bersahaja-sahaja | 1. sederhana (pakaian dll), tidak ditokok tambah (dihiasi dll), tidak secara berlebih-lebihan, biasa: perayaan yg ~; 2. sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan dsb): watak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pengaruh sekitar yg melingkunginya sehingga pertentangan yg ada menjadi ~ dan meyakin-kan; 3. dlm keadaan kuno, primitif: mereka itu dapat hidup di tengah-tengah rakyat yg masih ~ dlm hutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersahaja | , bersahaja-sahaja 1. sederhana (pakaian dll), tidak ditokok tambah (dihiasi dll), tidak secara berlebih-lebihan, biasa: perayaan yg ~; 2. sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan dsb): watak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pengaruh sekitar yg melingkunginya sehingga pertentangan yg ada menjadi ~ dan meyakin-kan; 3. dlm keadaan kuno, primitif: mereka itu dapat hidup di tengah-tengah rakyat yg masih ~ dlm hutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sederhana | 1. tidak lebih dan tidak kurang, biasa, pertengahan, sedang: badannya ~, tidak tinggi dan tidak rendah; pakaiannya yg ~; 2. tidak banyak selok-beloknya, tidak rumit, tidak sulit, mudah: buat satu ayat yg ~; dia menjelaskannya dgn kata-kata yg ~; menyederhanakan menjadikan sederhana (sedang, mudah, pertengahan, dll): kerajaan hendak ~ sistem pelajaran; kesederhanaan perihal sederhana (sedang, pertengahan): suasana kampung yg harmonis digambarkan oleh Othman dgn penuh ~; penyederhanaan perbuatan menyederhana-kan: Ejaan Suwandi merupakan ~ dan penyempurnaan terhadap Ejaan van Ophuysen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sederhana | 1 tidak lebih dan tidak pula kurang; pertengahan saja; sedang: Pakaiannya ~ sekali. 2 tidak banyak selok-beloknya; tidak sulit; mudah: Gunakanlah ayat-ayat yg ~ saja supaya mudah difahami orang. menyederhanakan menjadikan sederhana (tidak keterlaluan). kesederhanaan hal atau keadaan sederhana. penyederhanaan perbuatan atau hal menyederhanakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
iklim | 1. keadaan cuaca (suhu, hujan) dlm jangka panjang di sesuatu tempat: Asia Tenggara boleh dibahagikan kpd tiga kawasan ~; ~ dingin (kawasan) berhawa dingin; ~ panas = ~ tropika (kawasan) berhawa panas; ~ sederhana (kawasan) berhawa sederhana (tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk); 2. ki suasana, keadaan: ~ politik negeri itu sudah mulai panas; pertama, bagaimana negara-negara selatan boleh mendapat manfaat pertumbuhan ekonomi utk pembangunan mereka dlm ~ antarabangsa yg semakin memusuhi mereka; ketidakpastian terhadap ~ pelaburan; beriklim mempunyai iklim: ~ panas (sejuk, dingin); keikliman perihal iklim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sofistikated | 1. mempunyai cita rasa (perangai, tingkah laku, pandangan, dll) yg tinggi dan halus, bersifat kompleks dan halus (tidak bersahaja dan sederhana), canggih: keadaan kehidupan berubah dgn cepat dan pengalaman menjadi bertambah kaya, ~, dan menimbulkan cita-cita dan harapan baru; dia sudah berubah drpd seorang gadis yg sederhana kpd seorang gadis yg begitu ~ sekali; 2. mempunyai atau menunjukkan ciriciri dsb yg kompleks (moden, rumit, pelbagai, dsb), tidak ringkas atau sederhana, canggih: puisi Melayu moden mula mempunyai variasi dgn persoalan yg kompleks dan ~; muzik yg ~; mesin jahit model baru yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sederhana | 1 tidak lebih dan tidak pula kurang; pertengahan saja; sedang: Pakaiannya ~ sekali. | Kamus Pelajar |
lumayan | 1. cukup, agak banyak, sederhana (pendapatan, hasil, dll): jumlahnya tidak banyak tetapi ~; 2. banyak sekali, mewah: berbelanja besarlah anda pd hari itu kerana telah mendapat hadiah yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompleks I | /kompléks/ 1 tidak mudah; tidak sederhana; rumit; sukar: sistem yg ~. 2 terdiri drpd komponen atau bahagian yg berhubungan. 3 sesuatu yg terdiri drpd bahagian-bahagian lain yg serupa atau yg berhubungan: ~ membeli-belah bangunan yg terdiri drpd beberapa banyak kedai tempat orang ramai membeli-belah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sulah | 1. berdahi luas: yg lelaki sederhana besar badannya, separuh umur, dan ~ kepalanya; 2. botak, gondol; bangau ~ sj bangau yg botak kepalanya; gunung ~ gunung yg gondol; lada ~ lada putih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |