bius | 1. = ubat ~ sj ubat yg boleh melalikan atau membuat seseorang tidak sedar diri (pengsan dsb): macam orang telah kena ~; 2. keadaan tidak sedar diri (kerana dibius): sedar drpd ~; membius menyebabkan berasa lali atau tidak sedar dgn memberi ubat bius: ~ pesakit supaya tidak sedar;kebiusan 1. perihal bius (tidak sedar); 2. menjadi tidak sedar kerana dibius; pembiusan perihal (proses, perbuatan, dsb) membius. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedar | 1. tahu dan ingat (akan keadaan yg sebenarnya), insaf, mengerti: ia ~ dirinya diancam dr luar dan dalam; kau pun ~ bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dr sini; 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drpd tidur), siuman semula: ~ drpd pengsan (tidur); ~ tak ~ antara sedar dan tidak; ~ (sedarkan) diri a) tahu akan dirinya; b) siuman; tidak ~ (sedarkan) diri a) tidak ingat akan diri; b) tidak tahu di untung; menyedar = ~ arwah Mn kenduri mengingati arwah, kenduri pd bulan Syaaban; menyedari mengetahui (dgn rasa insaf), menginsafi: dia mula ~ bahawa perbuatan-nya itu adalah satu dosa; kita ~ kelemahan bangsa kita dlm lapangan sains; menyedarkan menjadikan sedar, mengingatkan, menginsafkan: ~ bangsa sendiri supaya lebih maju; ~ orang drpd pengsan; tersedar 1. teringat, ingat: maka Sultan Malikul-Tahir pun ~lah akan saudara baginda; 2. terjaga (drpd tidur), sedar (drpd), kembali sedar (drpd pengsan dll): tiba-tiba ~ daku drpd tidurku; kesedaran perihal (keadaan dll) sedar (akan sesuatu), keinsafan, ingatan: usaha ini dilakukan atas ~ bahawa manuskrip itu mempunyai nilai yg amat tinggi; ~ ingin belajar juga telah timbul; sentimen yg demikian memperlihatkan tiadanya ~ nasional dlm dada Abdullah sendiri; penyedaran perbuatan menyedarkan; penyedar 1. yg menjadikan sedar, yg menyedarkan; 2. yg menyedari atau menginsafi (sesuatu): Latiff merasakan sesuatu yg diharapkannya itu mengajarnya menjadi seorang yg terlalu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedar | 1 tahu akan keadaan yg sebenarnya; tahu dan ingat; insaf: Dia ~ akan kekurangan dirinya. tidak ~ diri tidak ingat akan diri; tidak tahu di untung. 2 terjaga drpd tidur; ingat kembali drpd pengsan: Dia baru ~ drpd tidurnya. menyedari mengetahui dan memahami sesuatu; berasa insaf akan: Baru sekarang mereka ~ bahawa mereka tersesat. menyedarkan membuat menjadi sedar; mengingatkan: ~ orang drpd pengsan. kesedaran perihal atau rasa sedar; keinsafan: ~ politik hal sedar akan keadaan politik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebiusan | 1. perihal bius (tidak sedar); 2. menjadi tidak sedar kerana dibius; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersedar | 1. teringat, ingat: maka Sultan Malikul-Tahir pun ~lah akan saudara baginda; 2. terjaga (drpd tidur), sedar (drpd), kembali sedar (drpd pengsan dll): tiba-tiba ~ daku drpd tidurku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lelap | 1 tidak sedar (ketika tidur); nyenyak; nyedar; lena: Anaknya tidak ~ tidur kerana sakit gigi. 2 tidak ada lagi; habis: Segala hartanya sekarang sudah ~. 3 tidak dpt ditebus lagi kerana sudah habis tempohnya (bkn barang gadaian). melelapkan memejamkan (mata) supaya lelap: Amin tidak dpt ~ matanya kerana suasana terlalu bising. terlelap terlena; tertidur: Dia ~ ketika menonton televisyen. pelelap orang yg kuat tidur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedar | 1 tahu akan keadaan yg sebenarnya; tahu dan ingat; insaf: Dia ~ akan kekurangan dirinya. tidak ~ diri tidak ingat akan diri; tidak tahu di untung. | Kamus Pelajar |
siuman | 1 ingat atau sedar kembali drpd pengsan dll. 2 tidak gila atau tidak nyanyuk; waras fikiran atau waras ingatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siuman | 1. ingat atau sedar kembali (dr pengsan, mabuk, terperanjat, dll): dia masih belum ~ drpd terperanjatnya; 2. waras (fikiran, ingatan), tidak gila: orang yg tidak ~; kesiuman keadaan siuman; ketidaksiuman keadaan tidak siuman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyedar | 1. yg menjadikan sedar, yg menyedarkan; 2. yg menyedari atau menginsafi (sesuatu): Latiff merasakan sesuatu yg diharapkannya itu mengajarnya menjadi seorang yg terlalu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |