ketika I | waktu (yg sangat singkat atau yg tertentu), saat, masa: apabila sampai ~nya ia pun melahirkan seorang anak lelaki; ada ~nya undang-undang Islam memperlihatkan kaum wanita lebih mulia drpd kaum lelaki; keadaan sunyi senyap utk beberapa ~; sampai pd masa ~nya sampai pd waktunya; seketika 1. sesaat, sebentar, sekejap: kedua-duanya terdiam ~; dgn ~ dgn segera (pd saat itu juga): dgn ~ itu juga datanglah iparnya; 2. tatkala, (pd) waktu: fikirannya ~ itu amat kusut; (pd) ~ itu baginda sedang dihadap orang banyak; 3. sl saat (waktu) yg ada sangkupautnya dgn ramalan (perhitungan, penenungan) nasib dll; ~ lima (empat, tujuh) pembahagian waktu kpd lima (empat, tujuh) bahagian dlm penujuman; melihat (mencari) ~ melihat kitab ramalan kerana mencari hari (waktu) yg baik; berketika 1. menjaga waktu (hendak membuat sesuatu), tidak sembarang waktu: anak gadisnya sudah jarang kelihatan di pasar, sudah ~ benar-benar pergi ke sawah atau ke ladang; dgn tiada ~ dgn tidak berketentuan waktu; 2. kena (munasabah) pd waktunya: gurau senda yg tidak ~ itu mungkin membawa kpd perselisihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seketika | 1. sesaat, sebentar, sekejap: kedua-duanya terdiam ~; dgn ~ dgn segera (pd saat itu juga): dgn ~ itu juga datanglah iparnya; 2. tatkala, (pd) waktu: fikirannya ~ itu amat kusut; (pd) ~ itu baginda sedang dihadap orang banyak; 3. sl saat (waktu) yg ada sangkupautnya dgn ramalan (perhitungan, penenungan) nasib dll; ~ lima (empat, tujuh) pembahagian waktu kpd lima (empat, tujuh) bahagian dlm penujuman; melihat (mencari) ~ melihat kitab ramalan kerana mencari hari (waktu) yg baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bening | 1. jernih, hening: matanya berkaca ~; selaput ~ Id selaput mata bahagian depan; 2. (bkn suasana) hening, sunyi senyap: suasana menjadi ~ seketika;membeningkan 1. menjadikan bening (jernih, hening), menjernihkan, mengheningkan; 2. menjadikan bening (hening, sunyi senyap), mengheningkan; kebeningan keadaan bening (jernih, hening): ~ malam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbul I | 1. naik dr dlm air (lumpur dll) hingga tampak pd permukaannya: ikan itu ~ ke permukaan air dr semasa ke semasa utk menyedut udara; 2. terapung-apung pd permukaan air, tidak tenggelam: untung sabut ~, untung batu tenggelam; batu ~ sj batu yg ringan dan terapung-apung pd permukaan air; beras ~ kulit (kelongsong) padi yg terapung di air; 3. terkeluar (tersembul) sedikit dr permukaan yg rata; gambar ~ gambar (lukisan dll) yg tersembul pd latar belakangnya (ukiran pd batu dll); huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll; peta ~ peta yg bahagian-bahagiannya menyembul utk menggambarkan keadaan yg sebenar; 4. ki muncul, keluar, kelihatan: kuman-kuman ini menyebabkan ~ bengkak-bengkak pd tubuh; hilang-hilang ~ seketika kelihatan seketika tidak; 5. terlintas di hati, berbangkit, datang: dlm hatinya ~ keinginan utk berumah tangga; 6. berlaku, terjadi: pendirian yg berlainan ini menyebabkan kerap ~ perbalahan antara mereka; 7. terbit (bulan, matahari); bulan ~ a) bulan terbit; b) bulan baru (perhitungan kalendar); ~ tenggelam = tenggelam ~ a) seketika timbul seketika tenggelam (spt benda yg diumbang-ambingkan ombak); b) ki terkadang-kadang tidak, hilang timbul (bkn seseorang, sesuatu kegiatan, dll), ada kalanya beruntung (berjaya dll) dan ada kalanya malang (kecewa dll); c) ki selalu berhutang; d) ki terlalu sibuk (dlm pekerjaan); bertimbulan timbul merata-rata, banyak yg timbul: remis pun penuh di tepi pasir itu, ~ sendirinya, maka sebentar dipungut boleh dapat bergantang-gantang; otot-otot ~ di sana sini; menimbulkan 1. menyebabkan timbul (naik ke permukaan air dll): orang-orang di dlm kapal selam dapat melihat keadaan di atas muka laut dgn tidak payah ~ kapal itu; 2. ki mengemukakan (utk diperbincangkan dll), membangkitkan (perkara, persoalan, dll): beberapa perkara telah ditimbulkan dlm mesyuarat agung kesatuan tersebut; 3. ki menerbitkan (membangkitkan) sesuatu pe-rasaan (spt benci, cemburu, gembira, dll): sifatnya yg kasar ~ rasa benci orang terhadapnya; 4. ki menyebabkan berlaku (terdapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dll), mengakibatkan, mendatangkan (mengadakan, menjadikan, dll); ~ perang dunia menyebabkan berlakunya perang dunia; ~ kerumitan menyebabkan terdapatnya kerumitan; ~ kesan buruk mendatangkan (mengakibatkan) kesan buruk; 5. Mn menutup kerugian, mencukupi (kekurangan, perbelanjaan, dll), memperbaiki kesalahan (kecuaian dll): keuntungan ini digunakan utk ~ kerugian dahulu; timbulan (S.Bina) bentuk ukiran yg lebih tinggi drpd permukaan satah sesebuah karya; penimbulan perihal (perbuatan dsb) menimbulkan: cerita akan terus digerakkan utk memasuki peringkat ~ krisis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelimpahan | 1. perihal limpah, ketumpahan banyak-banyak: agak seketika didengarnya bunyi air ~; 2. diberi (dikurniakan dll) banyak-banyak, menerima (kurnia dll) banyak-banyak; 3. kelimpahmewahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perbualan | 1. perihal berbual (membual), percakapan: ~ mereka terhenti seketika; 2. bahan utk berbual, perkara yg dibualkan (dipercakapkan), percakapan: kisah itu menjadi ~ orang ramai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejap I | 1. kelip, kedip (mata); ~ mata kelip mata; 2. = sekejap sebentar, seketika: ~ lagi baliklah dia; tunggu ~ nanti sebentar; berkejap-kejap berkelip-kelip, berkedipkedip (bkn mata dll); mengejapkan mengelipkan, mengedipkan (mata): ia merenung tajam, matanya tidak sedikit pun dikejapkannya; terkejap-kejap terkelip-kelip, terkedip-kedip (bkn mata dll): kelihatan api pelita ~ di serambi rumah; kejapan gerakan mengejapkan (mata). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melaga-lagakan | 1. melagakan (melanggarkan dsb) berulang kali, melanggar-langgarkan, menghantuk-hantukkan: seketika ia ~ kepalanya ke dinding spt orang gila; 2. mengadu domba: mereka akan dilaga-lagakan selagi tidak mengubah pandangan hidup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renjatan | 1. = ~ elektrik rasa sakit apabila bahagian tubuh terkena arus elektrik; 2. perasaan amat terperanjat spt seketika selepas mengalami sesuatu kemalangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperdiamkan | 1. membuat (menjadikan, membiarkan) diam: ibu ~ adikku yg merengek; 2. menjadikan tidak bergerak, mematikan utk seketika (benda bergerak dll): gelora marah itu didiamkannya sahaja; 3. tidak mengendahkan (mempedulikan, ambil tahu, dll), tidak menghebohkan: pihak Berikat tidak boleh ~ serangan yg dilakukan oleh pihak Fasis ke atas negara-negara yg kecil; ada pun jika kita perdiamkan perkara ini, nescaya buruk padahnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |