sekoci | 1 sj perahu kecil orang Eropah. 2 gelendong benang yg di bawah jarum pd mesin jahit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekoci | 1. sj kapal (perahu) kecil, perahu (potongan Eropah): tiga buah ~ diturunkan ke laut utk mencari Tahir; 2. tempat gelen-dong benang yg di bawah jarum (pd mesin jahit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekoci | 2 gelendong benang yg di bawah jarum pd mesin jahit. | Kamus Pelajar |
sekoci | 1 sj perahu kecil orang Eropah. | Kamus Pelajar |
anduhan | tali tempat sekoci bergantung di kapal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertunda | 1. sedang menarik sampan tunda (kapal, sekoci, dll); 2. ki berikut-ikut, berturut-turut: beberapa kali orang melihat Lajim balik bersaingan dan ~ dgn Saodah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpindah | 1. beralih tempat (kediaman, kerja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbincangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunda I | sesuatu yg ditarik dgn tali di belakang perahu; kail ~ kail yg ditarik di belakang perahu; pukat ~ pukat yg ditarik di belakang bot dll; sampan ~ sampan yg berisi muatan (ditarik oleh kapal yg kecil-kecil); tali ~ tali utk menarik pukat (sampan dll); bertunda 1. sedang menarik sampan tunda (kapal, sekoci, dll); 2. ki berikut-ikut, berturut-turut: beberapa kali orang melihat Lajim balik bersaingan dan ~ dgn Saodah; bertunda-tunda 1. sl berduyun-duyun dgn banyaknya, berbondong-bondong: rakyat ~ menuju ke padang tempat orang berperang itu; 2. ki berjalan dll berikut-ikut (berturut-turut): anjing itu berlari-lari dan di belakangnya ~ anaknya; menunda 1. menarik sampan dll dgn tali: sebentar kemudian dgn ~ perahu si Tenggang, mereka pun berkayuh balik ke pantai; 2. ki mengikut dr belakang, mengikut, mengiringi: orang tua itu sedang mengingat peristiwa kematian isterinya yg ditunda dgn kematian anak-anaknya; Pak Sudin masuk ke dlm bilik hadapan dan Yusof ~nya dr belakang; penundaan perihal (perbuatan atau kerja) menunda: ~ kereta yg rosak di lebuh raya itu telah diswastakan kpd sebuah syarikat tempatan; penunda sesuatu yg digunakan utk menunda (menarik); kapal ~ kapal penarik (sampan dll); ~ kereta orang yg kerjanya menunda kereta yg rosak atau remuk akibat kemalangan; tali ~ tali utk menarik sampan dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anduh | kain yg digantung pd leher utk mengampu tangan yg cedera (patah, retak, dll); beranduh memakai atau menggunakan anduh: tangan kanannya yg patah itu masih kelihatan ~; menganduh mengikat sesuatu supaya tergantung atau tidak jatuh terkulai, mengampu: doktor terpaksa ~ kaki pesakit yg tercedera dlm kemalangan itu; ~ kajang merentangkan tali tempat digantungkan kajang; anduhan tali tempat sekoci bergantung di kapal; penganduh kayu (kulit kayu) yg dilekatkan pd tangan (kaki) yg patah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pindah | bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan; berpindah 1. beralih tempat (kediaman, kerja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbincangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; memindah 1. bp = memindahkan; 2. = memindah-mindah, pindah-memindah menjangkit(-jangkit), menular(-nular); memindahi 1. ark banyak yg dipindahkan, banyak kali memindahkan; 2. menjangkiti, menulari; memindahkan 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian; pindahan barang (harta dll) yg dipindahkan: barang-barang ~; kaum ~ kaum atau bangsa yg hidupnya berpindah-randah; kepindahan kejangkitan, ketularan; perpindahan perihal (perbuatan, kejadian, dsb) berpindah, peralihan: sebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~; ~ pejabat; pemindahan perbuatan memindahkan (mengalihkan): ~ penduduk; melatih orang-orang Malaysia melalui beberapa rancangan ~ kemahiran dan teknologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |