berpuspa | bermahkota; selamat ~ selamat bermahkota; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puspa II | Br mahkota; berpuspa bermahkota; selamat ~ selamat bermahkota; perpuspaan permahkotaan, pertabalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabik | 1. ucap selamat, salam, selamat (pagi, petang, malam): maka aku memberi ~ demikian bunyinya, “selamat pagi, tuan”; 2. perbuatan menghormati (dgn cara mengangkat tangan dll), hormat, takzim: jalannya keras, tangannya berpintal membuat ~; 3. = tabik-tabik minta maaf (ketika melakukan sesuatu), minta izin: jika kita lalu di belakang orang yg sedang duduk, mahulah kita meminta ~ hendak berbuat demikian;kirim ~ sampaikan salam; minta ~ a) minta maaf (ketika masuk ke tempat keramat dll); b) memberi salam (ketika bermohon diri); bersitabik Mn mengalu-alukan tetamu dgn memberi hormat; bertabik hormat-menghormati: dlm percampuran itu lelaki perempuan tidak ~ lagi;menabik 1. memberi salam; 2. memberi hormat (dlm perbarisan dll), mengangkat tabik: kemudian kuangkat tangan ~ kpd mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selamat berpuspa | selamat bermahkota; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meminta selamat | minta supaya selamat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memburu selamat | berikhtiar agar selamat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tata II | bp selamat tinggal atau selamat jalan (biasanya diucapkan oleh kanak-kanak sambil menggamit): Pak Man mendengar dua orang budak itu menyebut “~, ~” ketika motokar meninggalkan rumah itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berselamat | mengucapkan kata-kata sapaan spt selamat pagi atau selamat petang kpd seseorang: tidak pernah aku ~ pagi kepada-nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selamat | 2 ucapan atau doa yg berisi harapan supaya tidak kurang (tidak terjadi) apa-apa atau supaya sejahtera: Ketika dia berkahwin dahulu banyak sahabat handai yg memberi ~ kpdnya. doa ~; ~ jalan; ~ pengantin baru. | Kamus Pelajar |
selamat | 1 terlepas drpd segala bahaya atau bencana; tidak mendapat gangguan apa-apa: Kami telah ~ sampai di London pd pukul 10.00 pagi. | Kamus Pelajar |