sesuatu | perkara (hal, barang, dll) yg kurang atau belum tentu: kepalanya tunduk ke bumi spt orang mencari ~ yg hilang; segala ~ segala apa, apa-apa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serba -serbi | segala macam, segala-galanya;. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segala sesuatu | segala apa, apa-apa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serba | 1. semua(nya), segala(-galanya), seluruhnya: ia berpakaian ~ hijau; 2. dlm apa juga hal, apa (bagaimana) jua pun; keadaan-nya yg ~ lemah keadaannya lemah dlm segala hal; pd masa ~ maju ini pd masa maju dlm segala hal; 3. = ~-serbi bermacam-macam (hal, perkara, dll), berbagai-bagai: dilihat oleh Tun Mamat ~ bunga-bungaan dan pelbagai buah-buahan ada dlm taman itu; 4. sl (segala jenis) alat perkakas; ~ kapal alat perkakas kapal; ~ rumah perabot rumah; ~ aneka (jenis) pelbagai aneka, bermacam jenis; ~ dua a) bagi tiap-tiap jenis dua (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); b) Id dualisme; ~ guna berbagai-bagai gunanya: dewan ~ guna; periuk ~ guna; ~ sama (Mat) sama betul bentuk dan besarnya (dua benda atau lebih); ~ satu bagi tiap-tiap jenis satu (bkn hantaran dlm perkahwinan dll); ~ sedikit hanya sedikit drpd tiap-tiap jenis; ~-serbi segala macam, segala-galanya; ~ zat Id materialisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
yaumul-Mahsyar | hari dikumpulkan segala manusia (utk diperhitungkan segala dosa dan pahalanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putarwali | sj tumbuhan (pokok memanjat), akar seruntun, batang wali, gasing-gasing, Tinospora tuberculata; sungguhpun ~ itu raja segala penawar tetapi pd kebanyakan selera ialah hamba segala makanan prb sungguhpun segala pengajaran yg baik itu berguna tetapi kebanyakan orang tidak hendak menerimanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alam I | bumi dan segala yg terdapat di permukaannya; segala yg ada di langit dan di bumi: Segala yg ada di ~ ini ciptaan Tuhan. ilmu ~ ilmu pengetahuan ttg keadaan alam (termasuklah keadaan bumi, iklim, penduduk dll); geografi. ~ akhirat alam selepas kehidupan di dunia. ~ baqa alam yg kekal yg bermula selepas amalan seseorang dihisab. ~ barzakh alam yg bermula dr kematian seseorang sehingga amalannya dihisab. ~ ghaib alam yg tidak kelihatan oleh mata manusia. ~ sekitar keadaan alam sekeliling. ~ semesta seluruh alam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perabot | segala jenis perkakas yg diperlukan utk rumah (pejabat dll): ~ rumah segala macam perkakas spt kerusi, meja, yg diperlukan di rumah; ~ tukang kayu segala macam perkakas yg diperlukan oleh tukang kayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pohon I | 1. tumbuhan yg berbatang besar serta keras, pokok: ~ beringin; ~ kenanga; ~ sena; 2. ki asal mula, pangkal, pokok; ~ segala kejahatan asal usul segala kejahatan; ~ angin awan (mendung) yg bergumpal-gumpal di kaki langit menandakan angin ribut akan turun; ~ bahasa dasar-dasar bahasa; ~ buah (buah-buahan) pokok yg mengeluarkan buah-buahan; ~ kayu batang kayu, pokok kayu; ~ mata sudut mata sebelah dalam yg hampir dgn hidung; ~ telinga pangkal telinga; ada angin ada ~nya = hujan berpohon, panas berasal prb segala perkara itu ada sebab-sebabnya (asal mulanya); bagaimana ~ tiada akan tumbang dipanah halilintar, sebab baluhan kulit ada di batangnya prb orang yg bersahabat dgn orang jahat (walaupun ia drpd orang besar) akhirnya rosak juga; spt ~ beringin ditiup angin prb menentang kekerasan orang tanpa berlemah-lembut; pohonan ki berbagai-bagai pohon (terutamanya digunakan dlm karya sastera); pohon-pohonan, pepohonan Jk sekumpulan pohon yg berbagai-bagai jenis, pohon kayu-kayuan; pepohon pohon-pohon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menelanjangi | 1. menanggalkan (segala pakaian dll) yg dipakai: ditelanjanginya anaknya itu; 2. merampas segala pakaian (perhiasan dll) yg dipakai: ~ penumpang-penumpang dr barang-barang mereka; 3. ki membukakan (rahsia, kejahatan, dll), mendedahkan hingga diketahui orang segala-gala yg dirahsiakan: beliau telah pernah ~ keadaan masyarakat di Kampung Kambing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |