indoktrinasi | perihal atau perbuatan menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dsb) ke dlm fikiran seseorang atau segolongan manusia; mengindoktrinasikan menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dsb) ke dlm fikiran seseorang atau segolongan manusia: drama pd zaman Jepun digunakan utk ~ pengaruh Jepun di rantau ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperkakaskan | menggunakan sbg perkakas, memperalat: mereka berasa tidak berdaya kerana diperkakaskan oleh segolongan manusia durjana yg berkuasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengindoktrinasikan | menanamkan sesuatu doktrin (fahaman, ajaran, dsb) ke dlm fikiran seseorang atau segolongan manusia: drama pd zaman Jepun digunakan utk ~ pengaruh Jepun di rantau ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umat | 1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi: ~ Islam terdiri drpd bermacam-macam bangsa dgn berbagai-bagai bahasa; 2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai: ~ Asia-Afrika; 3. segolongan manusia, bangsa: ayuhai kaum bangsaku, cubalah kita renungkan keduduk-an ~ kita, Melayu! 4. = ~ manusia seluruh bangsa manusia, sekalian manusia: Nabi bagi segala ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rintihan | 1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan, keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isterinya; 2. kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan: rintihan anggota kesatuan itu terhadap penindasan setengah-setengah pihak majikan; 3. kesusahan hati, kesedihan: rintihan yg dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rintih I | = rintihan 1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan, keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isterinya; 2. kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan: rintihan anggota kesatuan itu terhadap penindasan setengah-setengah pihak majikan; 3. kesusahan hati, kesedihan: rintihan yg dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan; merintih 1. mengerang (kerana kesakitan dll), mengaduh, mengeluh: di atas sebuah bangku, berbaring seorang laki-laki yg sedang ~ kesakitan; 2. melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah: mereka selalu ~ kerana kesusahan; 3. sedih, pilu (suara): janganlah ketawa hai anakku, katanya dgn suara ~; merintihi melahirkan perasaan susah (sedih, kesal, kecewa, dsb) terhadap sesuatu: ~ nasib malang yg menimpanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkakas | 1. benda-benda yg digunakan utk membuat sesuatu pekerjaan (memasak, bertukang, dll), alat: kerja itu tidak dapat dibuat dgn sempurna kerana kekurangan ~; 2. (Bio) bahagian-bahagian (manusia atau binatang) yg menjalankan tugas-tugas tertentu, organ: pd binatang mamalia ~ perjalanan darah ini selalunya mengandungi jantung, salur nadi, pembuluh, dll; binatang-binatang spt arnab atau tikus biasanya dibedah utk diperiksa ~ di dlm tubuhnya; 3. ki orang yg bekerja utk orang lain (biasanya dgn tujuan-tujuan buruk), alat, ejen: baik dibunuh sahaja orang yg menjadi ~ musuh kita; ~ dapur alat-alat utk kegunaan di dapur (periuk belanga dll); ~ makan alat-alat yg digunakan ketika makan (pinggan, mangkuk, senduk, sudu, dll); ~ perang alat-alat utk berperang (senjata dll); ~ rumah benda-benda yg diperlukan dlm rumah (almari, kerusi, meja, dll), perabot; ~ tukang kayu alat-alat yg digunakan oleh tukang kayu (gergaji, ketam, dll); ~ tulis alat-alat menulis (pensel dll); memperkakaskan menggunakan sbg perkakas, memperalat: mereka berasa tidak berdaya kerana diperkakaskan oleh segolongan manusia durjana yg berkuasa; perkakasan 1. bermacam-macam perkakas, (alat) perkakas: sebuah dua kapal Inggeris sudah sampai ke Melaka membawa ~ perang itu; 2. (Komp) peralatan yg membentuk satu sistem komputer spt monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |