sederas | 1. sama deras (laju, cepat), selaju, secepat: dia berjalan tidak ~ kawannya; 2. dgn kelajuan atau kecepatan (tertentu mengikut masa), selaju: dia memandu keretanya ~ 80 kilometer sejam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
deras I | 1. cepat (laju) sekali (aliran air, sesuatu gerakan, dsb): arus sungai itu sangat ~; 2. lekas (perbuatan), cepat: katalah ~, saya nak tahu; tolong ambilkan aku songkok ~ sedikit; 3. lebat (hujan): hujan semakin ~ turun; 4. Kd kuat (bunyi, suara): “Mengapa sampai berkata begitu ...?” sergah Masri agak ~ drpd biasa; ~ datang dalam kena prb membuat sesuatu dgn tergesa-gesa akan mendatangkan kerugian; ~ spt anak panah terlalu cepat; sederas 1. sama deras (laju, cepat), selaju, secepat: dia berjalan tidak ~ kawannya; 2. dgn kelajuan atau kecepatan (tertentu mengikut masa), selaju: dia memandu keretanya ~ 80 kilometer sejam; menderas 1. bergerak (mengalir, berjalan, dsb) dgn deras: Ros mengesat-ngesat air matanya yg keluar ~; 2. turun dgn derasnya (lebatnya): hujan ~ dan guruh sahut-menyahut; menderaskan, memperderas 1. membuat supaya deras bergerak (mengalir, berjalan, dsb), mempercepat: senaman boleh ~ denyutan jantung; kerja yg elok diperderas, kerja yg buruk diperlambat; 2. memperkuat (bunyi, suara, dsb); kederasan 1. perihal deras, kelajuan, kecepatan: oleh sebab ~ Tun Hamzah mengamuk, lalu pecahlah perang orang-orang Pasai itu; 2. kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu), kelajuan, kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam; penderasan 1. perbuatan menderaskan (melajukan, mencepatkan), pencepatan, pelajuan; 2. perbuatan menderaskan (bunyi, suara, dsb), penguatan; 3. ark bahagian yg deras arusnya (sungai); penderas 1. alat (perkakas) utk menderaskan (mencepatkan gerakan dll), pencepat, pelaju; 2. lekas hilang pertimbangan, keburu nafsu, terburu-buru: engkau memang ~, jika hatimu tersinggung, lupalah engkau membezakan antara yg benar dgn yg salah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |