perguruan | 1 segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar. 2 segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
khalayak | Ar 1. segala yg dicipta oleh Tuhan, makhluk, manusia: maka segala ~ pun kembalilah masing-masing ke rumahnya; 2. = ~ ramai orang ramai, orang banyak, umum: ia berasa sangat malu kerana dihina di depan ~ ramai; 3. orang ramai yg menjadi pembaca (pendengar atau penonton) hasil ciptaan sastera atau seni, para pembaca (para pendengar atau para penonton). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenang-kenangan | 1. segala sesuatu yg dikenangkan (dapat dibayangkan kembali dlm fikiran), sesuatu yg (tetap) ada dlm fikiran atau ingatan: segala-galanya tinggal sbg ~ sahaja; 2. (menjadi) sesuatu yg dapat mengingatkan (seseorang) tentang sesuatu yg lain (mis peristiwa, persahabatan, dll): hadiah utk ~; bergambar utk ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asam I | 1. segala sesuatu yg masam rasanya: dia suka benar makan ~; 2. berasa spt rasa cuka, masam (spt rasa mangga muda): ~ benar buah ini; ~ arang Id asid karbonik; ~ belerang Id asid sulfur; ~ garam a) berbagai-bagai jenis asam berserta garam: segala persediaan diminta oleh bidan, ~ garam, buah keras, dll; b) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); ~ ko Kd sj buah masam yg dikeringkan, asam masin; tahu ~ garam tahu selok-belok sesuatu; ~ di darat, ikan di laut (= garam di laut, ~ di gunung) bertemu dlm belanga = laksana garam dgn ~ prb kalau sudah jodoh akan bertemu juga betapa pun jauhnya (jodoh itu tidak dapat ditentukan); sudah se~ dan segaramnya prb sudah tidak ada celanya (pekerjaan, perbuatan); sudah banyak makan ~ garam prb sudah banyak pengalaman; mengasam membersihkan (sesuatu) dgn asam: ~ keris; mengasami membubuh asam pd; mengasamkan merendam (bahan makanan tertentu) dlm cuka atau asam supaya masam, menjeruk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusaka | 1. segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg telah meninggal (utk diwarisi oleh keluarganya dll), warisan: ayahnya baru meninggal dunia dgn meninggalkannya ~ yg agak banyak juga; 2. sesuatu yg diwarisi turun-temurun; adat ~ adat yg turun-temurun; keris (tanah) ~ keris (tanah) yg diwarisi turun-temurun; 3. = harta ~ Mn harta turun-temurun drpd nenek moyang yg boleh digunakan oleh kaum keluarga sahaja dan tidak boleh dijual dll; ~ rendah pusaka yg diperoleh drpd orang perseorangan (barang-barang pemberian dll); ~ tinggi harta pusaka yg dimiliki oleh kaum (tanah dll); berpusaka beroleh (memiliki) pusaka; memusakai menerima (mewarisi) pusaka drpd: kepercayaan-kepercayaan ini telah dipusakai oleh orang Melayu drpd nenek moyang mereka; waris-warisnya ~ hartanya; memusakakan meninggalkan (memberi) pusaka kpd: dlm wasiatnya segala hartanya dipusakakan kpd isteri dan anaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dosa | 1 (segala) nilaian keburukan yg dilakukan yg bertentangan dgn perintah Allah dan Rasul-Nya: Segala ~ dan pahala akan dihisab kelak. 2 perbuatan yg melanggar hukum Tuhan atau agama: ~ kita akan bertambah, jika kita tidak bersembahyang, tidak berpuasa dan suka pula minum arak. 3 perbuatan menentang orang tua (negara dll). ~ kering dosa yg sengaja dilakukan (walaupun telah diketahui bahawa itu ialah dosa). menebus ~ berikhtiar supaya dosa dpt diampunkan (oleh Allah). berdosa 1 mendapat dosa: Dia ~ kerana telah mencuri barang-barang itu. 2 (telah) melakukan dosa: Orang yg ~ akan dihukum di akhirat nanti. 2 bersalah (kerana menentang orang tua, negara dll): Dia tahu bahawa dia sudah ~ terhadap ibunya dan oleh sebab itulah ia lekas-lekas meminta maaf. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perwakilan | 1 segala sesuatu mengenai wakil; perihal wakil. 2 beberapa orang utusan (bagi pihak kerajaan, syarikat dll); perutusan: Kerajaan Malaysia telah menghantar satu ~ perdagangan ke Beijing. 3 pejabat yg mewakili sesebuah negara sebelum ada duta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peninggalan | 1 segala sesuatu yg ditinggalkan; pesaka: harta ~ harta pesaka. 2 sisa atau saki-baki dr zaman dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sosial | 1 segala hal yg berkaitan dgn masyarakat; kemasyarakatan. 2 suka mengambil berat ttg hal-hal masyarakat; suka bercampur dgn masyarakat: Dia sangat popular serta ~ pula. bersosial bergaul atau bercampur dgn masyarakat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pesawat | 1 segala jenis alat yg digunakan utk mendapatkan tenaga; mesin; jentera: Air tidak dpt dipam naik kerana ~nya rosak. 2 alat (bahagian dlm jentera dsb) yg menggerakkan atau yg menjalankan jentera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |