habis-habisan | 1 sekuat-kuat tenaga; sepenuh tenaga: Malayan Union mesti ditentang ~, kalau tidak orang Melayu akan hilang di dunia. 2 sedapat mungkin; sebanyak yg dpt: Kerana terlalu marah, dia mencela orang itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekuat | 1 sama kuatnya dgn: Kassim tidak ~ abangnya. 2 = sekuat-kuat dgn sedaya upaya; dgn sepenuh tenaga: Budak itu menjerit ~ hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekuat | 1. sama kuat dgn (dlm pelbagai erti): Ali tidak ~ abangnya; barisan pertahanan pasukan ini tidak ~ tahun lalu; 2. = sekuat-kuat seboleh-boleh, sepenuh daya (tenaga): perempuan itu berteriak ~ hatinya; dia bekerja dgn ~ tenaganya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuat | 1 bertenaga utk membuat kerja dll; tegap tubuh badannya; gagah: Badannya sihat lagi ~. Mana yg lebih ~, singa atau harimau? 2 hebat (bkn tiupan angin dll); kencang; nyaring (bkn bunyi suara dll); tenat (bkn penyakit dll); teruk: Angin bertiup dgn ~nya. Suaranya semakin ~. Emaknya sakit ~. 3 tidak mudah rosak; tidak mudah putus atau tidak mudah pecah (bkn tali dll): kukuh; teguh; tahan: Baju ini ~ jahitannya. Tali itu ~, sukar utk memutuskannya. 4 ki tidak mudah berubah hati (pendirian dll); teguh (iman dll): Jika imanku tidak ~, sudah pasti aku menurut kemahuan mereka. 5 suka melakukan sesuatu (yg biasanya tidak baik) dgn banyak: ~ makan; ~ minum arak; ~ berjudi. berkuat bersungguh-sungguh; berkeras hati: ~ benar dia hendak melanjutkan pelajarannya ke luar negara. menguatkan 1 membuat sesuatu supaya menjadi kuat (teguh dll): Utk ~ badan, makanlah ubat ini. 2 mengeraskan bunyi (suara dll): Kerana anaknya masih berdegil, dia telah ~ suaranya. memperkuat menjadikan lebih kuat: Dia ~ ikatan pd berkas kayu itu sebelum mengangkatnya. kekuatan 1 tenaga; daya: Umurnya beransur tua dan ~nya pun makin berkurang. 2 keadaan kuat; keteguhan; kekukuhan: Kita hendaknya janganlah mengecil-ngecilkan ~ pihak musuh. penguatan perbuatan atau hal menguatkan. penguat orang atau sesuatu yg menguatkan. sekuat 1 sama kuatnya dgn: Kassim tidak ~ abangnya. 2 = sekuat-kuat dgn sedaya upaya; dgn sepenuh tenaga: Budak itu menjerit ~ hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kuat I | 1. banyak tenaganya (dayanya), tidak lemah, bertenaga, berdaya, tegap: walaupun ia sudah tua badannya masih ~; orangnya muda lagi ~; ubat ~ ubat utk menambah tenaga badan; 2. tidak mudah roboh (rosak, patah, putus, dsb), tahan (tidak rapuh dsb), kukuh, teguh: meja ini ~ buatannya; jahitlah dgn benang yg ~ sedikit; mendapat kedudukan yg ~; 3. tidak mudah kalah (tumpas, tewas, dsb), kukuh: angkatan tentera yg ~; barisan pertahanan yg ~; 4. tidak mudah berubah (hati, pendirian, dsb), tetap berpegang (pd kepercayaan, keimanan, adat, dsb), teguh: mereka masih ~ kpd adat lama; imannya ~; 5. keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dll): ibunya sedang sakit ~ di kampung; suaranya semakin ~; bekerja ~ bekerja keras (sungguh-sungguh); angin ~ angin kencang; diikatnya ~-~ diikatnya erat-erat; 6. mampu (boleh) atau sanggup membuat sesuatu: ia tidak ~ menaiki tangga setinggi itu; budak-budak pun ~ berjalan sejauh itu; 7. suka makan (minum dll) banyak-banyak: ~ makan (minum); ~ belajar; ~ berhutang; 8. mempunyai kelebihan atau kecekapan dlm sesuatu pengetahuan: ia ~ dlm ilmu kira-kira; 9. = kekuatan tenaga, daya: ~ tarikan bumi; ~ tekanan udara; ~ gajah terdorong, ~ harimau terlompat-lompat prb perihal orang besar (mulia) ygmembuat kesalahan; ~ ketam kerana sepit, ~ burung kerana sayap, ~ ikan kerana radai prb a) berasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihan padanya; b) tiap-tiap orang sedikit sebanyak ada kuasanya; sekuat 1. sama kuat dgn (dlm pelbagai erti): Ali tidak ~ abangnya; barisan pertahanan pasukan ini tidak ~ tahun lalu; 2. = sekuat-kuat seboleh-boleh, sepenuh daya (tenaga): perempuan itu berteriak ~ hatinya; dia bekerja dgn ~ tenaganya; berkuat berkeras hati dan bersungguh-sungguh, bertekun (bekerja, berusaha, dsb), bertahan (menghadapi atau menanggung kesulitan, dll): ibunyalah yg ~ benar menyuruh ia pergi; tiap hari dia ~ utk mencapai cita-citanya; ~ tulang bekerja bersungguh-sungguh; berkuat-kuatan beradu tenaga, berlawan kekuatan: marilah kita ~ mengangkat batu ini, barang siapa tiada terangkat alahlah ia; menguati melakukan dgn kekerasan, bertindak keras kpd, memaksa: dikuati sahaja kalau tidak mahu menurut; menguatkan 1. menjadikan kuat (tegap, kukuh, dll): ~ badan; ~ ikatan; ~ pelukan; 2. meneguhkan (kepercayaan, sangkaan, pendapat, dll): kata-katanya tadi ~ kepercayaan Aini tentang kejujurannya; ~ hati; ~ iman; ~ semangat; 3. mengeraskan atau menghebatkan (bunyi, tekanan, dll): dlm suasana yg riuh-rendah itu ia terpaksa ~ suaranya; memperkuat menjadikan lebih kuat, memperkukuh, memperteguh, mempererat: kerajaan telah menerima bantuan utk ~ angkatan bersenjata Malaysia; ~ keazaman utk mengambil peranan dlm pembentukan masyarakat baru; kekuatan 1. tenaga, daya: makanan spt gula dan lemak menambah ~ badan; 2. kekuasaan, keteguhan, kekukuhan: ~ musuh tidak dapat diduga; ~ batin (hati) kekuatan yg terdapat dlm batin manusia, kekuatan yg bukannya bersifat keduniaan (kebendaan); ~ iman keteguhan iman; penguatan perihal (perbuatan, usaha) menguati atau menguatkan; penguat sesuatu yg menguatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
habis-habisan | 1. sekuat-kuat tenaga; sepenuh tenaga: Malayan Union mesti ditentang ~, kalau tidak orang Melayu akan hilang di dunia. 2. sedapat mungkin; sebanyak yg dpt: Kerana terlalu marah, dia mencela orang itu ~. | Kamus Pelajar |
berupaya | 1. berusaha dgn sekuat tenaga, berdaya upaya; 2. berkebolehan, berke-mampuan, mampu, dapat, sanggup: menteri yg berkenaan sama sekali tidak ~ mencegah kenaikan harga barang keperluan sehari-hari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjerit | 1 berteriak kuat-kuat; memekik: Ia ~ sekuat-kuat hatinya apabila pencuri itu masuk ke rumahnya. 2 mengeluh (kerana kesusahan dll): Kenaikan harga barang-barang keperluan menyebabkan rakyat sekalian ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
upaya | usaha utk mencapai sesuatu maksud; ikhtiar: tidak ada ~ tidak ada usaha atau ikhtiar. berupaya 1 berkebolehan atau mampu membuat sesuatu: Ia tidak ~ lagi memperdamaikan mereka. 2 berusaha dgn sekuat tenaga. mengupayakan 1 mencari jalan utk mengusahakan sesuatu; mengikhtiarkan. 2 menjadikan mampu atau dpt mencapai sesuatu; membolehkan: Usaha yg dijalankan itu ~ syarikat mencapai sasaran yg ditetapkan. keupayaan kesanggupan atau kemampuan utk melakukan sesuatu. pengupayaan perihal atau perbuatan mengupayakan. seupaya-upayanya setakat yg terdaya; sedapat-dapatnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menendang | 1. menyepak, mendepak, mene-rajang: ditendangnya pintu rumah itu dgn sekuat-kuat hatinya; 2. bp mengusir (dr per-satuan dll), memecat (dr jawatan dll): mereka ditendang keluar kerana melanggar disiplin parti; 3. mendesak kuat-kuat, menolak-nolak: buah dadanya yg tegang ~ colinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |