segenting | tanah sempit yg menghubungkan dua tanah besar atau yg menghubungkan semenanjung dgn tanah besar: ~ Kra; ~ Panama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
segenting | kawasan tanah kecil yg menghubungkan dua tanah besar: Amerika Selatan dan Amerika Utara dihubungkan oleh ~ Panama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
segenting II | ; daun ~ sj tumbuhan (pokok renek), adal-adal, puding, puding mas, puding perak, Codiaeum variegatum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segenting I | kawasan yg sempit yg meng-hubungkan dua kawasan daratan yg besar: S~ Kra. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segenting | tanah sempit yg menghubungkan dua tanah besar atau yg menghubungkan semenanjung dgn tanah besar: ~ Kra; ~ Panama. | Kamus Pelajar |
daun segenting | sj tumbuhan (pokok renek), adal-adal, puding, puding mas, puding perak, Codiaeum variegatum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puding perak | sj tumbuhan (pokok kecil), adal-adal, daun segenting, puring (Jw), Codiaeum variegatum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puding mas | sj tumbuhan (pokok kecil), adal-adal, daun segenting, puring (Jw), Codiaeum variegatum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
genting I | 1 kecil atau sempit pd bahagian tengahnya: Pinggangnya ~. 2 = segenting kawasan tanah kecil yg menghubungkan dua tanah besar: Amerika Selatan dan Amerika Utara dihubungkan oleh ~ Panama. 3 jalan sempit di celah-celah pergunungan atau bukit: Kalau kita hendak pergi ke Temerloh, kita terpaksa melalui ~ Sempah. 4 hampir putus (ttg tali dll). 5 berbahaya; tegang (keadaan spt akan berlaku peperangan dll); tidak mesra (ttg perhubungan dsb); runcing: Polis dan tentera berkawal rapi utk menghadapi keadaan yg ~ itu. menggenting 1 menjadi genting; menjadi hampir putus: Tiap-tiap bakteria itu ~ di tengah-tengahnya dan kemudian bercerai menjadi dua. 2 menjadi tidak mesra (ttg perhubungan dll): Perhubungan antara dua negara itu semakin hari semakin ~. menggentingkan 1 menyebabkan (menjadikan) kecil atau sempit di tengah-tengah; menyebabkan hampir putus: Tarikan yg kuat telah ~ tali itu. 2 menyebabkan tidak mesra (ttg perhubungan dll); menegangkan; meruncingkan (keadaan). kegentingan keadaan genting; ketegangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menganjur | terdorong atau terkeluar ke muka (melampaui deretan atau banjaran): Semenanjung Malaysia ~ dr Segenting Kra hingga ke Johor. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |