Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ji.wa] | سجيوا

Definisi : keadaan hubungan yg sangat bulat dan sepakat: sehati ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sejiwa

Peribahasa

Dua badan senyawa.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Satu nyawa dua badan, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sejiwakeadaan hubungan yg sangat bulat dan sepakat: sehati ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
kesejiwaanperihal atau keadaan sejiwa: percampuran dan ~ kata-kata;Kamus Dewan Edisi Keempat
jiwa1. nyawa, roh (yg ada dlm tubuh manusia); berhutang ~ berhutang nyawa (kerana membunuh orang lain); melayang ~nya mati; membuang ~ membunuh diri; merentang ~ hampir akan mati; putus ~ mati; 2. batin (perasaan, fikiran, cita-cita, dll yg terkandung dlm hati manusia): buku itu mencerminkan ~ pengarangnya; ilmu ~ pengetahuan me­nge­nai batin manusia, psikologi; penyakit ~ penyakit batin (gila dll); 3. benda atau orang yg memberi kegiatan serta semangat kpd sesuatu pertubuhan dll: dialah yg merupakan ~ pergerakan pemuda di kampung itu; 4. buah hati, kekasih: oh ~ku, hanya engkau seoranglah yg kucintai; 5. penjodoh bilangan dlm menghitung penduduk, orang: kampung ini mempunyai beberapa ratus ~ penduduk; cacah ~ = pencatatan ~ penghitungan jumlah penduduk, banci; 6. maksud yg sebenarnya, maksud yg tersirat: segala tindakan yg diambil haruslah sesuai dgn ~ perjanjian per­sahabatan yg telah ditandatangani itu; ~ bergantung di hujung rambut prb dlm ke­adaan yg sangat berbahaya; bertukar ~ dgn semangat prb sedang berkasih-kasihan; sejiwa keadaan hubungan yg sangat bulat dan sepakat: sehati ~; berjiwa 1. mempunyai jiwa, bernyawa, hidup: dijumpainya di tepi sungai tubuh yg tidak ~; 2. bersemangat: banyak pegawai yg masih ~ penjajah; bahasa kebangsaan sbg alat utk membina kesatuan nasional serta mewujudkan warganegara ~ Malaysia; ~ besar a) mempunyai sifat tidak mahu di­kuasai (dipengaruhi dll) orang; b) mem­punyai cita-cita yg mulia dgn tidak segan memberi pengorbanan; ~ kecil lwn berjiwa besar; ~ rakyat bersemangat kuat utk me­nolong rakyat; menjiwai memberi jiwa (semangat, hidup) kpd: semangat dan perjuangannya telah ~ seluruh pergerakan itu; kejiwaan kerohanian, kebatinan: ini agak pelik kalau ditilik dr sudut ~ orang Melayu; sebenarnya gejala-gejala buruk daripadanya adalah besar sekali baik dr segi kejasmanian mahupun dr segi ~; kesejiwaan perihal atau keadaan sejiwa: percampuran dan ~ kata-kata; penjiwaan perihal menjiwai.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas