tidur | 1. dlm keadaan tidak sedar dgn mata terpejam (kerana berehat): siang bekerja malam ~; ~ (-tidur) ayam tidur yg tidak lena (mudah terjaga); ~ lelap (lena, lenyak, nyenyak, senyap) tidur benar-benar (sehingga tidak mudah dikejutkan); ~ mati tidur dgn sangat lenanya; baju (pakaian) ~ baju (pakaian) yg khusus dipakai utk tidur, pijama; bilik (kamar) ~ bilik tempat orang tidur; kaki (tukang) ~ bp (orang yg) sangat suka atau sangat mudah tidur; penyakit ~ sj penyakit yg menyebabkan orang yg menghidapnya selalu hendak tidur; tempat ~ a) bilik (bangunan) tempat orang tidur; b) ranjang; ubat ~ = penidur ubat yg menyebabkan tidur; 2. = masuk (pergi) ~ hendak (pergi utk) berehat dgn memejamkan mata dan tidak sedar diri: biar aku sahaja menyudahkan kerja ini, kau boleh pergi ~ ; 3. a) berbaring; b) = tidur-tidur berbaring-baring (kerana berehat dll); ~ tak lelap, makan tak kenyang prb perihal orang yg tidak tenang fikirannya (kerana runsing, rindu, dll); bagai ~ di atas miang (enjelai) prb perihal orang yg sangat gelisah (kerana banyak perkara yg difikirkannya dll); meniduri 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi; menidurkan 1. membuat supaya tidur, mem-baringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. mem-baringkan, merebahkan: kemudian hendak-lah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadi-kan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), me-lalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala; tertidur 1. (sudah) tidur: dia merapati katil dan mendapati anaknya sudah ~; 2. mulai tidur: kian lama mata bapa kian pudar, dia ~; 3. dgn tidak sengaja tidur: kerana terlalu letih dia ~ di kerusinya; ketiduran 1. = tempat ~ tempat tidur: nasihat itu menghadapkan kenang-kenangannya ke tempat lain, jauh dr ~nya dewasa itu, ke rumah isterinya; 2. tertidur (dgn tidak sengaja), lama sungguh tidur; ketidur-tiduran selalu mengantuk (hendak tidur); setiduran = seketiduran; seketiduran 1. setempat tidur, tidur bersama-sama; selapik ~ (sahabat) sangat karib; 2. teman tidur; berseketiduran 1. tidur bersama di suatu bilik (katil dll); 2. bersetubuh; petiduran tempat tidur; penidur 1. (orang yg) selalu tidur atau sangat mudah tidur, kaki tidur, tukang tidur; 2. = ubat ~ ubat (pil dll) yg menyebabkan tidur lena. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seketiduran | 1. setempat tidur, tidur bersama-sama; 2. teman tidur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setubuh | 1. satu badan, sebadan; 2. ark se-cocok, sejodoh benar, seia sekata; 3. = persetubuhan seketiduran, jimak, sanggama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapik I | 1. alas (tikar, cadar, tiang, dll): ~ duduk; 2. lapis baju sebelah dalam (utk menebalkan supaya tahan), sampul pd kulit buku dll: baju dan lengan, tali pinggang dan ~, biasanya dipotong memanjang kain; harganya ada tertulis pd ~ kulit buku tersebut; ~ duduk tikar dll tempat duduk; ~ kaki selipar (terompah dll); ~ meja kain, plastik dsb yg digunakan utk menutup permukaan meja; ~ perut sarapan yg dimakan supaya tidak berasa terlalu lapar; ~ tiang (batu dll) pengalas tiang; menggantikan ~ prb mengahwini janda saudaranya; se~ seketiduran sebantal sekalang hulu prb terlalu karib; sudah bergulung ~ sahaja prb hal orang yg terlalu miskin; berlapik mempunyai atau memakai lapik: saya tertidur di atas lantai yg ~ tikar mengkuang; berlapikkan beralaskan: dua buah kerusi yg ~ baldu; melapik memberi lapik kpd: ibu ~ periuk dgn lekar; ~ perut makan pagi-pagi supaya tidak terlalu lapar, menyarap; melapiki merupakan lapik kpd, menjadi lapik kpd: matanya merenungi petak-petak tikar mengkuang yg ~ punggungnya; melapikkan menggunakan sesuatu sbg lapik; pelapik sesuatu yg dijadikan lapik, pengalas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kain | 1. barang yg ditenun drpd benang kapas dll: ~ bulu kambing; ~ cita; ~ linen; ~ sutera; ~ kapur kain putih yg berkanji; 2. barang tenunan yg digunakan utk pakaian atau utk kegunaan lain; ~ baju pakaian (spt seluar, baju, dll); ~ basahan a) kain yg dipakai sehari-hari; b) kain yg dipakai pd masa mandi; ~ buruk kain (baju lama, tuala lama, dsb) yg digunakan utk mengelap; ~ cadar kain berbentuk segi empat bujur (utk melapik tilam dll); ~ dagang dalam kain samping yg dipakai di bawah baju kurung Teluk Belanga; ~ dagang luar kain samping yg dipakai di luar baju kurung Teluk Belanga; ~ kaca (Kej) kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu; ~ kembang payung kain yg dipotong serong dan kelihatan spt payung kembangnya (apabila dipakai); (mendapat) ~ kotor (cemar) datang haid; ~ lampin kain lembut (utk membalut bayi atau anak kecil); ~ lurik kain yg ditenun dgn tangan (bukan dgn mesin di kilang); ~ sarung kain yg dijahitkan (dicantumkan) hujung dan pangkalnya dan dipakai utk menutup tubuh dr pinggang ke bawah; ~ selimut kain utk menutup tubuh semasa tidur; ~ tudung kain utk menutup kepala; ~ basah kering di pinggang = ~ ditangkap maka duduk = ~ tak bertepi = ~ dibakar tiada berbau = spt ~ buruk dibakar berbau prb peri kemiskinan yg amat sangat; ~ dlm acar (di)kutip cuci, dia hendak masuk ke longkang juga prb orang yg bertabiat jahat itu tidak dapat diperbaiki lagi; ~ jadi basahan prb orang yg jatuh martabatnya atau orang kaya jatuh miskin; ~ lama dicampak buang, ~ baru pula dicari prb isteri lama diceraikan kerana telah jemu, kemudian berkahwin baru pula; ~ sehelai berganti-ganti prb perihal kemiskinan dua orang suami isteri; ~ sehelai peminggang habis prb kehabisan harta kerana kecurian dll; laksana ~ putih prb pekerti (orang yg lembut hati) yg dapat dipengaruhi orang; mengalih ~ ke balik rumah, me-ngalih kata berhadapan prb memutar perkataan (mungkir janji) mudah sahaja dilakukan; se~ sebaju, selauk senasi, sebantal sekalang ulu, setikar seketiduran prb tersangat erat atau rapat (bkn persahabatan); spt ~ dlm lipatan prb perihal perempuan yg pd zahirnya baik tetapi berbuat jahat dgn diam-diam; spt ~ khasah di atas duri prb perihal penyakit (perkara) yg amat susah diubati (diselesaikan); spt berselimut ~ sehasta prb tiada cukup (serba tanggung); sudah tahu di ~ beragi prb perihal orang susah yg mulai baik penghidupannya; tak tahu akan ~ lagi = telah meraba-raba tepi ~ prb perihal orang yg sakit payah; berkain memakai kain; ~ dua sudah cukup umur atau akil baligh (bkn anak perempuan); (bagai) ~ tiga hasta prb tiada cukup, serba tanggung; ~ tak cukup sebelit pinggang = tak ~ sehelai benang prb sangat miskin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bantal | 1. galang kepala atau alas tempat duduk yg dibuat drpd kain dijahit spt karung dan diisi dgn kekabu, sabut, span, dsb; 2. galang, alas (pd perkapalan); ~ budak sj penyakit pd perempuan yg baru melahirkan anak; ~ galang a) = ~ kepala bantal tempat meletakkan kepala apabila tidur); b) = ~ golek = ~ peluk bantal bulat yg panjang; ~ sandar bantal yg dipakai utk bersandar; ~ seraga bantal bulat yg bersulam; ~ suari bantal empat persegi berkerawang (sbg penghias); lepas ~ berganti tikar prb laki-laki yg berkahwin dgn saudara atau keluarga isterinya yg meninggal; mata tidur ~ berjaga prb perempuan yg berbuat jahat ketika suaminya lengah; orang mengantuk disorongkan ~ prb mendapat sesuatu yg diperlukan dgn tidak disangka-sangka;bantal-bantal 1. benda yg menyerupai bantal; 2. bantal kecil tempat jarum (peniti dll);berbantal, berbantalkan memakai bantal; ~ lengan a) menggunakan lengan sbg bantal; b) seketiduran, tidur bersama-sama dgn kekasih;membantalkan, memperbantalkan menggunakan sesuatu sbg bantal;bantalan benda yg menyerupai bantal (balak penghalang landasan kereta api), bantal-bantal, palang, sengkang;pembantal benda yg dipakai sbg penahan (lapik dll mis pd orang yg burut): ~ itu akan membesarkan burut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tidur | 1 (dlm keadaan) berehat dgn mata terpejam dan tidak khabarkan diri: Biar aku saja yg menyudahkan kerja ini, engkau boleh ~. Dia masih ~ di biliknya. 2 keadaan rehat dgn mata terpejam dan tidak khabarkan diri; ~ lena (lenyak) tidur yg tidak mudah dikejutkan. tidur-tidur berbaring-baring (tetapi tidak lena). ~ ayam tidur yg tidak lena. meniduri 1 tidur di: ~ tilam empuk. 2 bersetubuh dgn. menidurkan membuat supaya tidur: Ibu itu sedang ~ anaknya. tertidur dgn tidak sengaja tidur: Kerana terlalu letih, dia ~ di kerusinya. ketiduran 1 tertidur (dgn tidak sengaja); terlampau lama tidur. 2 = tempat ~ tempat (utk) tidur. seketiduran bersama-sama tidur di satu tempat; sama tempat tidur. berseketiduran 1 tidur bersama-sama di satu tempat tidur. 2 bersetubuh. petiduran tempat tidur. penidur 1 orang yg selalu atau sangat mudah tidur. 2 ubat dsb yg menyebabkan atau memudahkan tidur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tubuh | 1. = ~ badan keseluruhan jasad manusia atau binatang yg kelihatan (terdiri drpd kepala, badan dan anggota): makanan yg banyak mengandungi zat perlu utk membina dan menjaga kesihatan ~; direbahkan ~nya; bekas ~ pakaian yg sudah dipakai; 2. badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota): peluru itu kena ~nya terus ke jantung; berpeluk (memeluk) ~; batang ~ a) = tubuh badan keseluruhan jasad; b) badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota); c) diri (sendiri); 3. = batang ~ diri (sendiri), peribadi; tuan ~ tuan sendiri (bukan wakil dll); 4. bahagian sesuatu yg terpenting, awak: ~ perahu; ~ kapal terbang; 5. ark = pertubuhan; 6. jisim, jasad benda; ~ halus roh, jiwa (lwn jasad); ~ kasar jasad; tolak tangan berayun kaki peluk ~ mengajar diri prb membuang kehidupan yg senang-lenang; setubuh 1. satu badan, sebadan; 2. ark se-cocok, sejodoh benar, seia sekata; 3. = persetubuhan seketiduran, jimak, sanggama; bersetubuh melakukan perhubungan jenis, berjimak, bersanggama, berseketiduran; menyetubuhi melakukan perhubungan jenis (hubungan seks) dgn, menjimak, meniduri; bertubuh bp berbadan sihat, gemuk, tambun: anak dia itu ~ benar; menubuhkan 1. mendirikan (persatuan dll), membentuk (jawatankuasa, badan, dll): beliau berazam hendak ~ sebuah Bank Rakyat pd tahun hadapan; 2. mewujudkan, mengadakan, menjelmakan, menyatukan (dgn): bagi keperluan mereka yg tidak mampu membeli buku saya mengesyorkan kerajaan ~ perpustakaan di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil; tertubuh sudah ditubuhkan (diwujudkan dll), terwujud, terbentuk: dgn ~nya Universiti Kebangsaan maka kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih luas kpd rakyat bumiputera; pertubuhan badan yg ditubuhkan utk mengerjakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu badan antarabangsa yg bertujuan menegakkan keamanan dan keselamatan dunia; ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergiat dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu; ~ sukarela pertubuhan yg diwujudkan dgn kehendak atau kerelaan anggota-anggotanya utk berkhidmat kpd masyarakat (bukan kerana mata pencarian atau utk memperoleh keuntungan dsb); penubuhan perihal menubuhkan (syarikat, persatuan, dll): ~ syarikat ini memberi peluang kpd orang Melayu utk memiliki rumah sendiri melalui syarikat ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalang I | galang, landasan, penyangga, ganjal (spt bantal dll), alas; ~ ayam tempat ayam bertenggek (tidur); ~ dada kayu (galah) yg diikat melintang (sbg pelampung) pd perahu; ~ dara gelang-gelang (tali) yg mengikat andang-andang dgn tiang, kelendara; ~ ulu bantal kepala; berlentang ~ Kl lintang-pukang (tidak teratur); besar ~ penakut; sempit ~ mudah marah; terbalik ~ bertentangan pendapat; tidak tentu ~ tumpuan, tidak tentu ~ batang prb apabila marah semua orang digusari; selapik seketiduran, sebantal se~ ulu prb karib sekali (persahabatan); berkalang bergalang, beralas, berbantal, berganjal; (mati) ~ tanah ki mati; mengalang menggalang, menjadikan berbantal (berlandasan dll), mengalas, mengganjal; mengalangkan menggalangkan, mengalaskan, mengganjalkan; ~ leher = ~ merih mempertaruhkan nyawa utk menolong orang lain: saya halangi engkau beristerikan Poniem, saya kalangkan leher saya, kerana saya tahu akan akibat yg akan kauhadapi; memperkalang 1. menggunakan sbg bantal (alas); 2. ki menjunjung tinggi; terkalang tergalang, terganjal; ~ di mata, terasa di hati prb tergerak hati hendak mengetengahkan buah fikiran dll; lidah ~ prb tidak dapat membantah (menolak, menjawab, dll) permintaan orang (kerana sudah terhutang budi dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |