sedih II | 1. = ~ hati berasa pilu (susah, hiba) dlm hati: Ramli memandang kpd ibunya dgn sayu, ~, perih; 2. menyebabkan rasa pilu (susah, hiba): Rosita menekan dadanya menahan gelora ~ pilu sukmanya; berita ~; cerita ~; bersedih = ~ hati berasa susah (pilu, hiba), berdukacita: dia ~ apakala anaknya dihukum bunuh; menyedihkan 1. menyebabkan rasa sedih, menyusahkan hati, memilukan, mendukacita-kan: apa yg ~ hati adik? 2. berasa sedih kerana sesuatu: tidak usahlah disedihkan sangat tentang perkara itu; kesedihan perihal sedih, kepiluan: bibirnya bergerak-gerak dan hidungnya kembang-kempis menahan ~; penyedih orang yg mudah berasa sedih (selalu berasa sedih). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasih II | ; kasihan 1. berasa sedih (hiba, belas) apabila melihat atau mendengar penderitaan dsb seseorang: bukan engkau ~ melihatkan hal aku ini, kaucerca pula; 2. menimbulkan rasa hiba (pd diri orang lain yg melihatnya dsb): ~ anak itu tidak mempunyai ibu bapa lagi; 3. sr kata utk menyatakan atau membangkitkan perasaan hiba: “Tengoklah dia itu, ~!”; “Tolonglah pak cik, ~lah!”; belas ~ perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang; ~ gajah berusung prb kasihan yg tidak kena pd tempatnya; kasihankan kasihan akan: aku benar-benar ~ dia; mengasihani menaruh belas kasihan pd (seseorang dll): apa gunanya ~ orang yg tidak ~ dirinya sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ratus II | ark; meratus 1. berkicau (burung); 2. berkata yg bukan-bukan (kerana kecewa, sedih, dll), mengoceh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rahap II | ; merahap 1. = terbang ~ terbang turun (hinggap): burung punai berkawan-kawan terbang ~ hinggap di dahan ara; 2. bertelut di samping orang yg berbaring dll, meniarap, menjerahap: Mokhtar ~ di kaki ibunya dan menangis tersedu-sedu; bagai dirahap kain basah prb dingin sejuk badan kerana melihat (mendengar khabar mengenai) kejadian sedih dan ngeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rusuh II | = ~ hati sentiasa gelisah (khuatir, sedih, susah), tidak tenang hatinya: semalam-malaman itu ia sudah ~, sudah gelisah sangat, tidak tidur sepicing jua; berusuh; ~ hati bersusah hati, berdukacita, gelisah: banyak juga orang yg ~ hati dgn keberhentian pegawai tinggi itu; merusuh menjadi rusuh (gelisah, khuatir, sedih): ia mulai tenang, lebih dikuasainya hati yg ~ itu; merusuhkan 1. = memperusuh membuat (menjadikan atau menimbulkan) rusuh hati, menggelisahkan, menyusahkan: tingkah laku anaknya yg seorang itulah yg ~ hatinya; banyak perkara yg ~ fikirannya sekarang; 2. khuatir akan sesuatu, selalu memikirkan, membimbangkan: selalu sahaja ada perkara yg dirusuhkan; kerusuhan; ~ hati perihal rusuh hati (kegelisahan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kontang II | ; ~-kanting dlm keadaan terbuai-buai atau terayun-ayun (spt barang yg tergantung pd tali yg panjang). terkontang-kanting 1 terbuai-buai atau terayun-ayun (spt barang yg tergantung pd tali yg panjang): Barang-barang mainan yg tergantung di atas kereta sorong itu ~ apabila kereta sorong itu ditolak. 2 terbiar seorang diri utk menjalani kehidupan tanpa dipedulikan: Dia begitu sedih memikirkan dirinya yg ~ menjalani kehidupan hari tuanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peri II | sl kata; berperi berkata, berucap: bukan beta bijak ~, pandai menggubah madah dan syair; berperi-peri bersungguh-sungguh (mengatakan sesuatu dll): Yazid ~ mengajak kami minum di kedai kopi; ia ~ benar mengatakan berita itu palsu; hujah yg ~ dikemukakan oleh panglima-panglima tentera Rusia; memerikan 1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal): saya selalu membaca buku-buku cerita yg ~ kisah-kisah cinta; tidak dapat diperikan bagaimana hancurnya hatinya oleh perbuatan kekasihnya; 2. menerangkan, menghuraikan, menjelaskan; terperi, terperikan terkatakan, terceritakan, tergambarkan; tidak ~ tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan; pemerian 1. perihal memerikan (mengisahkan), pengisahan; 2. penjelasan, penerangan, penghuraian: masalah pertama yg dihadapi oleh penyusun kamus dlm ~ makna ialah pemilihan atau penentuan makna sesuatu kata; pemeri yg menerangkan (menghuraikan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |