Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selalu I 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
selalu1 tidak henti-henti; sentiasa ada; sepanjang masa: Ketika berada di Jerman dahulu, saya ~ teringat akan ayah dan ibu. 2 kerap kali; acap kali: Saya memang ~ datang ke sini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kibas I; mengibas bergerak-gerak spt melambai atau spt mengipas sesuatu: Telinga gajah selalu ~. mengibaskan 1 menggerakkan (ekor, sayap dll) ke atas ke bawah: Harimau itu ~ ekornya ke sana ke mari seolah-olah ada sesuatu yg terdengar olehnya. 2 menggerakkan sesuatu spt menggerakkan kipas utk menghilangkan debu atau abuk yg ada pdnya: ~ selimut; ~ tuala.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sediakala1 selalu spt yg sudah-sudah atau spt biasa; sentiasa: Baginda ~ menghadap Seri Betara. 2 yg sudah-sudah; yg semula: Ahmad telah bekerja lebih giat drpd ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemaruk1 selalu ingin hendak makan (spt orang yg baru sembuh drpd sakit). 2 ki berbuat sesuatu dgn berlebih-lebihan kerana baru mendapat sesuatu (spt kepandaian, kekayaan): Memang dia itu ~, setiap orang diajaknya bersilat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemaruk1. selalu terbuka selera hendak makan (setelah sembuh drpd sakit): sejak segar drpd sakit, aku tengok dia ~ betul; 2. ki berbelanja (berbuat sesuatu) dgn berlebih-­lebih (kerana baru hidup mewah, naik pangkat, dll); 3. ki mahukan sesuatu banyak­-banyak, haloba, tamak: dia ~ wang sekarang.Kamus Dewan Edisi Keempat
meminta-minta1 selalu benar meminta. 2 meminta sedekah; mengemis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berulang-ulang1. selalu pergi balik (ulang-alik, mundar-mandir): sahaya ~ ke rumahnya meminta wang itu; 2. kerapkali atau berkali-kali melakukan sesuatu, beberapa kali: lagu yg baru dipelajari hendaklah dimainkan ~ supaya kanak-kanak betul-betul tahu akan lagu itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertukar-tukar1. selalu berganti, berganti-ganti; 2. saling mengambil hak orang lain (kerana tersalah atau tersilap); 3. saling memberi: mereka dibenarkan ~ hadiah yg kecil-kecil; kami sering berbincang dan ~ pendapat;Kamus Dewan Edisi Keempat
tetap I1. selalu berada di tempatnya, tidak berpindah-pindah, tidak bergerak, tidak ber­ganjak: di dlm kursus sains ini kelak kita akan menemui benda-benda hidup yg tinggal ~ tidak bergerak beberapa lama; 2. tidak utk sementara: jawatan ini adalah ~ dan ber­­pencen; 3. tidak putus-putus, terus-menerus, selalu: dunia masih ~ berharap bahawa segala kejayaan Rusia di angkasa lepas itu hendaknya benar-benar dilakukan utk tujuan-tujuan damai; 4. tidak berke­sudahan, kekal selama-lamanya, lestari, abadi: kita di dunia ini tidak akan ~, mati juga akhirnya; 5. tidak berubah-ubah (keadaannya dll), selalu demikian halnya dll, sama (ke­adaannya): harga getah dan timah bergan­tung pd pasaran dunia dan oleh sebab itu tidak ~; 6. sudah pasti, tentu, mesti: gedung itu ~ akan dirasmikan pd hari itu; 7. teguh berpegang pd (pendirian, kepercayaan, keya­kin­an­nya, dll): dia ~ tidak mahu berdamai; 8. tidak berubah lagi (niat, keputusan, dll): niatnya utk menunaikan fardu haji sudah ~; ~ hati teguh hati, tabah hati; menetap tinggal dgn tetap (di), bermukim (di), duduk (di): ~lah mereka di sana utk membuka tanah, meneroka hutan utk dijadikan kampung; menetapi 1. menepati atau memenuhi (janji dll), menunaikan (niat, kaul, dll): dlm janji digaduhkan sampai janji ditetapi; 2. meme­nuhi (kewajiban, tanggungjawab, dll), men­jalankan (perintah), mematuhi; menetapkan 1. membuat supaya tetap (tidak goyah dll), menjadikan tetap (kekal, lestari, dll), mengekalkan: mereka hendak ~ apa yg telah ada; 2. menjadikan tetap (tidak utk sementara), melantik (menerima) sbg pegawai tetap: setelah berkhidmat selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dlm jawatannya; 3. memberi kepastian (ketentu­an), memastikan, menentukan: harinya mesti­lah ditetapkan utk membicarakan kes itu; 4. membuat keputusan, memutuskan: kami ~ hendak memberi bantuan kpd dua orang murid sahaja; 5. menjadikan tetap (tidak berubah-ubah keadaannya dsb): ~ harga; 6. memilih (melantik, mengangkat) jadi: mesyuarat telah ~ dia jadi wakil rom­bongan tersebut; 7. meneguhkan (hati, janji, dll): oleh itu ia telah ~ hatinya sedia hendak menghadapi untung nasib; 8. memperkuat, memperkukuh: fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri itu; mempertetap, mempertetapkan menjadi­kan lebih tetap: ampun tuanku beribu-ribu ampun pertetapkan juga hati tuanku; ketetapan 1. perihal tetap, kepastian, ke­ten­tuan: apa yg sedang berlaku dlm masya­ra­kat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbang­an: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (per­lantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia; ~ pajak Id taksiran pajak (cukai dll); penetapan 1. perihal menetapkan, pemas­tian, penentuan: ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; 2. perihal menetapkan (harga, keadaan, dsb); 3. pelantikan (jawatan dll), pengangkatan; 4. pelaksanaan (kewajib­an dll), penunaian (janji dll); 5. keputusan (pendapat dll); penetap sesuatu yg digunakan utk menetap­kan (menyelaraskan).Kamus Dewan Edisi Keempat
meminta-minta1 selalu benar meminta. 2 meminta sedekah; mengemis.   selalu benar meminta.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas