Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sedut
Kata Terbitan : menyedut, penyedut, penyedutan, tersedut, sedutan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sedut; menyedut 1. menarik masuk (ke dlm) dgn kekuatan udara (dgn mulut, hidung, dll), menghirup, menghisap: dia mengesat-ngesat air matanya dan ~ air yg keluar dr hidung-nya; dia ~ rokoknya; 2. ki memetik, mengambil, mendapatkan (dgn keras), me-meras: di bawah ini kita sedut sebahagian besar drpd surat-surat itu; mereka ~ wang drpd orang ramai; tersedut terhisap (dgn kekuatan udara) masuk kerana disedut: maka darah itu dgn serta-merta ~ masuk ke dlm tiga pembuluh besar; sedutan 1. yg telah disedut, hasil menyedut: ~ pertamanya pd rokok itu panjang sekali; 2. sebahagian kecil drpd sesuatu filem, tulisan, ceramah, wawancara dsb yg dipetik dan disiarkan secara berasingan, cabutan, petikan: sekarang ikutilah ~ wawancara tersebut; tayangan ~ filem yg berkenaan menjadi sebahagian drpd atur cara majlis; penyedutan perbuatan menyedut (meng-hisap dll), penghisapan; penyedut sesuatu (alat dll) yg menyedut; ~ air batu pembuluh utk menyedut air batu, straw; berpenyedut mempunyai penyedut: gelas ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
ciuman1 sedutan dgn hidung; hasil mencium. 2 kucupan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ciuman1. sedutan dgn hidung; 2. kucupan;Kamus Dewan Edisi Keempat
sedutan1. yg telah disedut, hasil menyedut: ~ pertamanya pd rokok itu panjang sekali; 2. sebahagian kecil drpd sesuatu filem, tulisan, ceramah, wawancara dsb yg dipetik dan disiarkan secara berasingan, cabutan, petikan: sekarang ikutilah ~ wawancara tersebut; tayangan ~ filem yg berkenaan menjadi sebahagian drpd atur cara majlis;Kamus Dewan Edisi Keempat
ciuman1. sedutan dgn hidung; hasil mencium. 2. kucupan.Kamus Pelajar
hirup; menghirup 1. menyedut dan menelan benda cair, meneguk: dia ~ air kopinya yg masih lagi berasap-asap panas; 2. Id meng­hisap, menyedut (rokok, udara, dll); hirupan perihal menghirup, sedutan: bunyi ~nya macam bunyi itik menyudu.Kamus Dewan Edisi Keempat
vakum1. ruang yg tidak mengandungi jirim (terutamanya ruang yg udaranya telah dike­luarkan), hampa gas; 2. ruang yg gasnya wujud pd tekanan yg rendah; 3. ki kekosongan (bkn perasaan dsb); 4. = pembersih ~ alat elektrik yg digunakan utk membersihkan lantai (permaidani, perabot, dsb) dgn cara sedutan, pembersih hampa gas; 5. bkn (mengan-dungi, menghasilkan, dijalankan dgn, dsb) tekanan gas yg rendah: pengering ~; pam ~; memvakum membersihkan lantai (permai­dani, perabot, dsb) dgn menggunakan pem­bersih vakum (hampa gas): ibu sedang ~ bilik tidurnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
hisap; menghisap menarik minum­an, asap rokok dll ke dlm mulut atau hidung dgn nafas; menyedut; menghirup: Lebah ~ manisan bunga. Orang tua itu kuat ~ rokok. hisapan apa-apa yg (telah) dihisap; hasil drpd menghisap; sedutan. penghisapan perbuatan atau hal menghisap. penghisap 1 orang yg menghisap: ~ rokok. 2 alat utk menghisap: ~ candu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ciumperbuatan menyedut dgn hi­dung (utk mengetahui bau atau utk menyatakan kasih sayang). bercium 1 me­nyedut dgn hidung antara satu dgn yg lain (utk melepaskan rasa rindu, sayang dll): Selepas berpeluk ~ dgn anak-anaknya, beliau pun berangkat pergi. 2 berkucup. bercium-ciuman saling menyedut dgn hidung atau sa­ling mengucup (antara dua orang utk melepaskan rasa rindu dan sayang); berkucup-kucupan: Mereka berpeluk-pelukan dan ~. mencium 1 menyedut dgn hidung utk mengetahui baunya; menangkap bau dgn hidung: ~ bunga cempaka. 2 meletakkan hidung pd pipi: Ia memeluk dan ~ anak itu. 3 melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu; mengucup. 4 ki mendapat atau mengetahui (sesuatu berita dll): Belum apa-apa lagi, kami sudah dpt ~ maksudnya. menciumi 1 mencium berkali-kali. 2 ki mencari-cari (sesuatu keterangan dsb). menciumkan membiarkan atau menyebabkan dicium: Jururawat tsb telah ~ ubat bius kpd orang sakit itu. tercium 1 (sudah) dicium; tidak sengaja mencium; mendapat bau. 2 ki terdengar khabar; mendapat keterangan. ciuman 1 sedutan dgn hidung; hasil mencium. 2 kucupan. penciuman perbuatan atau hal mencium. pencium 1 pancaindera utk mencium. 2 orang yg mencium.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cium; bercium 1. menyedut dgn hidung antara satu dgn lain (utk menyatakan rindu, sayang, dll): semuanya berpeluk ~ dgn Indrajit; 2. berkucup; bercium-ciuman saling menyedut dgn hidung atau saling mengucup (utk melahirkan perasaan kasih, berahi, rindu, dsb): cinta bebas bukanlah bererti bebas berpeluk-pelukan dan ~; mencium 1. menyedut sesuatu dgn hidung (utk mengetahui bau): kalau tidak dicium, manakan tahu busuk wanginya bedak ini; 2. menyedut pipi (ubun-ubun dll) orang dgn hidung: maka baginda pun segeralah memeluk dan ~ anakanda dgn tangisnya; 3. melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu, mengucup; 4. ki mendapat berita (khabar, tahu, keterangan, dll), mengetahui sesuatu hal yg terselindung (dirahsiakan dll), menjejaki (menyelidiki) rahsia, perkara, hal, dll: belum pun dia habis bercakap, saya sudah dapat ~ maksudnya yg sebenar; 5. bp melanggar, ber­antuk, terbentur (pd): kalau kena penumbuknya, ~ tanah mukamu nanti; 6. menikmati: melainkan tidak akan ~ bau syurga; menciumi 1. mencium berulang kali: dia ~ anaknya utk melepaskan perasaan rindu dendamnya; 2. ki menjejaki (mencari-cari, mengusut) sesuatu perkara: mata-mata gelap sedang ~ jejak orang yg disyaki bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu; tercium 1. dapat mencium, mendapat bau; 2. mencium atau dicium dgn tidak sengaja; 3. ki mendapat tahu (maklumat, keterangan, dll), telah diketahui: telah ~ olehnya jejak kita; ciuman 1. sedutan dgn hidung; 2. kucupan; perciuman perbuatan bercium; penciuman 1. perihal (perbuatan) mencium(i); 2. pencium: ~ Si Tenggang sangat tajam; pencium 1. deria bau, pancaindera utk mencium: tiap-tiap manusia memiliki hidung sbg alat ~; 2. orang yg mencium.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas