itu tidaklah secantik mana, tetapi itulah desa yg tenang, bersejarah pendek dan ~ tertentu yg pernah dikunjunginya. memitoskan menjadikan (kisah, cerita dsb) sbg mitos: Mereka ~ bahawa panglima itu terbunuh semasa hendak menyelamatkan anakanda baginda. 2 mengagung-agungkan secara berlebih-lebihan; mendewa(-dewa)kan: Kecenderungan utk ~ seseorang tidak harus digalakkan. kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan ttg wujudnya ~ sumpahan tsb. pemitosan perihal atau perbuatan memitoskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
elok | /élok/ 1 dpt menyukakan atau dpt memuaskan hati apabila dilihat dll; cantik; menarik: Budak itu sejak kecil lagi amat ~ rupanya. 2 baik; bagus: ~lah kita berehat dahulu utk melepaskan penat. mengelokkan 1 menjadikan elok (cantik): Dia ~ tudung kepala anaknya. 2 membaikkan; membaguskan: ~ kelakuan orang. memperelok 1 menjadikan lebih elok (cantik): Ani ~ sanggulnya dgn menyelitkan sekuntum bunga mawar pdnya. 2 menjadikan lebih baik (bagus): Mereka ~ kapal terbang jenis jet itu dlm tahun-tahun berikutnya. keelokan sifat atau keadaan elok; kecantikan: Dia sangat tertarik oleh ~ paras pramugari itu. seelok sama elok dgn; sebaik; secantik: Wajahnya ~ hatinya. seelok-eloknya yg paling elok; sebaik-baiknya: ~ wang yg berlebihan itu disimpan di bank saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |