Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lain1. tidak sama (hal, keadaan, dll), berbeza, asing: ia tidak mahu membaca buku ~; ~ orang bukan orang yg sama; tak ~ dan tak bukan hanya; 2. tidak kira atau termasuk (dlm hitungan, kumpulan, dll), kecuali: tiap­-tiap orang mesti berpuasa ~lah kalau uzur; ~ drpd itu di samping itu; ~ drpd yg ~ tidak sama dgn yg lain, tidak ada yg sama dengan­nya; ~ tidak hanya itu sahaja; ~ orang ~ pendapatnya tidak sama pendapat antara seseorang dgn seorang yg lain: ~ yg..., ~ yg... tidak menepati (permintaan, suruhan, arahan, dll): ~ yg disuruh, ~ yg dibuat; selain 1. hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; selainnya 1. seterusnya, selanjutnya; 2. yg lainnya; berlain tidak sama (pendapat, kelakuan, dll), berbeza, berselisih: apa yg terjadi ~ dgn yg dicita-citakan; berlainan, berlain-lain, berlain-lainan tidak sama, berbeza, berbagai-bagai (gaya, corak, dll): aku nampak ayahmu itu bersikap ~ drpd sehari-hari; cakap mereka berlain-lainan; keberlainan keadaan yg berlain, perubahan sikap: ~nya sangat ketara; melaini ark tidak mengikuti (peraturan, undang-undang, dll), menyalahi: ~ kebiasaan; melainkan 1. hanya, dikecualikan: masa bekerja ialah waktu siang sahaja ~ ketika kecemasan; 2. sebaliknya (bertentangan dgn maksud asal), tetapi: orang itu tidak men­jawab, ~ berjalan lambat-lambat arah ke dangau itu; 3. melakukan perkara yg lain, membezakan, mengasingkan: ~ kpd Allah Taala tuanku serahkan paduka cucunda kedua itu; ~ anak tiri drpd anak kandung; memperlainkan membuat atau menjadikan berbeza drpd yg lain; kelainan 1. perihal berbeza drpd, perbezaan; 2. sesuatu yg tidak menurut kebiasaan atau yg berbeza drpd sesuatu yg lain: penyim­pangan ini bertujuan utk mempelbagaikan teknik pengolahan supaya wujud ~ drpd cerpen-cerpen yg sedia ada; dikelainkan ark tidak disamakan dgn yg lain, dikecualikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
selain1. hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak;Kamus Dewan Edisi Keempat
selain1 di samping: ~ berlatih berkawat, mereka belajar undang-undang juga.Kamus Pelajar
haiwan1 ist segala benda hidup yg dpt bergerak selain tumbuh-tumbuhan: Manusia, burung, kucing dsb ialah ~. 2 benda hidup yg dpt bergerak mencari makan selain manusia; binatang: Di bumi, terdapat cahaya matahari, udara dan air yg cukup utk manusia, ~ dan tumbuh-tumbuhan. ~ berdarah panas ist haiwan yg dpt mengekalkan suhu badan yg agak panas (36oC – 42oC atau 95oF – 107oF) tanpa dipengaruhi oleh suhu sekeliling. ~ karnivor, = ~ maging haiwan yg memakan daging, iaitu daging merupakan makanan utama. ~ pengorek haiwan spt tikus yg merosakkan sesuatu (tanaman dll) dgn cara mengo­reknya. ~ pepindah haiwan yg (sering) berpindah tempat kediaman kerana mencari makanan. ~ perosak haiwan, spt serangga, tikus, siput babi yg merosakkan atau me­­musnah­kan sesuatu (benda, tumbuh-tumbuhan dll). ~ satu perut, = ~ perut tunggal haiwan yg ruang perutnya satu. kehaiwanan sifat atau kelakuan spt haiwan; kebina­tangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
haiwan1. ist segala benda hidup yg dpt bergerak selain tumbuh-tumbuhan: Manusia, burung, kucing dsb ialah ~. 2. benda hidup yg dpt bergerak mencari makan selain manusia; binatang: Di bumi, terdapat cahaya matahari, udara dan air yg cukup utk manusia, ~ dan tumbuh-tumbuhan. ~ berdarah panas ist haiwan yg dpt mengekalkan suhu badan yg agak panas (36oC – 42oC atau 95oF – 107oF) tanpa dipengaruhi oleh suhu sekeliling. ~ karnivor, = ~ maging haiwan yg memakan daging iaitu daging merupakan makanan utama. ~ pengorek haiwan spt tikus dsb yg merosakkan sesuatu (tanaman dll) dgn cara mengoreknya. ~ pepindah haiwan yg (sering) berpindah tempat kediaman kerana mencari makanan. ~ perosak haiwan yg merosakkan atau memusnahkan sesuatu (benda, tumbuh-tumbuhan dll) spt serangga, tikus, siput babi dsb). ~ satu perut, = ~ perut tunggal haiwan yg ruang perutnya satu. kehaiwanan sifat atau kelakuan spt haiwan; kebinatangan.Kamus Pelajar
selain, = lain drpd 1 di samping: ~ berlatih kawad, mereka belajar undang-undang juga. 2 kecuali; hanya: Emaknya tidak dpt berbuat apa-apa, ~ menangis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bonus1 bayaran tambahan selain gaji sbg sagu hati kpd pekerja-pekerja. 2 bayaran faedah kpd pemegang-pemegang saham atau kpd pemegang polisi insurans.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bonus1. bayaran tambahan selain gaji sbg sagu hati kpd pekerja-pekerja. 2. bayaran faedah kpd pemegang-pemegang saham atau kpd pemegang polisi insurans.Kamus Pelajar
kecuali1. melainkan, selain, lain drpd: aku tidak pernah berkenalan dgn orang Jepun ~ En. Ogawa; 2. yg menyimpang drpd kebiasa­an, yg tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian; berkecuali 1. ada kecualinya; 2. tidak ber­pihak kpd (bersekutu dgn) mana-mana pihak, berdiri sama tengah; negara-negara ~ negara­-negara yg tidak bersekutu dgn atau berpihak kpd negara-negara blok Barat ataupun blok komunis; mengecuali melanggar aturan (hukum), tidak mengikut kebiasaan; mengecualikan membebaskan (drpd penguat­kuasaan sesuatu undang-undang, peraturan, dsb), mengeluarkan (mengetepikan) drpd sesuatu ketentuan atau keputusan: mereka meminta diadakan peraturan-peraturan khas bagi ~ mayat-mayat orang Islam yg mati akibat kemalangan drpd dibedah; terkecuali 1. terbebas (drpd kebiasaan, peraturan, dll), dikecualikan: ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti drpd digunakan utk tujuan-tujuan politik; 2. kecuali, melainkan: ~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah; kekecualian, kecualian sesuatu yg me­nyimpang (berlainan, terasing) drpd yg umum dll, sesuatu yg dibebaskan (terkeluar, terasing) drpd sesuatu peraturan (ketentuan dsb); perkecualian 1. perihal berkecuali (ada kecualinya); 2. kedudukan (dasar, sikap) tidak berpihak kpd mana-mana pihak: negara-negara yg bersidang di Geneva telah menjamin ~ dan kemerdekaan Indo-China; pengecualian 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dr kebiasaan (sesuatu peraturan dll); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kpd atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dsb): satu persidangan negara-negara utk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
biaya1. belanja, ongkos (utk sesuatu): selain gaji itu, mereka juga mendapat ~ jamu-menjamu dan faedah-faedah lain; 2. bantuan kewangan drpd kerajaan utk menutup sebahagian drpd perbelanjaan sesuatu pertubuhan dll; membiayai membelanjai, mengongkosi: diperlukan modal dlm negeri utk ~ perusahaan; membiayakan membelanjakan, mengongkoskan: maka apabila tiadalah dibiayakan mereka itu segala nikmat itu, maka dipindahkan Allah Taala segala nikmat itu drpd mereka itu; biayaan (yg) dibiayai oleh: institusi ~ persatuan agama Islam semakin berkembang; pembiayaan perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; pembiaya orang atau pihak yg membiayai: di belakang kumpulan samseng ini pastilah orang-orang yg bertindak sbg pelindung, penaung, dan ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas