astakona | 1 segi atau sudut lapan. 2 segi banyak. berastakona berbentuk segi lapan atau segi banyak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
astakona | sl 1. segi lapan, sudut lapan; 2. segi banyak; berastakona berbentuk segi lapan atau segi banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
astakona | 1. segi atau sudut lapan. 2.segi banyak. berastakona berbentuk segi lapan atau segi banyak. | Kamus Pelajar |
sempadan | 1. batas (negeri, daerah, kampung, dll), perbatasan: pertempuran berlaku di ~ Thai-Malaysia; 2. tanda garisan, (pancang dll) perbatasan atau batas; 3. (Mat) salah satu garisan lurus yg membatasi sesuatu rajah (segi tiga, segi empat, dll): rajah segi tiga ada tiga ~ dan tiga sudut; 4. ki had, takat: ia kasih kpd anaknya, tetapi kasihnya itu ada ~nya; bersempadan = ~ dgn berbatas dgn (sesuatu kawasan, daerah, dll): negeri-negeri yg ~ dgn Lautan Atlantik; bersempadankan mempunyai (sesuatu) sbg sempadan: kawasan tersebut merupakan kawasan hutan simpan dan ~ ladang getah; menyempadani menjadi (garis) sempadan bagi atau kpd, membatasi, memisahkan, men-ceraikan: jalan sempit yg ~ Kampung Kambing dgn bangunan-bangunan pekerja JKR; persempadanan hal yg berkaitan dgn sem-padan (spt penentuan sempadan dll): sengketa ini jelas membayangkan bahawa sebaha-gian besar masalah ~ antarabangsa khasnya di rantau ini belum lagi dapat diatasi sepenuhnya; ~ bahagian pilihan raya (Udg) perubahan yg dibuat dlm pembahagian kawasan persekutuan dan negeri kpd bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor yg dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
piramid | 1. binaan drpd batu yg mempunyai dasar segi empat atau segi tiga dan sisi cerun yg bertemu di puncak, terutama yg dibina drpd batu di Mesir kuno; 2. limas; 3. (Mat) bongkah yg tapaknya berbentuk poligon, manakala mukanya berbentuk segi tiga dan bertemu di bucu; ~ tepat (Mat) piramid yg mempunyai tepi atau sendeng yg sama panjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kotak | 1. sj bekas berbentuk segi empat tepat atau segi empat sama, mempunyai tudung, dan biasanya dibuat drpd kadbod, papan, atau logam; 2. bahagian (dlm rumah, sawah, dll) yg bersekat-sekat atau berbentuk empat persegi, petak, ruang empat persegi; ~ fius kotak yg mengandungi fius-fius elektrik, biasanya dipasang pd dinding rumah, bangunan dsb; ~ hitam alat elektronik yg dipasang pd kapal terbang utk mengumpul dan menyimpan maklumat yg berkaitan dgn penerbangan kapal terbang berkenaan; ~ pos (surat) peti surat; ~ segar bekas di dlm peti sejuk tempat menyimpan bahan makanan supaya sentiasa segar; sampan ~ sampan yg bersekat-sekat (berpetak-petak); berkotak-kotak 1. berpetak-petak, bersekat-sekat: sawah yg berkotak-kotak; 2. bercorak spt kotak (bergaris empat persegi): memakai kain pelikat ~ putih dgn jalur-jalur merah; mengotakkan membahagikan sesuatu pd beberapa bahagian yg berasingan, memisahkan, mengasingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senior | (sénior) 1. lebih tinggi dr segi pangkat, kedudukan (dlm sesebuah organisasi), kanan; 2. lebih tua dr segi umur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
segi | 1 garis bucu yg tajam pd kotak dll; sanding: Pensel ini enam ~nya. 2 garis-garis yg menjadi sempadan sesuatu rajah dll; garis pd tepi sesuatu bidang: Lukis sebuah rajah yg mempunyai enam ~. 3 ki pandangan atau pendapat terhadap sesuatu perkara; sudut pandangan: Jika dipandang dr ~ ekonomi, orang-orang Melayu memang tertinggal di belakang. bersegi ada seginya: Tiangnya ~ empat. persegi 1 ada seginya; bersegi: ~ empat. 2 = empat ~ bidang yg dibatasi empat garis lurus; segi empat. 3 ukuran sesuatu kawasan dll yg lebarnya sama dgn panjangnya: Tanah itu luasnya 10 ~ batu. 4 satuan yg digunakan utk menyatakan luas sesuatu kawasan: Bilik saya luasnya 120 meter ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
piramid | 1 binaan atau tugu peringatan (khususnya di Mesir) yg bertapak empat segi dan permukaan sisinya berbentuk tiga segi yg menirus tajam ke puncaknya. 2 bongkah yg permukaan dasarnya berbentuk poligon, permukaan sisinya berbentuk tiga segi dan bertemu di bucu yg satu di bahagian atas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
piramid | 1 binaan atau tugu peringatan (khususnya di Mesir) yg bertapak empat segi dan permukaan sisinya berbentuk tiga segi yg menirus tajam ke puncaknya. 2 bongkah yg permukaan dasarnya berbentuk poligon dan permukaan sisinya berbentuk tiga segi dan bertemu di bucu yg satu di bahagian atas. | Kamus Pelajar |