segenap | tidak ada kecualinya; seluruh; setiap: Syarikat itu berkembang ke ~ daerah di Semenanjung Malaysia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
segenap | seluruh, setiap; ® genap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segenap | seluruh, sekalian, semua: seluruh hatinya dan ~ perasaannya sudah dikuasai syaitan; ~ tempat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segenap | tidak ada kecualinya; seluruh; setiap: Syarikat itu berkembang ke ~ daerah di Semenanjung Malaysia. | Kamus Pelajar |
sungguh | 1. tidak bohong, tidak lancung,benar, betul: ~ demikianlah yg sebenar-benarnya kejadian; 2. = ~ hati = sungguh-sungguh tidak main-main, dgn segenap hati, dgn tekun: kelemahan inilah yg harus diketahui, yg harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya; 3. amat, sangat, terlalu: bising ~ bunyi kedua-duanya bertengkar; letih ~ rasa badan saya; 4. memang, sebenarnya, sebetulnya: ~ ada bapamu meninggalkan engkau emas; sesungguhnya 1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya: ~ dua hari yg lalu, laki-laki perempuan banyak datang menemui dia; 2. memang (begitu), sememangnya: ~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat; bersungguh-sungguh (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu pengakuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? menyungguhi, menyungguh-nyungguhi, mempersungguhi Mn mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (tidak main-main, dgn sedaya upaya): maka diangkat tiada terangkat, maka disungguhi, terangkat sehingga lutut; menyungguhkan 1. mengakui, membenarkan, mengesahkan: sekalian yg mendengar itu ~; 2. = mempersungguhkan mengusahakan benar-benar (dgn segenap hati): segala amalan mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan akan dimajukan terus, bahkan mustahak dipersungguhkan lagi; 3. = ~ diri menjaga diri supaya selamat (drpd musuh dll); kesungguhan perihal (sikap dsb) sungguh-sungguh, kebulatan hati, minat serta ketekunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usahanya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu; penyungguhan perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesemua | segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seluruh | segenap, seantero, semuanya (dianggap satu): Mahkamah Tertinggi telah ditubuhkan utk mentadbirkan keadilan di ~ Persekutuan; ~ perhatian mestilah diberikan kpd per-cakapan itu; menyeluruh 1. merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat, dll): pengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi; 2. meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dll): satu sistem yg ~ utk menyampaikan maklumat; menyeluruhi meliputi seluruhnya, meratai: pandangannya ~ ruang bilik darjah itu; keseluruhan 1. perihal semuanya (seluruh-nya): baca rencana itu berkali-kali dan faham-kan maksud ~nya; 2. kesatuan, keseutuhan: masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, me-lainkan harus merupakan suatu ~; pd ~ nya pd umumnya, amnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semesta | seluruhnya; segenap; sekaliannya: ~ alam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serata | seluruh; segenap: Poster pilihan raya telah ditampalkan di ~ tempat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serata | seantero, segenap, seluruh: getah dieksport ke ~ dunia; poster-poster tertampal di tembok-tembok di ~ kampung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |