Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. enak (pd rasa, bau, dll): kuih itu sangat ~ rasanya; 2. senang (pd perasaan dll), nyaman: tubuh saya tidak ~; asal ada kata begitu alangkah ~ di dlm hati; ~ hati senang, tenteram; ~ keleh Kl indah (pd pandangan) dan menarik; ~ manis a) sopan santun dan menarik hati (kelakuan); b) enak (cita rasanya); ~ mulut sekehendak hati: jangan pakai cakap ikut ~ mulut; ~ dahulu pahit kemudian prb melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan dahulu buruk baiknya akhirnya akan menyesal; ~ manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb sebarang bicara orang hendaklah di­timbang­­kan lebih dahulu sebelum diterima atau ditolak; menyedapkan menjadikan sedap (enak, senang, tenteram, dll), menyamankan, me­nyenangkan (hati, perasaan): pengakuan doktor itu ~ hati isterinya; Aji-no-moto ialah sj bahan utk ~ masakan; sedap-sedapan, sedapan (hidangan) ma­kanan yg sedap-sedap atau enak; kesedapan perihal sedap, rasa sedap, keenak-an, kelazatan: mereka semuanya kesiangan pagi itu kerana ~ tidur; penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata itu menjadi ~ hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sedap (adjektif)
1. Bersinonim dengan enak: lemak, manis, lazat, nikmat, perisa, latif, gurih, legit,
Berantonim dengan hambar

2. Bersinonim dengan segar: seronok, selesa, nyaman, senang, nikmat, enak, indah, sihat, naim,

Kata Terbitan : menyedapkan, kesedapan, penyedap,

Puisi
 

Sedap kundur dari labu,
     Manakan sama timun betik;
Sedap tidur dalam kelambu,
     Manakan sama atas riba adik.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Nasi sedap gulai mentah,
     gulai sedap nasi mentah.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gecarkeluar air liur kerana melihat makanan dll yg sedap-sedap; kecur. menggecarkan menyebabkan air liur keluar kerana kecur (spt ketika melihat makanan yg sedap-sedap): Makanan yg terhidang itu ~ saya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gecarkeluar air liur kerana melihat makanan dll yg sedap-sedap; kecur. menggecarkan menyebabkan air liur keluar kerana kecur (spt ketika melihat makanan yg sedap-sedap): <i>Makanan yg terhidang itu ~ saya.i>Kamus Pelajar
sedapkesedapan hal atau keadaan sedap; rasa sedap; keenakan; kelazatan; kenyamanan.Kamus Pelajar
kesedapanperihal sedap, rasa sedap, keenak-an, kelazatan: mereka semuanya kesiangan pagi itu kerana ~ tidur;Kamus Dewan Edisi Keempat
sedap-sedapan, sedapan (hidangan) ma­kanan yg sedap-sedap atau enak;Kamus Dewan Edisi Keempat
kesedapanhal atau keadaan sedap; rasa sedap; keenakan; kelazatan; kenyamanan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kesedapanhal atau keadaan sedap; rasa sedap; keenakan; kelazatan; kenyamanan.Kamus Pelajar
sedap1 enak rasanya; lazat: Kuih ini sungguh ~. 2 dpt memberi kepuasan kpd perasaan; nyaman; seronok: Saya be­rasa tidak ~ badan hari ini. menye­dap­kan membuat menjadi sedap atau menjadikan berasa sedap; meng­-e­nakkan; menyamankan: Utk ~ masak­an tuan, bubuhlah serbuk perasa sedikit. mempersedap menjadikan lebih se­dap. kesedapan hal atau keadaan sedap; rasa sedap; keenakan; kelazatan; kenyamanan. penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata ~ hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sedapan(hidangan) ma­kanan yg sedap-sedap atau enak;Kamus Dewan Edisi Keempat
gecar I1. keluar air liur (kerana melihat makanan yg sedap-sedap dsb); 2. cair (bubur, darah, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas