Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ko.la.han] | سکولهن

Definisi : Id ark rumah sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekolahan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sekolahanId ark rumah sekolah;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyetarafkan1. menjadikan setaraf, me­nyamakan (darjatnya), menyetarakan (dgn), menjajarkan (dgn): jawatan Peguam Negara sudah disetarafkan dgn menteri; Sijil Pela­jaran Malaysia disetarafkan dgn Sijil Per­sekolahan Seberang Laut; 2. men­yepadan­kan dgn, menyesuaikan dgn: dia ~ keper­luannya dgn pendapatannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
doa1. permohonan (permintaan) kpd Tuhan: ~ Aini supaya Murad berbahagia dlm hidupnya; 2. kebaikan (yg dipinta) dgn restu drpd Tuhan: dia memohon ~ agar anaknya lulus dlm peperiksaan Sijil Tinggi Per­sekolahan Malaysia; 3. potongan ayat terutama drpd Quran (hadis dsb) yg dibaca utk memohon sesuatu kebaikan drpd Tuhan: setiap kali selepas sembahyang, dia mem­baca berbagai-bagai ~; ~ arwah doa yg dibaca (sewaktu sembahyang mayat dll) utk orang Islam yg telah meninggal dunia dan ditujukan juga kpd orang-orang yg masih hidup; ~ musafir doa yg dibaca (oleh orang Islam) sewaktu dlm perjalanan supaya dijauhkan drpd sebarang kemalangan dsb; ~ panjang umur doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk memohon kpd Tuhan supaya di­lanjutkan usia; ~ pendinding doa yg dibaca (oleh orang Islam) utk menjauhkan diri drpd bahaya; ~ pengasih jampi utk membuat orang kasih pd kita; ~ restu doa (permintaan) yg diharapkan mendapat berkat drpd Tuhan; ~ selamat = ~ kesyukuran doa kerana me­ngucap syukur kpd Tuhan atas pemberian-Nya atau kerana meminta berkat; ~ tolak bala doa yg dibaca selepas bersembahyang utk meminta kpd Tuhan supaya dijauhkan drpd sebarang bala (spt wabak penyakit dsb); berdoa, mendoa meminta (memohon) kpd Tuhan, mengucapkan (menyampaikan) doa: bangun pagi sembahyang subuh kemudian ~ kpd Tuhan; aku ~ semoga Tuhan mende­katkan aku kpd kebaikan dan menjauhkan aku drpd kejahatan; mendoakan memohonkan sesuatu kpd Tuhan: aku ~ semoga kau berbahagia se­lalu; dia sentiasa ~ keselamatan anak-anak­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
taraf1. tinggi rendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah, mutu, tingkatan: per­adab­an mereka telah mencapai ~ yg tinggi; 2. tingkatan kedudukan dlm masyarakat, martabat, darjat: di pelantaran stesen ramai pembesar negeri berdiri dan berbaris menu­rut ~ masing-masing; 3. batasan waktu, ting­katan masa, peringkat: mesyuarat itu masih pd ~ permulaan lagi; ~ hidup tingkat kemewahan hidup; ~ sosial kedudukan dlm masyarakat, darjat; setaraf sama taraf, sedarjat, sejajar, setara, setingkatan: tiap-tiap calon mestilah mem­punyai Sijil Rendah Pelajaran atau ke-lulusan yg ~ dengannya; menyetarafkan 1. menjadikan setaraf, me­nyamakan (darjatnya), menyetarakan (dgn), menjajarkan (dgn): jawatan Peguam Negara sudah disetarafkan dgn menteri; Sijil Pela­jaran Malaysia disetarafkan dgn Sijil Per­sekolahan Seberang Laut; 2. men­yepadan­kan dgn, menyesuaikan dgn: dia ~ keper­luannya dgn pendapatannya; bertaraf mempunyai taraf (darjat, tingkatan): masyarakat mereka masih ~ rendah; kita ini sbg bekas anak revolusi dan sekarang ini ~ calon angkatan perang yg rasmi; menarafkan menentukan darjat (pangkat dll): pembuat dasar ~ negara berdasarkan kriteria dan keadaan yg berbeza-beza; penarafan 1. perihal atau perbuatan me-narafkan: ~ itu dibuat berdasarkan tujuh peringkat skala; 2. (Eko) penilaian terhadap kedudukan sesuatu sekuriti, kewangan, dsb yg dibuat oleh agensi bebas dgn memberikan gred tertentu berdasarkan kriteria yg ditetapkan: ~ itu juga menggambarkan daya keuntungan bank tersebut.Kamus Dewan Edisi Keempat
sekolah1. tempat utk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran: ~ Melayu; ~ menengah; 2. masa belajar di sekolah: pukul berapa ~ dimulakan tiap-tiap hari? 3. penuntutan ilmu, pengajaran atau pelajaran (yg diperoleh dr sekolah), ilmu pengetahuan: saya ingin benar hendak melanjutkan ~ saya ke peringkat yg lebih tinggi; 4. bp pergi ke sekolah, menuntut (di sekolah): kenapa engkau tidak ~ hari ini? ~ atap sekolah kampung (biasanya beratap daun nipah dll); ~ bestari sekolah yg berasaskan komputer dan multimedia sbg bahan bantuan pembelajaran; ~ buta huruf = ~ dewasa sekolah utk orang dewasa yg buta huruf; ~ liar Id sekolah persendirian yg tidak menurut syarat-syarat yg ditentukan oleh kerajaan; ~ malam sekolah yg diadakan pd waktu malam sahaja; ~ menengah sekolah peringkat menengah yg penuntut-penun­tutnya berumur antara 13 tahun hingga 19 tahun (selepas pendidikan awal di sekolah rendah); ~ partikelir Id sekolah yg tidak didiri-kan oleh pemerintah; ~ pembaik akhlak sekolah tempat membaiki akhlak kanak-kanak dll; ~ penerbangan pusat yg melatih bakal juruterbang; ~ pondok sekolah agama di kampung-kampung; ~ rakyat a) sekolah persendirian di kampung-kampung; b) Id = ~ rendah sekolah permulaan (utk kanak-kanak); ~ siswazah jabatan atau fakulti di sesebuah universiti yg menawarkan kursus atau pengajian lanjutan kpd para siswazah; ~ subsidi Id sekolah persendirian yg mendapat bantuan drpd pemerintah; ~ terbang sekolah yg mengajarkan pengetahuan dan kepandaian memandu kapal terbang; ~ tinggi universiti; ~ wawasan gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan spt padang permainan, dewan, kantin dsb dgn tujuan utk memupuk perpaduan antara kaum; bersekolah 1. (mulai) menuntut di sekolah, pergi ke sekolah: kanak-kanak yg baru ~ terpaksa mengubah kebiasaan mereka; 2. berpendidikan atau berpelajaran (kerana terlatih di sekolah): orang-orang yg ~; menyekolahkan memasukkan ke sekolah, menyuruh bersekolah: dia berjanji akan ~ adik perempuannya itu; sekolahan Id ark rumah sekolah; persekolahan perihal sekolah: ibunya me-ninggal dunia ketika mengurus ~nya; sepersekolahan bersama-sama menuntut di sekolah: kawan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas