cicir | tumpah atau jatuh sedikit-sedikit (ttg barang yg kecil-kecil atau berbiji-biji). berciciran tertumpah sedikit-sedikit dan bertaburan: Yg dikejar tak dpt, yg dikendong ~. mencicirkan menjatuhkan sedikit-sedikit; menyebabkan cicir. tercicir 1 tertumpah bertaburan atau tertumpah sedikit-sedikit. 2 jatuh atau hilang di tengah jalan. 3 tertinggal di belakang (dlm pelajaran, perlumbaan dll). keciciran 1 keadaan atau hal tercicir: masalah ~ dlm pelajaran. 2 kehilangan sesuatu kerana tercicir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengutis | mencubit (kuih dll) sedikit-sedikit, mengopek sedikit-sedikit dgn kuku (kuping kudis dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutis | ; mengutis mencubit (kuih dll) sedikit-sedikit, mengopek sedikit-sedikit dgn kuku (kuping kudis dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
runcit | 1 bermacam-macam; berjenis-jenis; berbagai-bagai: Dia berniaga barang-barang ~. 2 sedikit-sedikit; kecil-kecilan: jualan ~ jualan secara sedikit-sedikit. beruncit, beruncit-runcit melakukan sesuatu sedikit demi sedikit; beransur-ansur: Mereka menjual barang itu secara ~ kpd pekedai-pekedai. peruncit peniaga yg menjual secara runcit; peniaga runcit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ecer | /écér/; mengecerkan menjual sedikit-sedikit; menjual runcit. eceran 1 jualan sedikit-sedikit; jualan runcit: harga ~ harga runcit. 2 keluaran (surat khabar dll). pengecer orang yg menjual secara runcit; penjual runcit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pancit I | ; memancit memancut (memancur) sedikit-sedikit; memancitkan memancutkan cecair (air, minyak dsb) sedikit-sedikit, menyebabkan memancit: pemancit ini berupa muncung utk ~ petrol ke dlm alur masuk. pancitan hasil memancit atau memancitkan: mikrokomputer yg mengawal ~ petrol; pemancitan proses, perbuatan dsb memancit atau memancitkan; pemancit alat utk memancitkan (minyak dsb): ~ yg dikawal secara elektronik ini dapat menentukan banyaknya petrol yg harus digunakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerunas | Kd kopek (cubit dll) sedikit-sedikit (spt orang mencubit kuih atau mengeropeng kudis); mengerunas mengopek sedikit-sedikit: Midun asyik ~ sesuatu dgn jarinya yg tidak berkuku di meja itu tanpa mempedulikan cakapku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teku | tidak lekas putus asa, rajin, tekun; sedikit-sedikit ~, lama-lama menjadi bukit prb kalau kita berhemat sedikit-sedikit, lama-lama simpanan menjadi banyak juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketengan | eceran, runcit-runcit atau sedikit-sedikit (bkn penjualan atau pembelian barang-barang); harga ~ harga runcit, harga barang yg dijual (dibeli) satu-satu atau sedikit-sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renyai | ; hujan ~ (renyai-renyai) hujan rintik-rintik, rebas, gerimis; berenyaian keluar sedikit-sedikit (peluh), bertitik-titik; merenyai menjadi sedikit (kurang): hujan yg mulanya lebat sudah ~; merenyai-renyai; sakit ~ berasa sakit sedikit-sedikit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |