sedarah | sama keturunan; sama asal usulnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sedarah | 1. satu keturunan, sama asalnya: bukankah Brunei negeri Melayu, orangnya ~ dgn kita; 2. ki sejenis, sebangsa, serupa: kalimat itu senafas dan ~ dgn kalimat-kalimat yg lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedarah | sama keturunan; sama asal usulnya. | Kamus Pelajar |
keluarga sedarah | keluarga yg seketurunan | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keluarga sedarah | sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
munasabah | 1. sedarah sedaging, (drpd) kerabat yg sama; 2. kesesuaian, kesamaan; 3. sesuai, tepat benar, berpatutan: ada modal yg ~ utk ditanam dlm perniagaan; 4. boleh diterima akal (boleh dipercayai), tidak mustahil: cakap kita ini biar cukup dgn dalilnya, biar ~ oleh akal; memunasabahkan menjadikan munasabah: operasi perang yg terhad tidak ~ penggunaan senjata nuklear; kemunasabahan perihal munasabah (sesuai, berpatutan, masuk akal, tidak mustahil): ~ matlamat, ancaman, dan ugutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
munasabat | Ar 1. saudara sedarah sedaging, kerabat sejenis; 2. sesuai (cocok, tepat) benar; 3. kesesuaian, kesamaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keluarga | 1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hiduphidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia; berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hubungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keluarga | 1 suami isteri serta anak-anaknya; seisi rumah tangga: Ia berasal dr ~ orang baik-baik. 2 = kaum ~ saudara-mara; kaum kerabat: Ia ingin bertemu dgn kaum ~nya di kampung. ~ sedarah keluarga yg seketurunan. 3 kelas atau golongan benda hidup: ~ reptilia. berkeluarga 1 mempunyai keluarga; berfamili: Wang sebanyak itu tidak cukup bagi orang-orang yg ~. 2 bersaudara-mara (dgn); bersanak saudara; berkerabat. kekeluargaan hal mengenai keluarga: masalah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keluarga | 1. suami isteri serta anak-anaknya; seisi rumah tangga:Ia berasal dr ~ orang baik-baik. 2.= kaum ~ saudara-mara; kaum kerabat:Ia ingin bertemu dgn kaum ~nya di kampung. ~sedarah keluarga yg seketurunan. 3. kelas atau golongan benda hidup: ~ reptilia berkeluarga 1. mempunyai keluarga; berfamili; Wang sebanyak itu tidak cukup bagi orang-orang yg ~. 2. bersaudara-mara (dgn); bersanak saudara; berkerabat. kekeluargaan hal mengenai keluarga:masalah ~. | Kamus Pelajar |